1.Mempersekutukan ALLAH
(Syirik) dalam ibadah. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang
mempersekutukan ALLAH nescaya ALLAH akan mengharamkan syurga baginya, dan
tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka , dan tiada seorang penolong pun bagi
orang-orang zalim". Diantara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa
dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu pula bernazar dan
menyembelih korban demi mereka.
2.Menjadikan sesuatu
sebagai perantara antara dirinya dengan ALLAH dengan meminta doa dan syafaat
serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu. Yang melakukan hal
tersebut, menurut kesepakatan Ulama' (ijma'), adalah kafir.
3.Tidak mengkafirkan orang
musyrik, atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun membenarkan faham(madzab)
mereka, dengan demikian ia telah kafir.
4.Berkeyakinan bahawa
selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa
selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang
mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari
hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah saw.
Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Sebagai contoh:
a.. Berkeyakinan bahawa
aturan-aturan dan perundang-undangan yang diciptakan manusia lebih utama
daripada syaria't Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat
untuk diterapkan pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam
adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu
terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya saja, tidak mengatur
urusan segi kehidupan lain.
b. Berpendapat bahawa
melaksanakan hukum ALLAH dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku
zina yang telah kahwin (muhsan), tidak sesuai lagi di masa kini.
c. Berkeyakinan dengan
dibolehkannya menggunakan selain hukum ALLAH dalam segi mu'amalat Syar'iah
(seperti: perdagangan, sewa-menyewa, pinjam-meminjam dll.), atau dalam
menentukan Hukum Pidana,atau lainnya, sekalipun tidak disertai dengan keyakinan
bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada syari'at Islam. Kerana dengan
demikian ia telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Ulama'(Ijma').
Sedangkan setiap orang yang menghalalkan apa yang jelas dan tegas diharamkan
oleh ALLAH dalam agama, seperti: zina, arak, riba dan penggunaan perundangan
selain Syari'at ALLAH, maka ia adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam
(Ijma').
5.Membenci sesuatu yang
telah ditetapkan oleh Rasullah SAW sebagai Syari'at beliau, walaupun ia
mengamalkannya, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH berfirman yang bermaksud
"Demikian itu adalah dikeranakan mereka oleh ALLAH menghapuskan (pahala)
segala amal perbuatan mereka".
6.Memperolok-olok terhadap
sesuatu dari ajaran Rasullah SAW., ataupun terhadap pahala maupun siksaan yang
telah menjadi ketetapan Agama, maka ia menjadi kafir, kerana ALLAH telah
berfirman yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), terhadap, ALLAH-kah
dan ayat-ayat Nya serta RasulNya kau sekelian memperolok-olok? Tiada erti kau
meminta maaf, kerana kau kafir setelah beriman."
7.Sihir, diantaranya ialah
ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya
menjadi suatu kebencian; begitu juga ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang
mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Maka barang
siapa yang mengerjakan sihir atau senang dan rela dengannya maka ia adalah kafir,
kerana ALLAH berfirman yang bermaksud "Sedang kedua malaikat itu tidak
mengajarkan (suatu sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya
kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir".
8.Membantu dan menolong
orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum Muslimin, kerana ALLAH berfirman yang
bermaksud "Dan barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi dan
Nasrani) menjadi pemimpin maka sesunguhnya orang itu termasuk golongan mereka.
Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim"
9.Berkeyakinan bahawa
sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti Syaria't Muhammad SAW., maka
yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. ALLAH berfirman yang bermaksud
"Barang siapa menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan
diterima agama itu daripadanya, dan di Akhirat tergolong orang-orang yang
rugi".
10.Berpaling secara
keseluruhan dari agama ALLAH, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak
sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. ALLAH
berfirman yang bermaksud "Tiada yang lebih zalim daripada orang yang telah
mendapatkan peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling
daripadanya, Sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada orang-orang
yang berdosa" Dan ALLAH berfirman yang bermaksud "Dan orang-orang
yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka".
Dalam hal-hal yang
membatalkan keislaman ini, tiadak ada bezanya dalam hukum, antara yang
main-main dan yang sungguh-sungguh bersengaja melanggar ataupun yang kerana
takut terkecuali yang dipaksa. Semuga ALLAH melindungi kita dari hal-hal yang
mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksa Nya.
Sekian.
PERKARA MEMBATALKAN
SYAHADAH: ULASAN RINGKAS
Syahadah adalah dua kalimah suci yang menentukan keislaman seseorang individu.. Apabila seseorang manusia mengucap dua kalimah syahadah, bererti dia telah masuk dalam agama yang suci iaitu Agama Islam. Perbezaan orang islam dengan orang kafir adalah kalimah syahadataini.
