Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya
apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak
melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa
ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya
tanpa mencegahnya.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
“Apabila Allah
menurunkan azab keatas dunia untuk satu-satu kaum, maka azab itu akan menimpa
ke atas mereka yang berada sama dalam masyarakat kaum itu, kemudian apabila
mereka dibangkitkan di akhirat nanti maka kedudukan mereka adalah mengikut
taraf keimanan serta amal kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini”. (Riwayat
Al Bukhari).
Huraian
- Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan
menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan
kemungkaran.
- Selaku umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada
daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di
sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej
yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk
kepada yang bukan Islam.
- Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang
perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam
masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi
jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai
seluruh makhluk di sekitarnya.
- Apabila Allah mahu menurunkan bala atau bencana ke atas
satu-satu kaum di dunia ini kerana ada di kalangan kaum itu melakukan
kejahatan atau maksiat, maka azab yang diturunkan itu menimpa ke atas
semua tidak terkecuali kaum yang beriman.
Firman
Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum ayat 9 yang bermaksud:
" Tidakkah
mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana
kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat
daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta
memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan
orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan
kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah
tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri
sendiri."
Sejarah
telah membuktikan bagaimana nasib bangsa-bangsa yang telah dimusnahkan angkara
perbuatan mereka sendiri. Klik di sini untuk melihat post bangsa yang musnah.
Bagaimana dengan zaman sekarang, bukankah perbuatan yang mereka lakukan itu juga terjadi di zaman ini!! Homoseks, Lesbian, Gay dan seumpama dengannya..
Bagaimana dengan zaman sekarang, bukankah perbuatan yang mereka lakukan itu juga terjadi di zaman ini!! Homoseks, Lesbian, Gay dan seumpama dengannya..
Justeru, sebagai penduduk bumi ini, kita tidak sepatutnya merasa
aman akan kezaliman/kemungkaran yang berlaku. Maka ayuh kita bersatu
melaksanakan usaha amal makruf nahi mungkar. Semoga usaha ini akan menurunkan
rahmat Allah bukannya bala Allah insyaAllah..