Sabtu, 22 September 2012

SEJARAH HAJI


Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".
Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :
  1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
  2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
  3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
  4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :
" Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.

SEJARAH TELAGA ZAM-ZAM


Telaga zam - zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).
Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.
Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;
"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".
Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.
Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

HAQ SETELAH BERSYAHADAH.


Hak Syahadah setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat.

SETIAP INSAN YANG LAHIR,UNTUK KEPADA ISLAM KAFFAH/KESELURUHAN,WAJIB BERSYAHADAH TIDAK KIRA DIA LAHIR DALAM KELUARGA YANG MEMANG BAPANYA DAN IBU ISLAM ATAU BUKAN ISLAM.UNTUK DIRINYA SENDIRI DAN APABILA IA MENERIMA JANJI IA PULA MENJADI SAKSI PADA YANG LAIN.

SURAH AL-BAQARAH 208="Wahai orang orang yg beriman! masuklah Islam keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu."

SURAH AL-MARYAM AYT.87."Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan.

SURAH AL-BAQARAH.AYAT 132."Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim,"

SURAH AL-BAQARAH AYT.254. "Wahai orang orang yang beriman! sebarkanlah apa yang telah kami berikan kepada kamu,sebelum tibanya hari(kiamat) yang tidak ada JUALBELI padanya ,dan tidak ada kawan TEMAN,serta tidak ada pula pertolongan SYAFAAT.Dan orang orang kafir, mereka itulah orang orang yang zalim.(lihat pada surah maryam 87 diatas(b))
 
SURAH AL-FATIHAH AYT.10. "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar."

SURAH AL-MAIDAH AYT.11." Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka"


MEREKA YANG TELAH MENUNAIKAN SYARIAT INI(BAI'ATH),MAKA TERLAKSANALAH IA SEBAGAI ISLAM KESELURUHAN,DAN LAKUKANLAH RUKUN RUKUN YANG LAINNYA SEPERTIMANA YANG TELAH DIKERJAKAN SEBAGAI ISLAM,DAN JADILAH PEMELUK AGAMA ISLAM KESELURUHAN/KAFFAH.JANGANLAH MENGATAKAN SYARIAT(BAI'ATH)INI HANYA DILAKUKAN OLEH ORANG ORANG DAHULU SAHAJA,ITU SUDAH MENDUSTAKAN AYAT2 ALLAH YANG DIATAS DAN LAIN LAIN LAGI.

FUNGSI MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI




ALLAH SWT menciptakan alam semesta dan menentukan fungsi-fungsi dari  setiap elemen alam ini. Mata hari punya fungsi, bumi punya fungsi, udara punya fungsi, begitulah seterusnya; bintang-bintang, awan, api, air, tumbuh-tumbuhan dan seterusnya hingga makhluk yang paling kecil masing-masing memiliki fungsi dalam kehidupan. Pertanyaan kita adalah apa sebenarnya fungsi manusia dalam pentas kehidupan ini? Apakah sama fungsinya dengan hewan dan tumbuh-tumbuhan? atau mempunyai fungsi yang lebih istimewa ?
Bagi seorang atheis, manusia tak lebih dari fenomena alam seperti makhluk yang lain. Oleh karena itu, manusia menurut mereka hadir di muka bumi secara alamiah dan akan hilang secara alamiah. Apa yang dialami manusia, seperti peperangan dan bencana alam yang menyebabkan banyak orang mati, adalah tak lebih sebagai peristiwa alam yang tidak perlu diambil pelajaran atau dihubungkan dengan kejahatan dan dosa, karena dibalik kehidupan ini tidak ada apa-apa, tidak ada Tuhan yang mengatur, tidak ada sorga atau neraka, seluruh kehidupan adalah peristiwa alam. Bagi orang atheis fungsi manusia tak berbeda dengan fungsi hewan atau tumbuh-tumbuhan, yaitu sebagai bagian dari alam.
Bagi orang yang menganut faham sekuler, manusia adalah pemilik alam yang boleh mengunakannya sesuai dengan keperluan. Manusia berhak mengatur tata kehidupan di dunia ini sesuai dengan apa yang dipandang perlu, dipandang baik dan masuk akal karena manusia memiliki akal yang bisa mengatur diri sendiri dan memutuskan apa yang dipandang perlu. Mungkin dunia dan manusia diciptakan oleh Tuhan, tetapi kehidupan dunia adalah urusan manusia, yang tidak perlu dicampuri oleh agama. Agama adalah urusan individu setiap orang yang tidak perlu dicampuri oleh orang lain apa lagi oleh negara.
Agama Islam mengajarkan bahwa manusia memiliki dua predikat, yaitu sebagai hamba Allah (`abdullah) dan sebagai wakil Allah (khalifatullah) di muka bumi. Sebagai hamba Allah, manusia adalah kecil dan tak memiliki kekuasaan. Oleh karena itu, tugasnya hanya menyembah kepada-Nya dan berpasrah diri kepada-Nya. Tetapi sebagai khalifatullah, manusia diberi fungsi sangat besar, karena Allah Maha Besar maka manusia sebagai wakil-Nya di muka bumi memiliki tanggung jawab dan otoritas yang sangat besar.
Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk kesejahteraan umat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Tuhan untuk manusia. Sebagai wakil Tuhan manusia juga diberi otoritas ketuhanan; menyebarkan rahmat Tuhan, menegakkan kebenaran, membasmi kebatilan, menegakkan keadilan, dan bahkan diberi otoritas untuk menghukum mati manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Allah, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi. Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding binatang.
Fungsi Khalifah
Pada  dasarnya,  akhlak  yang  diajarkan   Alquran   terhadap lingkungan bersumber dari fungi manusia sebagai khalifah. Kekhalifahan  menuntut  adanya interaksi antara manusia dengan sesamanya dan manusia terhadap alam. Kekhalifahan  mengandung arti pengayoman, pemeliharaan, serta pembimbingan, agar setiap makhluk mencapai tujuan penciptaannya. Dalam  pandangan  akhlak Islam,  seseorang  tidak  dibenarkan mengambil  buah  sebelum  matang,  atau memetik bunga sebelum mekar, karena hal ini berarti tidak memberi kesempatan kepada makhluk untuk mencapai tujuan penciptaannya.
Ini  berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan, dan terhadap semua  proses yang sedang  terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia bertanggung jawab, sehingga  ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain, “Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia sendiri.” Binatang, tumbuhan,  dan benda-benda  tak  bernyawa  semuanya diciptakan  oleh Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya. Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik.
Karena itu dalam Alquran ditegaskan bahwa :
“Dan tidaklah binatang-binatang yang ada di bumi dan  burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan  umat-umat (juga)  seperti manusia...”  (QS. Al-An’am  [6] : 38)
Bahwa semuanya adalah milik Allah, mengantarkan manusia kepada kesadaran  bahwa  apapun  yang  berada  di  dalam  genggaman tangannya,   tidak lain   kecuali    amanat    yang    harus dipertanggungjawabkan. “Setiap jengkal tanah yang terhampar di bumi, setiap angin yang berhembus di udara,  dan setiap tetes hujan yang tercurah dari langit akan dimintakan pertanggungjawabannya, manusia menyangkut pemeliharaan  dan pemanfaatannya”, demikian   kandungan  penjelasan  Nabi  Saw. tentang firman-Nya dalam Alquran
“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kemikmatan (yang  kamu  peroleh).” (At-Takatsur, [102]:  8)
Dengan demikian  manusia bukan  saja  dituntut  agar tidak  alpa  dan angkuh terhadap sumber daya yang dimilikinya, melainkan juga dituntut untuk memperhatikan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Pemilik (Tuhan) menyangkut apa yang berada di sekitar manusia.
“Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta yang berada di antara keduanya, kecuali dengan (tujuan) yang hak dan pada waktu yang ditentukan” (QS Al-Ahqaf [46]: 3).
Pernyataan Allah ini mengundang seluruh manusia untuk tidak hanya memikirkan  kepentingan  diri  sendiri,  kelompok, atau bangsa, dan jenisnya saja, melainkan juga harus  berpikir  dan bersikap  demi  kemaslahatan  semua pihak.  Ia  tidak  boleh bersikap  sebagai penakluk alam  atau  berlaku sewenang-wenang terhadapnya. Memang,  istilah  penaklukan  alam tidak dikenal dalam ajaran Islam. Istilah itu muncul dari pandangan mitos Yunani  yang beranggapan bahwa  benda-benda  alam  merupakan dewa-dewa yang memusuhi  manusia sehingga harus ditaklukkan.
Yang menundukkan alam menurut Alquran adalah  Allah.  Manusia tidak sedikit pun mempunyai kemampuan kecuali berkat kemampuan yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
“Mahasuci Allah yang menjadikan (binatang) ini mudah bagi kami, sedangkan kami sendiri tidak mempunyai kemampuan untuk itu.” (QS. Az-Zukhruf [43]: 13)
Jika demikian, manusia tidak mencari kemenangan, tetapi keselarasan dengan alam. Keduanya  tunduk  kepada  Allah, sehingga mereka harus dapat bersahabat. Aquran menekankan agar umat Islam meneladani Nabi Muhammad Saw. yang membawa rahmat untuk seluruh alam (segala sesuatu). Untuk menyebarkan rahmat itu, Nabi Muhammad Saw. bahkan memberi nama semua yang menjadi milik pribadinya, sekalipun benda-benda itu tak bernyawa. “Nama” memberikan kesan adanya kepribadian, sedangkan kesan itu mengantarkan kepada kesadaran untuk bersahabat dengan pemilik nama.
Ini berarti bahwa manusia dapat memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Namun pada saat yang sama, manusia tidak  boleh  tunduk  dan merendahkan diri kepada segala sesuatu yang telah direndahkan Allah untuknya, berapa pun harga benda-benda  itu. Ia tidak boleh diperbudak  oleh  benda-benda  itu. Ia tidak boleh diperbudak oleh benda-benda sehingga  mengorbankan kepentingannya sendiri. Manusia dalam hal ini dituntut untuk selalu mengingat-ingat, bahwa ia boleh meraih apapun  asalkan yang diraihnya serta cara meraihnya tidak mengorbankan kepentingannya di akhirat kelak.
Memanfaatkan Segala Potensi
Manusia merupakan khalifah di bumi ini, diciptakan oleh Allah dengan berbagai kelebihan dan kesempurnaan yang menyertainya. Kita diberi akal pikiran dan juga hawa nafsu sebagai pelengkapnya. Manusia telah diberikan berbagai fasilitas di muka bumi sebagai alat pemenuhan kebutuhan manusia. Semua yang kita perlukan telah terhampar di alam semesta, manusia hanya perlu mengelolanya saja.
Dalam kelangsungan hidup manusia terjadi berbagai perkembangan di dunia, semakin kompleksnya kebutuhan manusia, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, dengan terciptanya berbagai mesin-mesin dan berbagai alat komunikasi yang membantu meringankan kehidupan dan pekerjaan manusia. Didorong dengan nafsu keserakahannya, manusia hanya berusaha untuk memenuhi kebutuhannya, negara hanya berpikir untuk memajukan perekonomian dan pembangunan besar-besaran diberbagai sektor, tanpa memikirkan dampak lingkungan yang diakibatkan dari apa yang dilakukan manusia. Termasuk penduduk Indonesia perilakunya juga seperti itu, bisa dikatakan kepeduliannya sangat kecil terhadap lingkungan, ini tidak lepas dari tingkat kesadaran masyarakat dan juga desakan ekonomi yang juga menuntut masyarakat berusaha untuk memenuhi kebutuhannya tanpa menghiraukan dampak lingkungan yang diakibatkan.
Kegiatan manusia di dunia ini banyak menimbulkan masalah bagi lingkungan, erosi tanah, polusi udara, banjir, tanah longsor, tanah yang hilang kesuburannya, hilangnya spesies-spesies dalam ekosistem, kekeringan, hilangnya biota-biota laut dan yang paling memprihatinkan adalah pemanasan suhu global, yaitu peristiwa pemanasan bumi yang disebabkan oleh peningkatan ERK (Efek Rumah Kaca) yang disebabkan oleh gas rumah kaca (GRK), seperti CO2, CH4, Sulfur dan lain-lain yang menyerap sinar panas atau menyebabkan terperangkapnya panas matahari (sinar infra merah). ERK (greenhouse effect) bukan berarti disebabkan oleh bangunan-bangunan yang berdinding kaca, tapi hanya merupakan istilah yang berasal dari para petani di daerah iklim sedang yang menanam tanaman di rumah kaca.
Global Warming sangat perlu diperhatikan oleh seluruh penduduk dunia, dan termasuk didalamnya penduduk Indonesia, dengan bersinergi menurunkan dan memperlambat peningkatan greenhouse effect. Langkah-langkah nyata harus dilakukan oleh masyarakat, karena sangat besarnya dampak yang diakibatkan oleh pemanasan global bagi kelangsungan hidup manusia dan makhluk lain yang hidup di bumi.
Kita ketahui Indonesia merupakan negara maritim. Pemanasan global yang saat ini terjadi akan memicu naiknya suhu atmosfer bumi, dan akan menaikkan permukaaan air laut, yang juga didukung oleh pencairan es di kutub bumi. Hal ini dapat memicu tenggelamnya negara kita, didahului dengan tenggelamnya ribuan pulau-pulau kecil yang dimiliki Indonesia. Kalau pemanasan global tidak cepat ditanggulangi dan membiarkan kegiatan-kegiatan manusia yang tidak ramah dengan lingkungan, mungkin beberapa abad lagi negara kita akan tenggelam dan berakhirlah peradaban manusia di dunia.
Seiring pertumbuhan penduduk yang cenderung tidak dapat dikendalikan dan selalu menunjukkan peningkatan. Hal ini juga terjadi di Indonesia, akan memicu naiknya kebutuhan-kebutuhan manusia seperti pangan, tempat tinggal, listrik, BBM dan banyak kebutuhan lainnya. Kesemuanya itu akan meningkatkan kebutuhan manusia akan lahan-lahan yang digunakan untuk produksi pertanian, perkebunan, pertambangan, tempat tinggal, jalan-jalan dan fasilitas umum. Hal ini tidak bisa dipungkiri, dan akhirnya terjadilah penebangan pohon-pohon dan hutan untuk memenuhi kebutuhan untuk bahan baku industri tanpa menghiraukan dampak lingkungan yang akan diderita.
Ini  berarti manusia dituntut untuk mampu menghormati proses-proses yang sedang berjalan, dan terhadap semua  proses yang sedang  terjadi. Yang demikian mengantarkan manusia bertanggung jawab, sehingga  ia tidak melakukan perusakan, bahkan dengan kata lain, “Setiap perusakan terhadap lingkungan harus dinilai sebagai perusakan pada diri manusia sendiri.” Binatang, tumbuhan,  dan benda-benda  tak  bernyawa  semuanya diciptakan  oleh Allah Swt. dan menjadi milik-Nya, serta semua memiliki ketergantungan kepada-Nya. Keyakinan ini mengantarkan sang Muslim untuk menyadari bahwa semuanya adalah “umat” Tuhan yang harus diperlakukan secara wajar dan baik.
Sebagai khalifah, manusia diberi tangung jawab pengelolaan alam semesta untuk kesejahteraan ummat manusia, karena alam semesta memang diciptakan Allah untuk manusia. Sebagai hamba manusia adalah kecil, tetapi sebagai khalifah Allah, manusia memiliki fungsi yang sangat besar dalam menegakkan sendi-sendi kehidupan di muka bumi. Oleh karena itu, manusia dilengkapi Tuhan dengan kelengkapan psikologis yang sangat sempurna, akal, hati, syahwat dan hawa nafsu, yang kesemuanya sangat memadai bagi manusia untuk menjadi makhluk yang sangat terhormat dan mulia, disamping juga sangat potensil untuk terjerumus hingga pada posisi lebih rendah dibanding binatang

Semoga disejahtera oleh Allah dengan Pemimpim2 yang Bertaqwa...Aminn..

ALLAH BESERTA DENGAN ORANG YANG SABAR.


SELEPAS Allah menempelak golongan yang menyeru manusia berbuat kebaikan, sedangkan melupakan diri sendiri, Allah menegur mereka “Apakah kamu berakal di atas perlakuan mereka tersebut”. Kemudian Allah mengajar orang-orang yang beriman supaya membetulkan permohonan dalam pertolongan hanya semata-mata kepada Allah sebagaimana yang diikrarkan oleh seorang hamba mukmin ketika bermunajat dalam solatnya tatkala ia melafazkan al-Fatihah seperti ayat kelima yang bermaksud “Hanya kepada Engkau kami beribadat dan hanya kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan.”
Al-Imam al-Fakhr ar-Razi di dalam tafsirnya berkata: “Ulama telah khilaf apakah ayat ini ditujukan kepada orang beriman atau yang lain?” Katanya, yang lebih dekat bahawa ia ditujukan kepada Bani Israel. Tafsiran meminta tolong ini dinyatakan di dalam ayat ini sebagaimana firman Allah Taala.
DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK. (Surah al-Baqarah ayat 45)
Firman Allah Taala `Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)’, iaitu mintalah pertolongan atas segala urusan kamu. Al-Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya, Ma`alim at-Tanzil berkata: “Iaitu segala bala yang terkena ke atasmu, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksudnya ialah meminta akhirat.”
`Dengan jalan sabar’, iaitu dengan menanggung segala masyaqqah (kesusahan) dan segala kesukaran terhadap jiwa daripada segala taklif syarak.
Imam Ibn al-Jauzi di dalam Zad al-Masir berkata: “Asal perkataan sabar ialah menahan. Orang yang bersabar yang menahan dirinya daripada sesuatu perkara. Justeru, dinamakan orang yang berpuasa sebagai orang yang bersabar kerana menahan dirinya daripada makan, minum dan jimak. Sebab itu Imam Mujahid menafsirkan sabar di sini dengan maksud puasa.
Dan manusia diperintahkan untuk bersabar di sini dengan tiga pendapat:
Pertama: Bersabar dalam menunaikan segala fardu dan kewajipan. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Muqatil.
Kedua: Bersabar dalam meninggalkan segala maksiat. Inilah pendapat Qatadah.
Ketiga: Bersabar dengan tidak berebut jawatan. Ia ditujukan kepada Ahli Kitab.
Sedangkan as-Syaukani melalui tafsirnya, Fath al-Qadir berkata: “Yang dimaksudkan di sini, ialah kamu mintalah pertolongan dengan menghalang jiwamu daripada mengikut nafsu syahwat dan hanya melakukan ketaatan, di samping menghalang daripada terkena perkara yang menyakitkan.” Beliau juga berkata: “Sabar di sini tidak dimaksudkan dengan sabar yang khusus, yang menafikan selainnya berdasarkan faedah adanya `alif’ dan `lam’ pada permulaan perkataan sabar daripada kesemua jenis sabar.
Syed Qutb menyebut dalam Fi Zilal al-Quran: “Perkataan `minta tolong dengan sabar’ banyak diulang-ulang kerana ia merupakan bekalan yang semestinya wujud dalam pertembungan dengan sebarang masyaqqah.”
Tiang
Begitu juga dengan `Dan mengerjakan sembahyang’, iaitu dengan solat yang menjadi tiang seri kepada agama. Syed Qutb berkata: “Sesungguhnya solat merupakan perhubungan dan pertemuan antara hamba dengan Tuhannya. Hubungan yang berlangsung merupakan kekuatan kepada hati, di samping roh. Justeru, kamu dapati jiwa yang mempunyai bekalan lebih `mahal’ daripada segala mata benda dunia. Dengan sebab itu, thabit dalam sunah Rasulullah s.a.w., apabila Baginda merasa gusar, Baginda akan segera menunaikan solat kerana ia merupakan hubungan yang kukuh lagi mantap dengan Tuhannya di mana roh akan sampai dengan wahyu dan ilham. Dan sentiasalah pancaran seperti ini berlaku pada setiap orang yang beriman, yang menghendaki bekalan untuk jalannya dan boleh menghilangkan dahaganya dalam suasana yang panas, menambahkan bantuan ketika terputusnya dan lain-lain.
As-Samarqandi dalam Bahr al-`Ulum berkata: “Minta tolong dengan sabar dalam menunaikan segala fardu dan dengan membanyakkan solat dalam menghapuskan segala dosa.” Al-Fakhr ar-Razi berkata: “Yang dimaksudkan dengan sabar ialah puasa. Dan apabila disandarkan kepada solat, sudah tentu bercahaya hati dengan segala nur makrifah Allah. Dan sesungguhnya didahulukan puasa (sabar) daripada solat kerana kesan puasa menghilangkan segala yang tidak sepatutnya. Sedangkan kesan solat menghasilkan apa yang sepatutnya. Justeru, penafian hendaklah didahulukan daripada pengisbatan (penetapan). Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa sebagai perisai dari neraka.” Sedangkan firman Allah pula: “Sesungguhnya solat dapat mencegah daripada akhlak yang keji dan kemungkaran.”
Betapa besarnya solat sehingga Allah menutup ayat dengan kenyataan-Nya “Dan sesungguhnya (sembahyang itu).” Ibn al-Jauzi berkata: “Terdapat tiga pandangan ulama berhubung ganti nama pada ayat ini.
Pertama: Bahawa ia bermaksud solat. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Mujahid dan Jumhur.
Kedua: Iaitu pertolongan sebagaimana pada awalnya disebut kalimah meminta tolong. Inilah pendapat Muhammad Ibn al-Qasim an-Nahwi.
Ketiga: Ia bermaksud Kaabah dan kiblat kerana apabila disebut solat ia menunjukkan ke arah kiblat seperti yang disebut oleh ad-Dhahhaq daripada Ibn Abbas dan Muqatil.”
`Amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’. Mereka yang benar-benar tawaduk dan tenang yang menjadikan jiwa-jiwa mereka bersih semata-mata kerana Allah sahaja, yang dapat mendirikan solat dengan sebaik-baiknya.
Syeikh Abdur Rahman as-Sa’di berkata di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim ar-Rahman: “Dan sesungguhnya ia adalah jalan yang mudah ke atas mereka kerana khusyuk, takut kepada Allah, berharap sesuatu yang ada di sisi-Nya, dan mewajibkan baginya segala arahan, boleh melapangkan dadanya kerana sentiasa bermuraqabah untuk mendapatkan pahala, di samping takut terhadap hukuman dan balasan. Berlainan pula dengan mereka yang tidak bersifat khusyuk, sudah tentu tiada pendorong ke arah kebaikan dan kebajikan. Dan kalau dilakukannya sekalipun, pasti ia membebankan.
Suci
Al-Imam an-Nawawi memasukkan dalam Matan al-Arba`in, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Malik al-Harith bin `Asim al-Asy`ari r.a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Suci itu sebahagian iman, dan Alhamdulillah memenuhi timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Sembahyang itu cahaya dan sedekah itu keterangan. Sabar itu sinaran, al-Quran itu hujah (dalil) bagimu dan atasmu. Sekalian manusia itu pada waktu pagi ada orang yang menjual dirinya, lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya.” (Riwayat Muslim).
Selepas Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang kesucian dan pujian yang memenuhi timbangan, begitu juga dengan tasbih, Baginda menerangkan lagi berhubung sembahyang, sedekah dan sabar. Di antara lain katanya: “Bahawa sembahyang itu adalah cahaya.” Iaitu cahaya yang menerangkan jalan hidup yang sebenarnya, cahaya bagi orang yang mengerjakannya di dunia dan akhirat. Dan Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan: “Bahawa sesiapa yang memelihara sembahyang, baginya cahaya, alasan dan pelepasan pada Hari Kiamat. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya, tiadalah cahaya baginya, tidak ada juga alasan dan pelepasan, dan pada Hari Kiamat dia bersama Firaun, Haman, Qarun dan Ubai bin Khalaf.”
Empat orang yang disebut itu adalah ketua orang-orang kafir, dan orang yang meninggalkan sembahyang adalah bersama mereka. Oleh kerana itu sekiranya dia meninggalkannya kerana perniagaannya, dia akan bersama Ubai bin Khalaf. Jika dia meninggalkannya kerana kerajaan atau kekuasaannya, maka dia bersama Firaun. Kalau ditinggalkannya kerana harta-bendanya maka ia bersama Qarun, dan kalau kerana ketuanya, maka ia bersama Haman.
Cahaya
Setelah Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa sembahyang adalah cahaya, sebaliknya tiada sembahyang tiada cahaya, maka diterangkan pula: Bahawa sedekah, iaitu terujinya iman dan terbukti keterangan dan dalil adanya zakat harta benda atau wang ringgit, satu-satunya mata benda yang sangat-sangat dicintai oleh seseorang. Sekiranya seseorang dapat mengeluarkan zakatnya dengan ikhlas, tanda imannya masih kuat. Kalau tidak, itulah alamat kekurangannya tetapi dia tidak merasakannya. Apa yang dirasanya ialah kekurangan harta benda atau wang ringgit yang dikeluarkan zakatnya saja.
Setelah itu diterangkan sifat sabar. As-Sabr kata Rasulullah s.a.w. adalah dhiya’, ertinya sinaran yang menyuluh jalan yang akan ditempuh. Bagaimana sulit sekalipun, jalan itu akan dapat dilalui dengan sabar. Sabar ertinya tahan menempuh sesuatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar mengerjakan taat kepada Allah, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya. Tetapi antara sifat sabar itu, maka sifat sabar kerana mengerjakannya dengan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama. Ia lebih utama daripada sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan, sebagaimana yang diterangkan pada hadis daripada Saidina Ali yang bermaksud:
“Sesungguhnya sabar atas sesuatu maksiat dituliskan kerananya untuk seorang hamba sebanyak tiga ratus darjat. Dan sesungguhnya sabar atas sesuatu ketaatan dituliskan kerananya enam ratus darjat, dan sesungguhnya sabar (menahan diri) daripada segala maksiat dituliskan kepadanya sembilan ratus darjat.” (Hadis marfu’ dengan sanad yang daif).
Sementara itu, ada pula tiga macam sifat sabar yang terhimpun pada suatu ibadat. Misalnya ibadat puasa. Padanya didapati sifat-sifat:
* Sabar mengerjakan taat kepada Allah.
* Sabar daripada melakukan maksiat kepada-Nya. Ini kerana orang yang berpuasa meninggalkan syahwatnya kerana Allah, sesuai dengan maksud hadis yang menegaskan, “Bahawa tiap-tiap amal anak Adam adalah baginya, kecuali puasa. Kerana sesungguhnya puasa adalah bagi-Ku dan Akulah pula yang akan membalasnya.ni kerana dia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya kerana Aku.
* Sabar atas segala takdir kesusahan lapar dan dahaga selama puasa. Dan kerana ini Rasulullah s.a.w. menamakan bulan puasa sebagai `bulan sabar’.
Semoga Allah menggolongkan kita semua termasuk di kalangan orang-orang mukmin yang bersifat meminta tolong dengan sabar, solat dan juga bersifat khusyuk.
Amin,

HUKUM MELINTAS DIHADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT.


Ketahuilah kiranya saudaraku, perbuatan ini terlarang bagaimana dalam Hadith Turmudzi

Sumber Busr B. Saiid bahawa Zaid B. Khaalid Al-Juhaniy pernah mengutus kepada Abu Juhaim Abdullah Al-Anshaari mengenai sikap yang didengamya daripada Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang. Maka Abu Juhaim berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Seandainya orang yang melintas di hadapan orang yang sembahyang itu mengetahui padah yang akan menimpanya, tentulah lebih baik baginya dia berhenti 40.. .(hari? Bulan? Tahun?) daripada dia melintasinya.
Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sumber-sumber lain ialah daripada Abu Saiid, Abu Hurairah, Ibnu Umar dan Abdullah B. Amr.  Imam Bukhari dan Muslim turut mengeluarkannya dalam Shahiih keduanya.

Sungguhnya diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda (bermaksud): Seandainya seseorang kamu berdiri seratus tahun adalah lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan saudaranya yang sedang sembahyang.

Masalah: Hukum melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang.
Ya saudaraku, Abu Isa At-Turmudzi berkata: Para ulamaa mengharamkan seseorang melintas di hadapan seseorang yang sedang bersembahyang yang meletakkan sutrah, sekalipun sembahyang orang itu tidak batal sebabnya.

Masalah: Hukum berdiri hampir dengan sutrah.
Kata Imam An-Nawawi: Dalam Mazhab Syafii jarak seseorang dengan sutrah itu janganlah jauh melebihi tiga hasta; dan dalam jarak inilah seseorang dilarang melintas di hadapannya.

Masalah: Hukum melintas di hadapan orang yang bersembahyang tanpa sutrah.
Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Adalah makruh melintas dalam keadaan demikian; demikian juga jika ada sutrah, tetapi letaknya jauh.

Masalah: Hukum melintas orang yang sedang bersembahyang kerana hendak memenuhkan shaf pertama.
Kata Imam An-Nawawi: Seandainya ada kekosongan di shaf pertama (yang kerap menjadi rebutan orang ramai), maka bolehlah seseorang melintas orang yang sedang bersembahyang di shaf kedua (atau lainnya P) dan masuk berdiri di tempat tersebut disebabkan kealpaan orang-orang di belakang tidak memenuhkan tempat yang perlu dipenuhkan.

Masalah: Bagaimana kedudukan berdiri di hadapan sutrah?
Kata Imam An-Nawawi: Sunat sutrah itu berada di sebelah kiri atau kanan; jangan membetuli (di mana Nabi didapati mengadap ke hujung pelana unta ; sedang pada umumnya dikehendaki mengadap kepada sutrah.)

Ulama' membahaskan mengenai melintas hdpn org sembahyang dibawah tajuk sutrah dan ulama' berbeza pendpt mengenai hukum sutrah ini. Dan al-Ahkam ada membuat research mengenai bab sutrah ini. Hanya saja belum dikemaskini seta dibuat kesimpulan sahaja. Saya rasa memadai kiranya saya berikan URL kajian tersebut. Telitilah dan sekiranya ada kekeliruan kembali bertanya kpd kami. Namun, utk memudahkan sdr, saya lampirkan pendpt syafi'iyyah mengenai sutrah ini sptmana dinukilkan dalam bahrul madzi: lalu didepan orang sembahyang

KITAB BAHRUL MADZI: BAB SEMBAHYANG DENGAN MENGADAKAN SUTRAH (Adangan) DI HADAPAN.

Ketahuilah kiranya saudaraku, Syara’ menyuruh sesiapa yang hendak bersembahyang di tempat yang mungkin dilalui orang (baik dalam masjid atau di luarnya) agar mengadakan sutrah atau sesuatu adangan atau sekatan di hadapan berdasarkan Hadith Turmudzi:

Sumber Talhah katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang kamu meletakkan di hadapannya (sutrah) seperti hujung pelana unta, maka hendaklah dia bersembahyang;dan janganlah dia perduli sesiapa yang melalui di belakang pelana itu.”
Kata Abu Isa At-Turmudzi: Dalam bab ini terdapat Iagi Hadith surnber Abu Hurairah, Sahl B.Abi Hathmah, Ibnu ‘Umar, Sibrah B. Ma’bad, Abu Juhaifah dan Aa’isyah. Imam Muslim mengeluarkannya dalam kitab Shahiihnya.

Masalah: Hukum sutrah di hadapan orang yang sembahyang.
Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim: Berdasarkan Hadith ini menunjukkan sunat meletakkan sutrah di hadapan seseorang yang bersembahyang; sekurang-kurangnya setinggi hujung pelana unta, iaitu dua pertiga hasta.

Masalah: Bahan-bahan sutrah.
Kata Imam An-Nawawi: Berupa sesuatu yang dapat didiri atau diletakkan di hadapan seseorang yang bersembahyang seperti tongkat, kayu, kumpulan batu atau tanah (jika sembahyang di atas tanah atau pasir —P), atau barangan;(jika tiada) boleh juga tikar atau hamparan sembahyang; pun juga digariskan satu garisan (sebagai langkah terakhir).

Masalah: Apakah guna sutrah?
Kata Imam An-Nawawi: Guna sutrah ialah untuk menghalangi pemandangan mata orang yang bersembahyang agar selalu di tempat sujud dan untuk menghalangi orang dan melintas di hadapan sutrah yang dapat mengganggu kekhusyukan sembahyang.

Masalah: Apakah hukum garisan sutrah?
Kata Imam An-Nawawi: Berdasarkan Hadith di atas, Al-Qaadhi ‘Iyaadh menolak garisan sebagai sutrah. Manakala Imam Ahmad b. Hanbal menerimanya; sedang dia adalah lemah. Menurut Al-Qaadhi ‘Iyaadh bahawa Imam Malik juga menolak garisan sebagai sutrah.

Masalah: Bagaimana bentuk garisan sutrah?
Kata Imam An-Nawawi: Para ‘ulamaa’ mempunyai berbagai pendapat: garisan melengkung sebagai mihrab, lurus ke kiblat, dan garisan dari kanan ke kiri.

Masalah: Adakah sutrah imam terpakai serentak sebagai sutrah ma’mum?
Ya saudaraku, kata Abu Isa At-Turmudzi: Ilmuwan mengira ma’mum tidak perlu lagi membuat sutrah masing-masing bila imam telah membuat suatu sutrah di hadapannya.

KITAB BAHRUL: BAB LINTASAN TANPA SUTRAH TIDAK MEMBATALKAN SEMBAHYANG KECUALI LINTASAN ANJING,KELEDAI DAN

Ketahuilah kiranya saudaraku, para ulamaa’ Mujtahidin tidak sekata mengenai terbatalnya
sembahyang; tetapi Hadith Turmudzi mengiranya terbatal:

Sumber ‘Abdullah B. Ash-Shaamit katanya : “Saya telah mendengar Abu Dzarr berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang lelaki bersembahyang dan tiada di hadapannya seperti hujung pelana unta atau seperti kayu tengah pelana unta (sutrah), sembahyangnya diputuskan oleh anjing hitam (syaitan), perempuan dan keledai.”
Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sumber-sumber lain ialah daripada Abu Sa’iid, Al-Hakam Al-Ghifaari, Abu Hurairah dan Anas B.Maalik. Imam Muslim mengeluarkannya di dalam Shahiihnya.

Masalah: Adakah anjing dan perempuan yang melintas tanpa sutrah membatalkan sembahyang?
Kata Abu Isa At-Turmudzi: Sebahagian Ilmuwan mengira terbatal sembahyang yang dilintasi keledai, wanita dan anjing hitam. Manakala Imam An-Nawawi pula berkata: Terdapat berbagai pendapat para ‘ulamaa’: Jumhuur Al‘Ulamaa’ kalangan Salaf(Awal) dan Khalaf(Kemudian), Imam Abu Hanifi, Imam Maliki dan Imam Syafi’i mengatakan tiada batal sebab dilintasi oleh tiga jenis tadi. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan terbatal bila dilintasi anjing hitam; tetapi beliau tidak pasti tentang terbatal sebab dua jenis lagi. Di kala Nabi s.a.w. sedang sembahyang, didapati ‘Aa’isyah sedang tidur di hadapannya di arah kiblat; sedangkan Nabi meneruskan sembahyangnya.

Masalah: Ta’wilan tiada terbatal sembahyang tanpa sutrah yang dilintasi keledai, wanita dan anjing hitam.
Kata Imam An-Nawawi: Mereka mengatakan sembahyangnya itu tidaklah terbatal; cuma terkurang pahalanya disebabkan hati terlalai sebabnya; manakala ada pula yang mengirakan Hadith berkenaan telah dinasakh dengan Hadith lain yang bermaksud

“Sembahyang itu tidaklah terbatal oleh lintasan sesuatu;”

dan Hadith:

“Dan hendaklah kamu menolak atau menangkisnya sekuasa kamu (terhadap siapa dan apa yang melintas).”

Sebenarnya untuk mengatakan sesebuah Hadith itu dinasakh (dihapus)kan adalah bukan mudah. Dia perlu dikaji dengan teliti seluruh Hadith yang berkenaan serta sejarah atau tarikh dan peristiwa dia dinasakhkan. (At-Tahaawi memandang Hadith sumber Abu Dzarr dinasakhkan oleh Hadith sumber Aisyah —P).

------
Berikut petikan feqhus sunnah:

V. HARAM LEWAT DI MUKA ORANG YANG BERSEMBAHYANG:

Hadits-hadits menyatakan haramnya berjalan di muka Seseorang yang bersembahyang sampai tabirnya, dan perbuatan itu dianggap sebagai dosa besar.

Dan Busr bin Said diriwayatkan:

“Bahwa Zaid bin Khalid mengutusnya kepada Abu Juhaim guna menanyakan apa yang telah didengarnya dari Rasuluilah s.a.w. mengenai lewat di muka orang yang sedang bersembahyang. Ujar Abu Juhaim: “Rasuluiah s.a.w. bersabda: “Andaikata seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang ditanggungnya karena lewat di muka orang yang bersembahyang, niscaya ia akan lebih suka berdiri menunggunya selama empatpuluh daripada lewat di mukanya itu.” (Riwayat Jama’ah).

Juga dan Zaid bin Khalid bahwa Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya karena berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, niscaya Ia lebih suka berdiri menunggunya sampai empatpuluh musim daripada lalu di mukanya.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah).

Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lewat di mukanya. Dalam hal ini Ibnu Hibban mengambil alasan kepada sebuah hadits yang diriwayatkan dalam buku shahihnya dari Al-Mutthalib bin Abi Wada’ah, katanya:
“Saya melihat Nabi s.a.w. setelah selesai thawaf, berjalan melalui tempat thawaf, kemudian bersembahyang dua raka’at, sedang di antara beliau dengan orang-orang yang thawaf itu tidak ada tabir apapun.”

Selanjutnya kata Ibnu Hibban: “Hadits ini jadi bukti tegas yang menyatakan bahwa lewat di muka orang yang bersembahyang apabila tidak memakai tabir itu, hukumnya boleh. Jadi terpikulnya dosa bagi orang yang lewat di muka orang yang bersembahyang itu hanyalah bila menggunakan tabir, sedang jika tidak menggunakannya, maka tidak mengapa.” Kemudian dijelaskannya pula: “Tenang bahwa shalat yang dilakukan Nabi s.a.w. itu tidak memakai tabir yang membatasi diri beliau dengan onang-onang yang sedang thawaf.” Keterangan itu disesuaikannya dengan hadits Al-Mutthalib, katanya: “Saya lihat Nabi s.a.w. bersembahyang di dekat Rukun Aswad, dan orang-orang lelaki serta perempuan berjalan di mukanya, sedang antara mereka dengan beliau tidak ada sebuah tabirpun.”

Dalam buku Raudlah dijelaskan bahwa apabila seseorang bersembahyang dan tidak memakai tabir, atau sekalipun memakai tetapi menjauh dan tabirnya itu, maka menurut pendapat yang terkuat orang itu tidak berhak menolak siapa saja yang lewat di depannya, sebab ia tidak berhati-hati. Dan dalam hal ini tidaklah haram berjalan di muka orang itu, hanya sebaiknya janganlah berbuat demikian.”

HINDARI PERBUATAN YANG SIA-SIA




Allah berfirman, yang artinya, "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,". (Qs. Al-Mukminun : 1-5) Penggalan Surah ini menerangkan hamba yg beriman (mukmin) punya karakteristik khas dalam perilaku, perkataan maupun akhlak dalam diri. Hamba yg mensifati dirinya dengan karakteristik ini, maka Allah akan memuliakannya dengannya. Jika tidak,  mk hal tsb hanyalah sekadar pengakuan yg membutuhkan suatu pembuktian. Al-Qur'an dan hadits Rasulullah banyak menerangkan tentang sifat-sifat tersebut. Salah satu karakteristik yg kita bahas ini adalah orang-orang yg menjauhkan diri dari perbutan yg tidak berguna. 

Dalam surat diatas terdapat kalimat , al-laghwu, yang datang dalam bentuk umum. Yaitu sesuatu atau segala hal yang tidak bisa diharapkan di waktu selanjutnya. Maka atas dasar terebut, seorang hamba mukmin menjaga segala perbuatan yang tiada berguna, atau berlebihan. Karena ia mengetahui bahwa dirinya akan bertanggung jawab penuh atas perbuatannya.

Firman Allah, yang artinya ," Tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir ", (Qs. Qaf : 18). Ketika seorang hamba menghisap dirinya atas ucapannya (perbuatannya) yang tiada bermanfaat, maka sesungguhnya itu merupakan pintu paling utama. Sehingga ia akan selalu memperbaiki perbuata-perbuatannya.

Dalam ayat lain juga ditegaskan akan sifat orang mukmin, yaitu memhindarkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna. Allah berfirman dalam menggambarkan kodisi ini, dengan firman-Nya, yang artinya ," … dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tiada berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya". (Qs. Al-Furqan : 72).

Allah juga berfirman, yang artinya ," Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata ;'Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amal kamu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil". (Qs. Al-Qashas : 55).

Allah juga berfirman, yang artinya ," Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami , maka tinggalkanlah mereka…". (Qs. Al-An'am : 68).

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, yang artinya “Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya".”(Hadits hasan. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya seperti itu). Hadits di ini merupakan salah satu prinsip adab dan etika mulia. Dalam Jami’ul 'Ulum wal-Hikam (I/288).

Imam Abu ‘Amr bin Shalah menceritakan dari Abu Muhammad bin Abi Zaid , bahwa ia berkata: “Puncak etika kebaikan bermuara dari empat hadits:
Sabda Rasulullah saw, "Barang siapa beriman kepada Allâh Ta'ala dan Hari Akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam’,
Sabda Rasulullah saw, "Di antara kebaikan keislaman seseorang, ialah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya",
Sabda Rasulullah saw, "yang ringkas kepada orang yang meminta wasiat kepadanya, ‘Janganlah engkau marah’, dan
 Sabda Rasulullah saw, "Orang mukmin itu mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya’" ”
Makna hadits ini, bahwasanya di antara kebaikan keislaman seseorang ialah ia meninggalkan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat . Dia hanya mencukupkan diri dengan berbagai perkataan dan perbuatan yang bermanfaat baginya. Makna “ya’nihi” dalam hadits ini, ialah perhatian (inayah)nya tertuju padanya, kemudian sesuatu tersebut menjadi maksud dan tujuannya. Makna al-inayah, ialah perhatian yang lebih terhadap sesuatu.

Seseorang meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya, dan tidak ia inginkan bukan karena pertimbangan hawa nafsu dan keinginan jiwa, namun karena pertimbangan syari’at Islam. Oleh karena itu, beliau menjadikan sikap seperti itu sebagai bukti kebaikan keislamannya.
Rasulullah saw, juga bersabda, yang artinya, " Seorang muslim adalah siapa yang menyelamatkan muslim lainnya, dari gangguan lisan dan juga tangannya", (Hr. An Nasa'I, ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Majah, dinyatakan shahih al-albani dalam As-silsilah as-Shahihah : 11/67).

Seorang yang keislaman , maka ia meninggalkan ucapan dan tindakan-tindakan yang tidak bermanfaat baginya dalam Islam, karena Islam mengharuskan seseorang mengerjakan kewajiban-kewajiban seperti yang telah dijelaskan dalam hadits Jibril ra (hadits ke-2 kitab al-Arba’în) dan hadits-hadits yang lainnya.

Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda, yang artinya , " … Berkemauan keraslah kepada apa-apa yang bermanfaat bagimu, dan minta tolonglah kepada Allâh Ta'ala dan janganlah bersikap lemah….”

Dalam ash-Shamtu, karya Ibnu Abid Dunya. Tahqîq: Abu Ishaq al-Huwaini. Para Ulama menjelaskan, bahwa yang dimaksud meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfat, sebagian besar ditujukan kepada menjaga lisan (lidah), dari perkataan yang sia-sia. Prinsip yang mendasar ialah meninggalkan hal-hal yang diharamkan , sebagaimana sabda Rasulullah , bersabda , yang artinya ," Seorang muslim, ialah orang yang kaum Muslimin selamat dari lidah dan tangannya; dan orang yang hijrah, ialah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang".

Jadi, jika keislaman seseorang baik, dia akan meninggalkan apa saja yang tidak bermanfaat baginya; baik itu hal-hal yang diharamkan, syubhat, makruh, dan hal-hal mubah yang berlebihan yang tidak dibutuhkan, karena itu semua tidak bermanfaat bagi seorang Muslim. Jika keislaman seseorang telah baik dan mencapai tingkatan ihsan, maka ketika beribadah kepada Allah Ta'ala seolah-olah ia melihat-Nya, dan jika ia tidak sanggup maka ia yakin bahwa Allah Ta'ala melihatnya. Maka, barang-siapa beribadah kepada Allâh Ta'ala dengan mengingat kedekatan-Nya dan penglihatannya kepada Allâh Ta'ala dengan hatinya atau mengingat kedekatan dan penglihatan Allâh Ta'ala kepadanya, sungguh keislamannya telah baik dan mengharuskannya meninggalkan apa saja yang tidak bermanfaat baginya dalam Islam dan ia lebih sibuk dengan hal-hal yang bermanfaat baginya.

Waktu bagi hamba beriman adalah berharga, yang tidak disia-siakan dalam sendau gurau atau dihabiskan untuk hal-hal yang tiada bermanfaat. Siapa yang telah menyia-nyiakan waktunya berarti ia telah menyia-nyiakan dirinya. Dalam sebuah atsar dikatakan, " tidaklah ada hari yang datang atas anak adam melainkan ia berseru ," Wahai anak adam , aku adalah hari yang baru dan aku kelak akan menjadi saksi atasmu, maka beramallah dengan amal shalih, karena kelak aku akan menjadi saksi bagimu, dan aku apabila telah berlalu niscaya kamu tidak akan pernah melihatku selamanya, dan malampun berkata demikian juag ". (Ar-Rafi'I 2/93. Ad-Dailami 3/383, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah 2/303).

Diriwayatkan Ibn Ishaq, bahwa suatu ketika Rasulullah saw masih berada di Mekah. Datanglah kepada beliau utusan dari kaum Nasrani yang berjumlah sekitar 20 orang. Yaitu taktala telah samapi khabar kepada mereka mengenai diri beliau dari negeri Habasyah. Mereka mendapati beliau sedang di masjid, mereka pun segera berbicara dan bertanya kepada beliau. Sementara itu kumpulan orang-orang Quraisy ada disekitar Ka'bah.

Ketika mereka telah selesai dari persoalan yang merek kehendaki, maka Rasulullah pun menyeru mereka kepada Allah SWT seraya membacakan aayat-ayat Al-qur'an, hingga mata mereka bercucuran air mata. Pada akhirnya mereka menyambut seruan tersebut, beriman dan membenarkan Rasul-Nya. Mereksa mengetahui diri beliau sebagaimana yang telah digambarkan dalam Kitab mereka.

Taktala mereka hendak meninggalkan berliau. Abu jahal mencegat mereka seraya berekata ," Semoga allah meninggalkan kalian. Kalian telah diutus oleh kaum kalian untuk menyelidiki orang ini. Akan tetapi belum sempat kalian duduk dengan tenang dihadapannya, kalian sudah melepaskan agama kalian dan membenarkan apa yang diucapkannya. Kami belum pernah melihat utusan yang lebih bodoh dari kalian".

Kemudian mereka menjawab," Semoga keselamatan atasmu. Kami tidak mau bertindak bodoh seperti kamu. Biarlah kami mengikuti pendirian kami, dan kamu bebas mengikuti pendirianmu. Kami tidak akan menyia-nyiakan (kesempatan) berbuat baitk untuk diri kami sendiri".

Riwayat dari Mu'adz bin Jabal ra berkata,"Pada suatu hari aku bersama Rasulullah SAW dalam sebuah perjalanan. Hingga ketika aku dekat dengan beliau, maka akupun berekata ," Wahaui Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang amalan yang bisa memasukanku kedalam surga dan menjauhkanku dari neraka?".
Rasulullah saw menjawab,yang artinya " sungguh , engkau telah bertanya kepadaku tentang perkara agung (berat bagi jiwa). Namun hal itu akan benar-benar menjadi mudah bai orang-orang yang dimudahkan Allah. Engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa ramadhan dan menunaikan haji".
Kemudaian beliau bertanya, yang artinya," Maukah engkau, aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan".
Aku pun menjawab ", tentu wahai Rasulullah".
Beliau bersabda, yang artinya ," Puasa adalah perisai, sedekah itu bisa memadamkan dosa-dosa sebagaimana air bisa memadamkan api dan shalatnya seorang ditengah malam adalah syiarnya orang-orang shalih. " Kemudian beliau membaca firman Allah, yang artinya ", Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabb-nya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rizki yang Kami berikan". (Qs. As-Sajadah : 16).

Kemudian beliau bertanya lagi," Maukah aku beritahukan kepadamu tentang pokok seluruh urusan (agama), tiang penyangganya dan puncak tertingginya ?"
Aku menjawab,"tentu wahai Rasulullah". Beliau bersabda , yang artinya ," Pokok adalah islam, tiang penyangganya adalah shalat dan puncak tertingginya adalah jihad".
Kemudian beliau bertanya kembali, " Maukah aku beritahukan kepadamu tentang penguat (penyempurna) semua hal tersebut ?"
Aku menjawab " tentu wahai Rasulullah".
Beliau memgangi lidahnya seraya bersabda, yang artinya ," Jagalah ini!".
Lalu aku bertanya," Wahai Rasulullah , apakah kita akan benar-benar diazab lantaran semua yang kita ucapkan?"
Beliau menjawab," Celaka engkau wahai Muadz, tidakkah manusia itu dilemparkan ke dalam api neraka dengan wajah tertelungkup dibawah mereka, melainkan akibat dosa dari lisan-lisan mereka ". (Hr Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa'i).

Dan sungguh benar firman Allah yang menerangkan sifat-sifat orang mukmin, yang artinya ," Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna ". (Qs. Al-Mukminun : 3).

Ibnu ‘Asaakir dalam Taariikh Dimasyq 48/117 , menyatakan ‘Umar bin ‘Abdil-‘Aziiz rahimahullah berkata , bahwa Barangsiapa yang menghitung perkataannya merupakan bagian dari amal perbuatannya, niscaya ia akan sedikit berbicara kecuali apa-apa yang bermanfaat baginya .

Saudaraku , dengan meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat termasuk bagian dari kebaikan keislaman seorang hamba . Jika ia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya dan mengerjakan apa yang bermanfaat baginya, sungguh, telah sempurnalah kebaikan keislamannya.

Allahu a'lam
Sumber : Abdul 'athi ali Salim dalam Halawatul Iman, Yazid bin Abdul Qadir Jawas

KESEMPURNAAN DIRI MUSLIM.


  • Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya: "Tanyalah apa yang engkau kehendaki" :

    Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

    Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

    Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

    Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

    Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

    Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

    Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

    Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

    Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

    Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

    Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

    Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

    Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
    (baik )

    Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

    Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

    Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

    Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
    Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

    Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

    Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

    Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

    Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

    Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

    Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

    Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

    Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

    Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

    Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri
    (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

    Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

    Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

    Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

    Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

    Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

    Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

    Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

    Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

    Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

    Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

    Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

    Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

    Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

    Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

    Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

    Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

    Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

    Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

    Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

    Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

    Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini...

HASAD DENGKI,


Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (H.R Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:
Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam hadis
diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad). Hasad adalah dosa pertama diatas muka bumi kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini jugalah yang mendorong terjadinya pembunuhan pertama diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.
MAKNA HASAD:
Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat
dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua keadaan:

1. Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu
kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang) daripadanya, sama ada agar nikmat itu berpindah kepada kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan dengan hasad.

2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia hilang daripadanya. Tetapi sebagai manusia biasa kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri hati.

HUKUM HASAD:
Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah
pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW.:
Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua
perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).
SEBAB-SEBAB HASAD:
Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat
hasad (dengki), antaranya yang terpenting:

1. ‘Adaawah (permusuhan).
2. Takabbur (sombong).
3. Ta’azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat mengatasinya)
4. Bakhil (lokek).
5. Khubthun Nafsi (busuk hati).
6. Hubbul Jaah (gila kuasa).

BAHAYA HASAD:
Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan dunia seseorang, tetapi juga akhiratnya. Dan diantara bahayanya:

• Hasad merosak amalannya. Sabda Nabi SAW.
Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api makan kayu api.
(H.R Ibnu Majah dinilai dha`if oleh al-Albani dalam ad-Dha`ifah no:1902)
• Hasad dapat merosak akidahnya, kerana setiap nikmat yang Allah swt kurniakan kepada seseorang adalah berdasarkan ketentuan taqdir yang termaktub di dalam Luh Mahfuz sejak azali. Oleh itu jika kita benci terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada seseorang, itu bererti secara tidak langsung kita benci dan tidak redha dengan Takdir Allah.

HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH.
Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:

• HASAD (DENGKI):
Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama). Hukumnya adalah haram.

• GHIBTHAH (IRI HATI ): Engkau menginginkan suatu nikmat seperti nikmat yang diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sikap ini adalah terpuji (mahmudah).
• MUNAAFASAH (KOMPETISI): Engkau berusaha keras untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama, atau engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Hanya saja sikap ini hanya diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia. Oleh sebab itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya wajib, iaitu jika berkompetisi (berlumba-lumba) menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya sunat, seperti berlumba-lumba meninggalkan perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat. Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu seperti berlumba-lumba dalam perkara mubah seperti dalam bidang pertanian, perindustrian, penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.

CARA MENGUBATI HASAD:
Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.
ILMU: Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa:
• Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita.
• Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama dan dunianya.
• Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi.
• Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang.
• Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan.
• Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.

AMAL:
Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu’ (rendah diri). Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa.

Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka mengetahui ada orang yang dengki, mengumpat atau memfitnah mereka, maka mereka segera kirimkan hadiah kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih diatas jasa baik mereka itu.Semoga Allah memperbanyak orang hasad kepadamu Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab. Ungkapan ini sepintas lalu seperti tidak baik kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad kepadanya. Tetapi sebenarnya kandungan ungkapan ini adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah agar ia menjadi orang yang baik. Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak akan menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan tersebut mendapat ni’mat. Hasad biasanya menimpa seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan biasanya bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana kekayaannya dan bukan kerana kefakirannya atau kerana kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya atau kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit pengikutnya atau kerana kemajuannya dan bukan kerana kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana kebebalannya atau kerana kemuliaannya dan bukan kerana kerendahannya dan lain lain.
Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan pahala di akhirat dari orang-orang yang mendengkinya. Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya adalah justeru lebih baik. Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang segala bentuk kesyirikan, khurafat dan bid’ah. Kita mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak tertentu yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang kita bawa. Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya yang kita sebarkan akhirnya menimbulkan kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya adalah semakin baik supaya besar pula pulangannya di akhirat nanti.
InysaAllah..