Syahadah seseorang muslim boleh terbatal dengan beberapa sebab. Dengan terbatalnya syahadah seseorang muslim bererti ia telah terkeluar ( murtad) dari Islam, agama yang suci. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang muslim terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
a) Murtad Iktikad, adalah kemurtadan yang disebabkan oleh iktikadnya ( keyakinannya)
b) Murtad Perbuatan (af’al), adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perbuatan.
c) Murtad Ucapan ( Aqwal), iaitu kemurtadan yang disebabkan oleh percakapan.
Ketiga jenis murtad tersebut masing-masing memiliki cabang yang banyak sekali. Oleh sebab itu, kita harus berwaspada dan menilai seluruh perbuatan dan tingkahlaku kita sehari-hari. Seandainya ada ucapan, perbuatan atau iktiqad kita yang sudah mendekati apa yang disebut sebagai garis kemurtadan, maka seharusnya kita bersegera mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah,
A) Murtad Iktikad
Syahadah adalah dua kalimah suci yang menentukan keislaman seseorang individu.. Apabila seseorang manusia mengucap dua kalimah syahadah, bererti dia telah masuk dalam agama yang suci iaitu Agama Islam. Perbezaan orang islam dengan orang kafir adalah kalimah syahadataini.
Syahadah seseorang muslim boleh terbatal dengan beberapa sebab. Dengan terbatalnya syahadah seseorang muslim bererti ia telah terkeluar ( murtad) dari Islam, agama yang suci. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang muslim terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
a) Murtad Iktikad, adalah kemurtadan yang disebabkan oleh iktikadnya ( keyakinannya)
b) Murtad Perbuatan (af’al), adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perbuatan.
c) Murtad Ucapan ( Aqwal), iaitu kemurtadan yang disebabkan oleh percakapan.
Ketiga jenis murtad tersebut masing-masing memiliki cabang yang banyak sekali. Oleh sebab itu, kita harus berwaspada dan menilai seluruh perbuatan dan tingkahlaku kita sehari-hari. Seandainya ada ucapan, perbuatan atau iktiqad kita yang sudah mendekati apa yang disebut sebagai garis kemurtadan, maka seharusnya kita bersegera mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah,
A) Murtad Iktikad
Murtad Iktikad adalah kemurtadan yang disebabkan oleh keyakinan dalam dirinya. Berikut adalah contoh-contoh tentang murtad Iktikad.
1. Meragukan adanya Allah
2. Meragukan kerasulan Nabi Muhammad SAW
3. Meragukan Adanya Al-Quran
4. Meragukan adanya Hari Akhirat
5. Meragukan adanya pahala
6. Meragukan adanya seksa
7. Menafikan salah satu sifat-sifat Allah
8. Menghalalkan perkara yang haram
9. Mengharamkan perkara yang halal
10. Menolak kewajipan yang diperintahkan oleh Allah
11. Mewajibkan perkara yang tidak wajib
12. Ingin kembali kepada kafir pada masa akan datang
13. Mengingkari kerasulan salah seorang rasul
14. Mengingkari salah satu huruf Al-Quran
15. Menambah huruf Al-Quran
16. Berkeyakinan masih ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad
B) Murtad Perbuatan
Murtad perbuatan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh tingkah laku atau tindakan. Berikut adalah contoh-contoh murtad Perbuatan.
1. Menyembah berhala
2. Menyembah matahari
3. Bersujud kepada makhluk
C) Murtad Ucapan
Murtad ucapan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perkataan.
1. Memanggil saudara seagama dengan panggilan ‘ hai kafir’
2. Memanggil saudara seagama dengan panggilan ‘hai nasrani, hai yahudi’
3. Menghina salah satu nama Allah
4. Merendahkan ancaman dan janji Allah
5. Mengucapkan: ( Jika Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian pasti aku tidak akan melaksanakannya)
6. Mengucapkan: ( Jika Allah memindahkan Kiblat ke arah lain, pasri aku tidak akan melakukan solat mengadap kiblat tersebut.)
7. Mengucapkan: ( Jika Allah memberikan aku syurga, maka aku tidak mahu memasukinya)
8. Mengucapkan: ( Jika Allah menyiksa aku, lantaran tidak melakukan solat kerana ketidakberdayaanku seperti sakit bererti Allah berbuat zalim kepadaku.)
9. Mengucapkan: ( Sekalipun para nabi, malaikat dan semua orang Islam menjadi saksi bagiku tentang hal ini pasti aku tidak mahu menerima persaksian mereka.
10. Mengucapkan: ( Aku bebas dari Allah dan bebas dari para nabi, malaikat dan Al-Quran.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan