Selasa, 3 Julai 2012

MENGHAYATI DOA IFTITAH DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.




Doa iftitah merupakan sebahagian sunat Haiah dalam sembahyang. Sembahyang yang tiada sunat haiah sepertilah manusia yang tidak berjangut, tiada alis mata, tiada bula mata, tiada rambut dan sebagainya: Sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah sempurna seorang manusia sehingga dia bertakbir, memuji Allah Jalla Wa'azza, menyanjungiNya dan dia membaca apa-apa (ayat) yang mudah daripada al-Quran".
Kita mesti membacanya dengan bertajwid, faham makna serta menghayatinya. jika membaca tanpa memahami apa yang dibaca, serupalah kita dengan burung kaka tua yang tidak faham apa yang diucapkannya.
Jika kita tidak menghayatinya hati akan lalai kepada perkara lain, kita mesti tumpukan kepada apa yang dibaca dan disebut oleh lidah. bila kita bertakbir, lidah menyebut allah Maha Besar, manakala hati pula mesti turut membesarkan Allah. Berdustalah jika pada ketika itu hati memandang kepada yang lain lebih besar daripada Allah atau membiarkan hawa nafsu menguasai jiwa. Jika berlaku juga begitu kita hendaklah segera bertaubat dan beristghfar mengharap ampunan Allah.
Begitulah juga semasa membaca doa iftitah, bila kita berkata, terjemahannya: "Aku menghadapkan wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi"
Kita hendaklah sedar bahawa bukan wajah zahir yang dihadapkan kepada Allah kerana Allah itu tidak bertempat tetapi wajah batin (hati) mesti dihadapkan kepada Allah sahaja. ertinya hati tidak berpaling kepada perkara lain selain Allah. kita mesti memusatkan tujuan dan tumpuan kita kepada Allah semata-mata. sepatutnya kita merasa malu kepada Allah, kalau lidah berkata menghadap Allah tetapi hati kita mengingatkan benda selainNya.
Seterusnya apabila membaca: Maksudnya: "Dalam keadaan cenderung  dan berserah"
Kita telah mengaku bahawa kita berserah diri kepada Allah, suka kepada kebaikan dan kesejahteraan. jika kita mengaku muslim, ertinya kaum muslim sekeliannya selamat daripada bencana lidah dan tangan kita. jika diluar sembahyang berlaku sebaliknya, jadilah kita seorang pendusta. waliyazubillah.
Begitulah juga kita berkata: "....Dan tiadalah aku daripada golongan orang-orang musyrikin"
Ketika kita faham di dalam hati bahawa kita bukan golongan musyrikin dan kita memelihara diri dari syirik tersembunyi. Ertinya hati berwaspada daripada memuja-muja manusia dan selain Allah, niat dan tumpuan hanya kepada Allah. Kita patut malu dan takut jadi syirik walau sedikit kerana kita telah mendakwa kita bukan golongan musyrik.
Seterusnya kita membuat pengakuan yang bermaksud: "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seru sekelian alam"
Ketika ini hendaklah sedar bahawa kita telah berada di hadapan Tuhan. Kita telah mengaku sebagai hamba, tiada apa pada kita, segalanya kita buat untuk Allah dan mengharapkan keredhaanNya. kita sedar bahawa Allah menguasai hidup dan mati kita tidak sepatutnya kita buat sesuatu kerana kepentingan diri dan membelakangi Allah.
Seterusnya kita mengaku bahawa tiada sekutu bagi Allah dan kita adalah orang yang menyerah diri. Hati yang menghayati apa yang diucapkan akan merasa rendah diri apabila berhadapan dengan Allah dan menetapkan hati kepada Allah.
Semoga kita membaca doa iftitah dengan memahami dan menghayati serta mengkhusukkan sembahyang kita.