Dari Aisyah r.a telah bersabda
Rasulullah s.a.w:’ Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan
yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah
al-Quran yang mulia.” Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi
kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca
al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan
lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat
tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.
RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : ” Semulia-mulia
ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa
sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran
Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda
Rasulullah lagi bermaksud ” Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah
S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh”
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk
membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda
bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata ” Rasulullah s.a.w telah bersabda,
hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara
untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati
dan membaca al-Quran.
Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda: ” Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya
satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak
mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan
Mim satu huruf”
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda ”
Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan
ke dalam golongan yang lalai”
Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk
(diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100
kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =
Cuba kira sendiri …
*dipetik dari kitab Al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid dan Disertai
makna karangan Ustaz Mahadi Dahlan oleh Pustaka Haji Majid