Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah saw buat
ikutan kita sebagai ummatnya.Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah
untuk beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat memberikan
manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.Insyaallah.
Amalan:
Amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah
kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah
dan Ummu Salamah)
Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis
(Riwayat Ibnu Majah)
Tahajjud:
Rasulullah SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud)
hingga bengkaklah kedua kaki Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai,
Ibnu Majah kepada Mughirah)
Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah
gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.
Bertemu:
Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang,
ia akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di
sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat
Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
Sujud syukur:
Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang
menggembirakan hatinya Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat
Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.
Berbaring:
Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur),
Beliau akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani
daripada Hafsah)
Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau makan tengah hari
Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau beliau makan malam beliau tak
akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)
Berwuduk:
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati
janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)
Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan
tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)
Istighfar:
Apabila Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian
hendak bangun meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga
lima belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)
Berani:
Adalah Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling
pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah
dari Anas)
Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW)
ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)
Marah:
Apabila Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan
berdiri baginda akan duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring,
hingga hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu
Salamah)
Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah
SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)
Memotong kuku:
Rasulullah SAW memotong kuku dan menggunting misainya
pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi
Hurairah)