عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَي
اللهَ وَمَنْ يُطِعَ الْاَمِيْرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْاَمِيْرَ
فَقَدْ عَصًانِي , وَإِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتِلُ مِنْ وَرَائِهِ
وَيُتَّقَي بِهِ , فَإِنْ أُمِرَ بِتَقْوَي اللهَ وَعَدَلَ فَإِنَّ لَهُ بَذَلِكَ
أَجْرًا وَإِنْ قَالَ بَغَيْرِهِ فَإِنَّ عَلَيْهِ مِنْهُ . ( حديث صحيح (
Terjemahan Hadis
Barangsiapa taat kepadaku , maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan
barangsiapa menderhakaiku , sesungguhnya ia telah menderhaka kepada Allah .
Barangsiapa taat kepada pemerintah , maka sesungguhnya ia telah mentaatiku dan
barangsiapa menderhakai pemerintah , maka sesungguhnya ia telah menderhaka
kepada ku .Sesungguhnya imam itu tidak lain daripada perisai di mana orang
–orang berperang dari belakangnya dan berlindung dengannya, maka jika ia
menyuruh bertakwa kepada Allah dan berlaku adil , maka ia mendapat ganjaran
dari yang demikian itu , dan jika ia berkata selain dari itu , maka ia mendapat
dosa dari perkataannya itu . (Hadis sahih)
Nilai Hadis .
Hadis ini adalah hadis yang mengandungi nilai yag penting dalam perkara yang
berhubung dengan ketaatan kepada Allah , Rasulullah dan pemerintah , Penilaian
ini dapat dilihat dengan penegasan Rasulullah yang menjelaskan bahawa
mentaatinya adalah mentaati Allah , begitu juga menderhaka kepadanya bererti
menderhaka kepada Allah ,begitu juga mentaati pemerintah maka ia mentaati rasul
,begitu juga menderhaka kepada pemerintah maka bererti ia menderhaka kepada
rasul . Pemerintah hendaklah menjalankan tugasnya dengan baik , kerana ia
adalah sebagai perisai kepada rakyat , tugasnya hendaklah memimpin rakyat
kepada ketakwaan dan berlaku adil , dan akan dibalas dengan baik kepadanya .
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Taat kepada Rasul adalah mentaati Allah . Menderhaka kepada Rasul adalah
menderhaka kepada Allah .
Ketaatan kepada Rasul itu adalah samalah mentaati Allah SWT , firman Allah SWT
yang bermaksud :
Sesiapa Yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada
Allah; ( An Nisa’ :80
Mentaati Allah SWT ialah mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala yang
dilarang melalui kitab suci Al-Quran , menakala taat kepada rasul ialah beramal
dan mengikut apa yang ada di dalam sunnah rasul itu ,firman Allah SWT yang
bermaksud :
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. (Ah-Hasyr :7)
Sebaliknya orang yang menderhakakan kepada rasul maka ia juga menderhaka kepada
Allah SWT , kerana rasul itu adalah utusan Allah , dan kita disuruh mengikuti
rasul dan jangan menderhakakan kepadanya , firman Allah SWT yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Ali Imran ;31 ) .
Allah memerintahkan kaum mu'minin supaya tidak menyelisihi perintah Rasulnya
shalallahu alaihi wasalllam dan mengancam orang-orang yang berbuat demikian
(menyelisihi perintah Rasul-Nya) dengan firman-Nya yang bermaksud :
oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta
berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang
tidak terperi sakitnya.(An-Nuur :63 )
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya 3/410: "Yakni hendaklan takut
orang-orang yang menyalahi syariat Rasul secara zahir dan batin takut akan
ditimpa fitnah dan dalam hatinya yang berupa kekufuran, nifaq dan bid'ah atau
ditimpa azab yang pedih di dunia yang berupa pembunuhan, hukuman penjara atau
yang lainnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas baginya kebenaran dan
mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap
kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia dalam jahannam, dan
jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali." (An-Nisa: 115)
2.Taat kepada pemerintah bererti mentaati Allah dan Rasul .Menderhaka kepada
pemerintah maka menderhaka kepada Allah dan Rasul .
Hadis ini menyatakan bahawa mentaati pemerintah adalah bererti mentaati Allah
dan rasulnNya ,oleh hal yang demikian maka rakyat hendaklah mentaati pemerintah
selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat kepada Allah dan rasulNya ,firman
Alllah SWT yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. (An-Nisa: 59)
Al-Qurthubi berkata : "Di dalam ayat ini Allah memerintahkan untuk taat
kepada-Nya, kemudian kepada Rasul-Nya, kemudian kepada para pemerintah, menurut
perkataan jumhur, Abu Hurairah, Ibnu Abbas dll."
Ibnu Khuwaidzi Mandad berkata : "Adapun taat kepada pemerintah maka wajib
dalam rangka taat kepada Allah dan tidak wajib dalam perkara maksiat kepada
Allah…."
Syaikh Abdur Rahman As-Sa'di berkata : (Dalam ayat ini) Allah memerintahkan
(kaum mukminin) untuk taat kepadaNya dan kepada Rasul-Nya iaitu dengan
mengerjakan perintah keduanya baik yang wajib maupun yang sunnah dengan
menjauhi larangan keduanya. Dan Allah juga memerintahkan (kepada kaum mukminin)
untuk taat kepada Ulil amri, yaitu orang yang mengurusi kepentingan ummat,
kerana sesungguhnya tidak akan konsisten urusan agama dan dunia kecuali dengan
taat kepada pemerintah dan tunduk kepada perintah-perintahnya dalam rangka taat
kepada Allah dan mengharap pahala yang ada di sisiNya. Akan tetapi dengan
syarat mereka tidak memerintahkan kepada kemaksiatan .
Menderhaka kepada pemerintah adalah dilarang kerana mereka yang menderhaka
kepada pemerintah samalah menderhaka kepada Allah dan rasul .
3. Pemerintah adalah sebagai perisai kepada rakyat .
Sesungguhnya imam(pemerintah) itu tidak lain daripada perisai di mana orang –
orang berperang dari belakangnya dan berlindung dengannya,
Raulullah membuat perbandingan bahawa pemerintah itu adalah seperti perisai di
dalam peperangan yang sangat berguna kepada seseorang pejuang di dalam
melindungi daripada serangan musuh , maka di dalam mentadbir hal rakyat maka
pemerintah adalah ia sebagai perisai kepada rakyat , di mana rakyat dapat
berlindung dari beberapa kesusahan , ini bererti seorang pemerintah hendaklah menjaga
hak-hak rakyat dengan baik, seperti menjaga kebajikan mereka , melindungi dari
serangan luar dan dalam dari pihak musuh dan lain –lain lagi tugasnya sebagai
“perisai “.
4 Tugas dan tanggungjawab pemerinta
4.1. Menyeru kepada rakyat supaya bertakwa kepada Allah .
Menyeru rakyat supaya bertakwa kepada Allah adalah tugas dan tanggungjawab
pemerintah , kerana takwa itu adalah amat penting di dalam Islam dan perlu
dimiliki oleh setiap individu Islam, banyak ayat – ayat Al-Quran dan hadis –
hadis Rasulullah SAW yang menyuruh umat Islam supaya bertakwa kepada Allah di
antaranya hadis Rasulullah SAW berikut :
اِتَّقِ اللهَ
حَيْثُمَا كُنْتَ
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada” .
Hendaklah bertakwa kepada Allah SWT di mana sahaja engkau berada , sama ada di
tempat yang ramai mahupun di tempat yang sunyi jauh dari pandangan mata
manusia..Takwa hendaklah di laksanakan segala yang wajib dan meninggalkan yang
haram dengan tidak memilih tempat dan masa , dengan mematuhiNya tidak
menderhakaiNya, mengingatiNya tidak melupaiNya , mensyukuriNya tidak
mengingkariNya . .Allah SWT berfirman yang bermaksud
Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam.(Ali Imran : 102)
4.2. Berlaku adil kepada rakyat .
Berlaku adil dan saksama adalah di antara tugas /tanggungjawab yang paling
penting dan amat dituntut kepada pemerintah ,supaya rakyat merasa tenang hati
ke atas hak – hak dan bahagian mereka , lalu mereka patuh dan taat kepada
perintah pemerintah .Sekiranya di dapati ada di kalangan pemerintah yang
berlaku zalim dan tidak memenuhi janjinya kepada rakyat maka akan wujud rasa
tidak puas hati dan akan timbul beberapa perkara yang akan menyusuhkan
pemerintah itu sendiri . Allah SWT menyuruh supaya berlaku adil , firmanNya
yang bermaksud :
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(AlMaidaah : 8)
5.Balasan pemerintah yang menjalankan tugas/tanggungjawab dengan baik dan
sebaliknya .
Pemerintah yang menjalankan tugas / tanggungjawab dengan baik Allah janjikan
dengan balasan pahala dan akan masuk syurga , sebaliknya ia tidak menjalankan
tugas / tanggungjawab dengan baik akan mendapat dosa dan akan di masukkan ke
neraka seperti dinayatakan di dalam hadis ini :
“Maka jika ia menyuruh bertakwa kepada Allah dan berlaku adil , maka ia
mendapat ganjaran dari yang demikian itu , dan jika ia berkata selain dari itu
, maka ia mendapat dosa dari perkataannya itu “ .
