Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak
berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara
ini…
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri
wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/…yang
betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa @
mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak…
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada
kebanyakkan wanita Islam;
“adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan
solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?”
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan
mereka mengatakan:
“alaa…itu soalan mudah jee..bila ‘datang period’ maka
solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami
belajar sejak mula-mula ‘bergelar wanita’ dulu”
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah
yang akan kita jumpa…
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak
meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini
boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam
Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan
padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama’
terdahulu.
” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…”
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab
tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi
perempuan yang didatangi haid :
1.Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu
berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat
dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan
asar.
2.Jika perempuan mendapati
darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya
solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan
Isya’.
“Dan hal ini (qadha solat yang
ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui
oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid
masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi
orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat
haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor
lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada
solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering,
sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas
mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam
waktu Isya’.
-Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan
solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya
kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah
kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku
secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi
perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan
Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh
yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul
Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.