Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri
isteri solehah dan kepentingannya kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan
telah dibina. Satu renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam
membina rumahtangga Muslim yang bahagia.
~~~~~ CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH ~~~~~
1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada
orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya
akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai
daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan
mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis
qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan
fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan
melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya,
jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia
melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan
dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia
memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah
mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah
(wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya
Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha
mengasihani”:- surah Ali Imran:31
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam
perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah
berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.
3. Mentaati Suami Dalam Perkara
Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada
ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus.
Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak
ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika
diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh
wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya
terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul
serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat
kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia
dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara
mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh
Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka
hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja
tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah
tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih
sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan
menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup
pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut
ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani
dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal
rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat
dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai
isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak
halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.-
Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.
5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran
wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias
diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak
bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk
suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah
s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu
apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik
dan menjaga harta kamu”.-
Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh
al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di
rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam
keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian
yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam
mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap
isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir
ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu
peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah
masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah
pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya
yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan
suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut
kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita
Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias
mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan
bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya
merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam,
sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan
pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah,
mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan
dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah
keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat
dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat
wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke
pergelangan.
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar
menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat
sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan
fitnah.
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut
kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga
memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang
itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu
siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.