Mereka yang mendapat azab atau seksa kubur adalah kerana semasa
di dunia ini mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 17 dosa dan
kesalahan yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur
ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan
(mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat
kepada Sayidina Ali : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang
berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang
yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba
(mengasut).”
2. Tidak basuh
dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w
pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa
kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
3. Solat tanpa
bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima
solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah
S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada
sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya
untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi
S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut
dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.
4. Berdusta.
Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali
! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia.
Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta
sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan
kamu di kemudian hari.”
5. Melalaikan dan
malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang
bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan
sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan
baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari
perbuatannya itu”
6. Tidak mengeluarkan
zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa
mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di
hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa
dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya
kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa,
sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”
7. Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu
akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada
wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan
kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)
8. Mencuri. Nabi
S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu
kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
9. Berkhianat.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya
empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat
padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila
diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat
janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no.
34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)
10. Menfitnah sesama
umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang
yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Makan riba.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman ,
bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika
kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan
sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan
jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu
tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
12. Tidak menolong
orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi
yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan
perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai
perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling
menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)
13. Minum khamar (
tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud: “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu
ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba,
menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau
bapa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
14. Memanjangkan
kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda
maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak
memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)
15. Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang
membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal
ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan
azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan
mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya
dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua
sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah,
inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’
Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
16. Mencaci sahabat
Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud
: “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara
orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan
bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah
ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang
menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni
harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].
17. Mati dalam keadaan
membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal
baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya
dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal
baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang
mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis
no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi
Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, “Ketika
keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli
kubur adalah dalam keadaan diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah
sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal
didalamnya terdapat penyesalan dan seksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu
yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih
dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya.
Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.” Imam Ibnu Qayyim
rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan seksa kubur adalah dengan
menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan
dosa.
Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya
setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa
dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu. Selanjutnya, hendaknya ia
memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan
taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan
telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan
bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih
berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum
dilakukannya. Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwuduk, sentiasa
mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi S.A.W.
sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan
diberi kekuatan untuk melakukannya.
Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang
dapat menyelamatkan dari seksa kubur, di antaranya:
1. Senantiasa mengikatkan
diri di jalan Allah
2. Mati syahid di jalan
Allah
3. Membaca surat
Al-Mulk
4. Meninggal kerana
sakit perut
5. Meninggal dunia
pada hari Jumaat.
Oleh itu beramallah dengan amalan soleh secara berterusan dan
jauhilah segala perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa dan maksiat
di sisi Allah S.W.T. Mukmin yang berhati-hati dan sentiasa muhasabah diri
adalah lebih baik daripada mukmin yang berpuas hati dengan amalan-amalan yang
telah dikerjakannya.