Pengajaran Hadis .
1.Umat Islam hendaklah mentaati Allah , rasul dan pemerintah , dilarang sama
sekali menderhaka .
2.Di antara tugas /tanggung jawab pemerintah adalah bertugas sebagai penasihat
kepada rakyat supaya bertakwa kepada Allah SWT .
3.Pemerintah yang adil akan mendapat balasan pahala yang banyak dari Allah SWT
, kalau ia melakukan kezaliman maka ia akan mendapat dosa .
Terjemahan Hadis
Barangsiapa taat kepadaku , maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah dan barangsiapa menderhakaiku , sesungguhnya ia telah menderhaka kepada Allah . Barangsiapa taat kepada pemerintah , maka sesungguhnya ia telah mentaatiku dan barangsiapa menderhakai pemerintah , maka sesungguhnya ia telah menderhaka kepada ku .Sesungguhnya imam itu tidak lain daripada perisai di mana orang –orang berperang dari belakangnya dan berlindung dengannya, maka jika ia menyuruh bertakwa kepada Allah dan berlaku adil , maka ia mendapat ganjaran dari yang demikian itu , dan jika ia berkata selain dari itu , maka ia mendapat dosa dari perkataannya itu . (Hadis sahih)
Nilai Hadis .
Hadis ini adalah hadis yang mengandungi nilai yag penting dalam perkara yang berhubung dengan ketaatan kepada Allah , Rasulullah dan pemerintah , Penilaian ini dapat dilihat dengan penegasan Rasulullah yang menjelaskan bahawa mentaatinya adalah mentaati Allah , begitu juga menderhaka kepadanya bererti menderhaka kepada Allah ,begitu juga mentaati pemerintah maka ia mentaati rasul ,begitu juga menderhaka kepada pemerintah maka bererti ia menderhaka kepada rasul . Pemerintah hendaklah menjalankan tugasnya dengan baik , kerana ia adalah sebagai perisai kepada rakyat , tugasnya hendaklah memimpin rakyat kepada ketakwaan dan berlaku adil , dan akan dibalas dengan baik kepadanya .
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Taat kepada Rasul adalah mentaati Allah . Menderhaka kepada Rasul adalah menderhaka kepada Allah .
Ketaatan kepada Rasul itu adalah samalah mentaati Allah SWT , firman Allah SWT yang bermaksud :
Sesiapa Yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; ( An Nisa’ :80
Mentaati Allah SWT ialah mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala yang dilarang melalui kitab suci Al-Quran , menakala taat kepada rasul ialah beramal dan mengikut apa yang ada di dalam sunnah rasul itu ,firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Ah-Hasyr :7)
Sebaliknya orang yang menderhakakan kepada rasul maka ia juga menderhaka kepada Allah SWT , kerana rasul itu adalah utusan Allah , dan kita disuruh mengikuti rasul dan jangan menderhakakan kepadanya , firman Allah SWT yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Ali Imran ;31 ) .
Allah memerintahkan kaum mu'minin supaya tidak menyelisihi perintah Rasulnya shalallahu alaihi wasalllam dan mengancam orang-orang yang berbuat demikian (menyelisihi perintah Rasul-Nya) dengan firman-Nya yang bermaksud :
oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(An-Nuur :63 )
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya 3/410: "Yakni hendaklan takut orang-orang yang menyalahi syariat Rasul secara zahir dan batin takut akan ditimpa fitnah dan dalam hatinya yang berupa kekufuran, nifaq dan bid'ah atau ditimpa azab yang pedih di dunia yang berupa pembunuhan, hukuman penjara atau yang lainnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas baginya kebenaran dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan kami masukkan ia dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali." (An-Nisa: 115)
2.Taat kepada pemerintah bererti mentaati Allah dan Rasul .Menderhaka kepada pemerintah maka menderhaka kepada Allah dan Rasul .
Hadis ini menyatakan bahawa mentaati pemerintah adalah bererti mentaati Allah dan rasulnNya ,oleh hal yang demikian maka rakyat hendaklah mentaati pemerintah selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat kepada Allah dan rasulNya ,firman Alllah SWT yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. (An-Nisa: 59)
Al-Qurthubi berkata : "Di dalam ayat ini Allah memerintahkan untuk taat kepada-Nya, kemudian kepada Rasul-Nya, kemudian kepada para pemerintah, menurut perkataan jumhur, Abu Hurairah, Ibnu Abbas dll."
Ibnu Khuwaidzi Mandad berkata : "Adapun taat kepada pemerintah maka wajib dalam rangka taat kepada Allah dan tidak wajib dalam perkara maksiat kepada Allah…."
Syaikh Abdur Rahman As-Sa'di berkata : (Dalam ayat ini) Allah memerintahkan (kaum mukminin) untuk taat kepadaNya dan kepada Rasul-Nya iaitu dengan mengerjakan perintah keduanya baik yang wajib maupun yang sunnah dengan menjauhi larangan keduanya. Dan Allah juga memerintahkan (kepada kaum mukminin) untuk taat kepada Ulil amri, yaitu orang yang mengurusi kepentingan ummat, kerana sesungguhnya tidak akan konsisten urusan agama dan dunia kecuali dengan taat kepada pemerintah dan tunduk kepada perintah-perintahnya dalam rangka taat kepada Allah dan mengharap pahala yang ada di sisiNya. Akan tetapi dengan syarat mereka tidak memerintahkan kepada kemaksiatan .
Menderhaka kepada pemerintah adalah dilarang kerana mereka yang menderhaka kepada pemerintah samalah menderhaka kepada Allah dan rasul .
3. Pemerintah adalah sebagai perisai kepada rakyat .
Sesungguhnya imam(pemerintah) itu tidak lain daripada perisai di mana orang – orang berperang dari belakangnya dan berlindung dengannya,
Raulullah membuat perbandingan bahawa pemerintah itu adalah seperti perisai di dalam peperangan yang sangat berguna kepada seseorang pejuang di dalam melindungi daripada serangan musuh , maka di dalam mentadbir hal rakyat maka pemerintah adalah ia sebagai perisai kepada rakyat , di mana rakyat dapat berlindung dari beberapa kesusahan , ini bererti seorang pemerintah hendaklah menjaga hak-hak rakyat dengan baik, seperti menjaga kebajikan mereka , melindungi dari serangan luar dan dalam dari pihak musuh dan lain –lain lagi tugasnya sebagai “perisai “.
4 Tugas dan tanggungjawab pemerinta
4.1. Menyeru kepada rakyat supaya bertakwa kepada Allah .
Menyeru rakyat supaya bertakwa kepada Allah adalah tugas dan tanggungjawab pemerintah , kerana takwa itu adalah amat penting di dalam Islam dan perlu dimiliki oleh setiap individu Islam, banyak ayat – ayat Al-Quran dan hadis – hadis Rasulullah SAW yang menyuruh umat Islam supaya bertakwa kepada Allah di antaranya hadis Rasulullah SAW berikut :
اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja engkau berada” .
Hendaklah bertakwa kepada Allah SWT di mana sahaja engkau berada , sama ada di tempat yang ramai mahupun di tempat yang sunyi jauh dari pandangan mata manusia..Takwa hendaklah di laksanakan segala yang wajib dan meninggalkan yang haram dengan tidak memilih tempat dan masa , dengan mematuhiNya tidak menderhakaiNya, mengingatiNya tidak melupaiNya , mensyukuriNya tidak mengingkariNya . .Allah SWT berfirman yang bermaksud
Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.(Ali Imran : 102)
4.2. Berlaku adil kepada rakyat .
Berlaku adil dan saksama adalah di antara tugas /tanggungjawab yang paling penting dan amat dituntut kepada pemerintah ,supaya rakyat merasa tenang hati ke atas hak – hak dan bahagian mereka , lalu mereka patuh dan taat kepada perintah pemerintah .Sekiranya di dapati ada di kalangan pemerintah yang berlaku zalim dan tidak memenuhi janjinya kepada rakyat maka akan wujud rasa tidak puas hati dan akan timbul beberapa perkara yang akan menyusuhkan pemerintah itu sendiri . Allah SWT menyuruh supaya berlaku adil , firmanNya yang bermaksud :
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(AlMaidaah : 8)
5.Balasan pemerintah yang menjalankan tugas/tanggungjawab dengan baik dan sebaliknya .
Pemerintah yang menjalankan tugas / tanggungjawab dengan baik Allah janjikan dengan balasan pahala dan akan masuk syurga , sebaliknya ia tidak menjalankan tugas / tanggungjawab dengan baik akan mendapat dosa dan akan di masukkan ke neraka seperti dinayatakan di dalam hadis ini :
“Maka jika ia menyuruh bertakwa kepada Allah dan berlaku adil , maka ia mendapat ganjaran dari yang demikian itu , dan jika ia berkata selain dari itu , maka ia mendapat dosa dari perkataannya itu “ .
Pengajaran Hadis .
1.Umat Islam hendaklah mentaati Allah , rasul dan pemerintah , dilarang sama sekali menderhaka .
2.Di antara tugas /tanggung jawab pemerintah adalah bertugas sebagai penasihat kepada rakyat supaya bertakwa kepada Allah SWT .
3.Pemerintah yang adil akan mendapat balasan pahala yang banyak dari Allah SWT , kalau ia melakukan kezaliman maka ia akan mendapat dosa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan