Selasa, 10 Julai 2012

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


Bismillahirrohmanirrohim...

Satu hal yang menarik pada ajaran Islam ialah penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap GURU. Sangat tingginya penghargaan itu sehingga menempatkan GURU setingkat dibawah kedudukan nabi dan rasul. Mengapa demikian? Kerana GURU selalunya berkait dengan ilmu pengetahuan dimana Islam sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Dalilnya adalah Surah Al-Alaq yang merupakan Surah Pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berkaitan dengan ilmu pengetahuan.

Maka tidak boleh tidak, Islam pasti memuliakan GURU. Saya tidak terbayangkan terjadinya perkembangan ilmu pengetahuan tanpa adanya GURU. Kerana Islam adalah agama, maka pandangan tentang GURU, kedudukan GURU, tidak terlepas daripada nilai-nilai ketuhanan. Penyebab khas mengapa Islam sangat menghargai GURU kerana ilmu pengetahuan itu semuanya bersumberkan daripada Allah SWT.

Ilmu tidak terpisah daripada Allah SWT dan ilmu juga tidak terpisah daripada GURU. Mengapakah Allah SWT mengutuskan Nabi dan Rasul untuk menerangkan ilmu kepada manusia? Tidak bolehkah Allah SWT mengajar secara terus kepada manusia? Kefahaman inilah yang tidak dapat difahami oleh ‘Dr Love’ sehingga menolak peranan GURU semata-mata untuk membenarkan pegangan beliau.

Diantara hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang GURU adalah seperti berikut:-

“Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru.” – Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim.

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.

Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.

Diantara kata-kata Ulamak berkenaan GURU adalah seperti berikut:-

Imam Al-Ghazali berkata;
“Tidak akan dapat ilmu kecuali dengan merendah diri dan mendengar dengan teliti…”

Imam As-Syafie berkata;
“Aku membuka lembaran kitabku di depan Imam Malik (gurunya) dengan penuh hati-hati, supaya Imam Malik tidak mendengar bunyinya.”

Syu’bah berkata;
“Aku apabila menerima satu ilmu dari seorang manusia maka aku akan menjadi hambanya seumur hidup.”

Syauqi berkata dalam syairnya;
“Tunaikan hak guru dan muliakan mereka, seorang guru seolah-olah nabi yang diutus.”

Sepatutnya sebagai anak murid, kita mendoakan GURU sepanjang hayatnya, memelihara hubungan dengan keluarga GURU selepas kematian mereka, menziarahi kubur mereka, meminta ampun untuk mereka, mengikut jejak langkah mereka dan menjadikan GURU sebagai contoh dan tauladan dalam kehidupan. Bukannya kita MEMFITNAH GURU tanpa kita mengetahui kebenarannya.

‘Dr Love’ juga agak terkeliru diantara kefahaman TAAT dan TAKSUB, maka timbullah dakwaan tanpa asas yang mengatakan bahawa KETAATAN sehingga menjadikan GURU sebagai BERHALA. Selagi ketaatan tidak melanggar perintah agama Islam maka hukumnya WAJIB kita mentaati arahan GURU tersebut.

TAKSUB pula satu arahan atau perkataan yang diikuti secara semborono. Contohnya:- Guru Silat Cekak daripada salahsilahnya perlu mempunyai MANDAT sebagai GURU daripada GURU SEBELUMNYA. Apabila seorang yang pernah mengatakan tentang perkara ini, dan kemudiannya mengubahnya, maka kita pula mengikutnya, inilah dikatakan TAKSUB. TAKSUB ini tidak semestinya hanya berlaku kepada GURU, tetapi TAKSUB juga boleh berlaku kepada WAKIL GURU dan kepada rakan-rakan kita.

‘Dr Love’ juga cuba membangkitkan permasalahan WAKIL GURU ibarat GURU KECIL dan GURU UTAMA ibarat GURU BESAR. Tenaga Pengajar juga seorang GURU kerana telah mengajar para penuntut Silat Cekak. Kefahaman ini sebenarnya telah diterapkan oleh Encik Amrullah Bin Haji Buang dikalangan para penuntut Silat Cekak di UPM suatu masa dahulu. Ini satu kefahaman yang mempunyai agenda peribadi tertentu.

WAKIL GURU tidak pernah wujud didalam Silat Cekak semenjak daripada zaman Panglima Ismail sehinggalah ke zaman YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qedahi. Kewujudan ini hanya timbul apabila GURU PALSU menerajui Silat Cekak Hanafi Masman. Apa yang jelas, mengikut sejarah, Guru Silat Cekak hanyalah seorang sahaja dalam satu masa. Tenaga pengajar hanya diamanahkan oleh GURU untuk menurunkan ilmu Silat Cekak tetapi keizinan mempelajarinya mestilah melalui GURU bukannya Tenaga Pengajar.

‘Dr Love’ juga telah cuba menimbulkan kekeliruan dengan mempertikaikan mengapa perlu taat dan cinta kepada GURU sedangkan untuk masuk ke syurga tidak terdapat GURU didalam senarai. Inilah dia akibat ditutupkan pintu hati, maka senarai yang beliau tuliskan pun beliau tidak jelas. ‘Dr Love’ juga telah mentafsirkan cinta kepada GURU ini ibarat cinta asmaradana diantara MAN CINA dan seorang JANDA (staff beliau). Cinta (Kasih) kepada GURU ini sangat berbeza. Sama seperti Cinta (Kasih) kepada kedua ibubapa tetapi yang terpenting kasih kita kepada ibubapa TIDAK akan membawa kita kemana-mana. Yang TERPENTING adalah KASIH ibubapa kepada kita.

Bagaimana hendak memahami perkara ini? Kerana itulah perlu GURU yang dapat memimpin HATI ke arah TAAT kepada kedua ibubapa dalam erti kata TAAT yang sebenar, hanya setingkat dibawah Makam Sembah. Bukan sekadar JASMANI sahaja TAAT tetapi HATI juga perlu TAAT kepada kedua ibubapa. Bukankah Al-Marhum Ustaz Hanafi pernah berkata bahawa beliau sanggup tahan mukanya disepak terajang oleh ibubapanya TANPA rasa KECIL HATI. Siapa yang akan memimpin HATI ini? Bukankah GURU? Kerana itulah Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi meletakkan Pantang Larang Silat Cekak mengutamakan GURU di nombor WAHID.

Ini sangat bertepatan dengan kata-kata Imam Al-Ghazali seperti dibawah:-

“Hak GURU lebih agung daripada hak ibubapa, sebab orang tua (ibubapa) penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara GURU penyebab hidup yang KEKAL. Kalaulah tidak ada GURU, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua (ibubapa) akan celaka selamanya.”

'Dr Love' juga cuba membuat perbandingan diantara salahsilah Guru Silat Cekak dengan salahsilah Khalifah Al-Rasyidin. Ini satu metadologi yang jauh menyimpang dengan situasi. Guru Silat Cekak adalah Guru Silat Cekak. Bukannya Khalifah Al-Rasyidin. Adakah 'Dr Love' cuba menunjukkan bahawa 'Marwi Latiff' adalah seorang Khalifah Islam? Satu MANTIK dan KEFAHAMAN karut yang cuba diterapkan oleh 'Dr Love'.

Yang pastinya perkara yang TERPENTING adalah kita WAJIB mentaati GURU, IBU dan BAPA selagi perintah mereka tidak bertentangan dengan agama Islam. Tidak kiralah turutan nombor yang tuan / puan letakkan. Persoalannya, setakat manakah ketaatan kita kepada mereka? Setakat manakah pengorbanan kita kepada mereka? Setakat manakah KASIH mereka kepada kita?

Semoga dapat menjawab serba sedikit kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh 'Dr Love', walaupun saya mengetahui PENULISAN tidak berupaya untuk menjawab semua persoalan kerana ruang yang cukup terhad. Ianya perlu kepada penjelasan LISAN. Dalilnya; Al-Quran diturunkan beserta Nabi Muhammad SAW untuk menerangkannya. Tidak mampu manusia memahami Al-Quran tanpa Nabi Muhammad SAW menerangkannya; tanpa GURU memperjelaskannya; tanpa dibuka PINTU HATI mereka.

Sumber Rujukan:-

1) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
2) Ahmad Tafsir, 1994, Guru & Pendidikan Mengikut Perspektif Islam.
3) Khairul Gazali, 2005, 30 Wasiat Imam Syafie.