Jumaat, 13 Julai 2012

IKAN PERCIK


Bahan-bahan: 
8 Ikan kembung 
1 biji bawang besar 
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas 
1 mangkuk santan pekat 
1 sudu besar serbuk kunyit 
1 sudu besar tepung beras-lupa nak letak
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping 
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (panggil apa ek)
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud. 

Cara-cara 
1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk).   Ketepikan. 
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas. 
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya. 
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula. 
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat. 
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.








Cat :


Boleh juga digantikan dengan ayam @ Daging dengan bahan yang sama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan