Selasa, 3 Julai 2012

HINDARI SIFAT UJUD, RIAK DAN TAKBUR


Rasullulah pernah bersabda kepada Muaz.

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhanmu pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi lalu ditetapkan pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan itu samapai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu kepada malaikat Hafazhah:

“Pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah(mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak(Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua itu;

“Berhenti kamu di sini dan pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerna ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba penuh dengan sinaran  dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan tersebut melintasi langit yang pertama dan kedua sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka kata malaikat penjaga langit ketiga itu :

“Berhenti kamu disini dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang ini suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti sinarnya bintang  berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji, dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga samapai ke pintu langit keempat :
“Berhenti kamu disini dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub pada dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga sampai ke pintu langit  yang kelima seolah olah amalan itu pengantin yang dihantar(disambut) ke rumah suaminya(maksudnya amalannnya itu berseri seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima :

“Berhenti kamu disini dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasiku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan pernama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut :

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demekian. Akulah malaikat rahmat.. Allah menyuruhku supaya tidak mmbiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasiku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi(maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan  ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir(zikir di sini bermakna : mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amlan orang yang riak.”

Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaku ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.

“Lalu para malaikat tadi berkata :

“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya…

nauzubillahiminzalik……