Kematian adalah ‘hidangan’ buat setiap makhluk yang
hidup. Itulah azali penciptaan kehidupan. Apabila matinya seseorang, maka
terputuslah hubungan sesorang dengan dunia melainkan anak yang soleh, ilmu yang
bermanfaat atau sedekah jariah. Beberapa ketika ini, penulis telah bertemu
dengan beberapa kejadian yang amat menginsafkan bagi manusia seperti penulis.
Kejadian-kejadian kematian yang amat mengagumkan serta tidak kurang juga yang
amat mengguris hati. Sesungguhnya, hanya Allah jua yang mengetahui samada baik
atau tidaknya nasib si mati tersebut di alam barzakh sementara menunggu
sangkakala yang ditiup oleh Israfil a.s. Seruan kebangkitan ke padang mahsyar.
Terlebih dahulu, marilah kita ketahui sejarah susur galur
Surah Al-Mulk (Kerajaan) ini dan sama-sama kita amal dan hafalkan kandungannya
semata-mata kerana Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda
bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang
mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat
kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi
biyadihi al-Mulk.
(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat
Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat
itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalahkubur seorang manusia yang sedang
membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah
s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas
sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar suara)
seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga
dikhatamkannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah
penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.
(Riwayat al-Tirmidzi)
Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur
melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah
al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk
(surah al-Mulk).
(Riwayat al-Tirmidzi)
Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang mengatakan bahawa
kedua-dua surah ini melebihi surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluh
kebajikan. Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas,
katanya: Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam
hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi
al-mulk.
(Riwayat al-Tabarani)
Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid
dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu: Daripada Ibn Abbas, beliau
berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith
yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah
surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta
semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu.
Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi
pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta
kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya
daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam
hati setiap orang dari kalangan umatku.
Seterusnya daripada anas Ibnu Malik berkata: Nabi SAW
telah bersabda:”Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal
dan tidak ada bersamanya daripada kitab Allah kecuali “tabaarakal-Lazi”. Maka
apabila di masukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka
surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu.
Sesungguhnya kamu adalah kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,
sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya
kemudharatan atau kemanfaatan.
Sesungguhnya jika kamu hendak memberi manfaat kepada si
mati, jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintaklah syafaat daripadaNya. maka
dia (surah al Mulk) pun menemui Allah. “Wahai Tuhanku, si fulan ini(si mati),
dia pilih saya dalam kitabmu dan da pelajari saya dan dia membaca saya,
bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam
dadanya? Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari
kitabmu. Dan Allah berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab (surah) :
“Sesungguhnya saya marah.” Allah SWT berfirman: “Pergilah sesungguhnya Aku
memberi Dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.”
Nabi SAW bersabda: “Surah itu akan datang kepada malaikat
dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati. Maka surah itu
datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat
datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada
yang sentiada menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki
yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam
kuburnya supaya si mati tidak merasa kesunyian.”
Semoga beroleh manfaat. Amalkanlah surah ini, hafalkan
dan sematkan di dalam hati, kerana inilah surah yang banyak membawa hikmat dan
keberkatan terutamanya semasa kita di alam barzakh.
Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur.
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia
maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatimah r.a)
3. Husin (anak Fatimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka
Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah
kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur,
"Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab,
adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan
selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan
terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu
hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia rajin bersedekah
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana
dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk
sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah
kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu
berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala
macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg
bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T
Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu
orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan
melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya
di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab
setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara
kita menghafal.
Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg
jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan
dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin
akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang
itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.