Khamis, 5 Julai 2012

AWAS GODAAN SYAITAN KETIKA HENDAK MATI


بسم الله الرحمن الرحيم

Seseorang yang hampir mati, ia akan menempuh bermacam-macam ujian, maka ujian yang amat kritikal dan sulit sekali ialah ujian berhadapan dengan godaan syaitan yang merupakan dirinya dengan bermacam-macam rupa gurunya, ibunya dan ayahnya.

Ketika seseorang itu sedang menghadapi godaan syaitan sama ada ia berjaya Melawan (menentang) atau tergoda, tidak siapa pun yang dapat mengetahui kecuali Allah dan orang yang sedang menghadapi mati sahaja. Kerana, ketika itu Allah cuma membuka hijab dapat melihat perkara-perkara ghaib.

Allah berfirman maksudnya:

“Kami membuka (menyingkap) takbir yang menutup pemandangan kamu selama ini, lalu kamu dapat melihat dengan jelas pada hari itu (hari ketika hampir mati atau ketika nazak.” (Qaaf: 22)

Sebuah kisah diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Abdullah Rawahah telah pengsan. Dalam pengsannya ia melihat ada seorang Perempuan datang kepadanya dan berkata; “Wahai penghibur hati, Wahai gunung payung...”. Ketika Perempuan itu membelai dan memuji. Datang seorang Malaikat sambil membawa sebatang besi dan meletakkan besi itu di atas kedua kakinya seraya bertanya; “Benarkah engkau seperti mana yang ucapkan oleh perempuan itu?” Abdullah menjawab; “Tidak!” Sekiranya ia mengata “Ya”, tentu Malaikat memukulnya dengan besi itu. Perempuan itu adalah syaitan yang datang untuk menggoda Abdullah Rawahah.

Satu Riwayat daripada Abdullah anak kepada Imam Ahmad bin Hambal, katanya: “Ketika ayahku Imam Ahmad hampir mati, ia memegang sekeping kain lalu diikatkan pada dagunya. Kerana ketika itu ia telah merasakan bahawa ia telah hampir mati. Aku melihat wajahnya berpeluh. Setelah ia normal lalu ia mengucapkan: “Tidak! Tidak!, jauhkan dariku.“ Ucapkan diucapkan berulang kali. Aku cuba bertanya kepadanya: “Wahai ayah, apakah maksud ucapan itu.” Ia menjawab: “Aku melihat seekor syaitan datang berdiri di hadapanku dan berkata: “Hai Ahmad, cubalah uji aku, tariklah aku kepadamu. Aku menjawab kepada syaitan itu: “Tidak! Jauhkan daripadaku.”

Maka kita perlulah berhati-hati dengan tipu daya syaitan disaat-saat akhir hayat kita. Janganlah kita tertipu dengan pujuk rayuan syaitan. Jalan mengelakkannya, ialah dengan banyak mempelajari dan mendalami serta menghayati ilmu tauhid. Melalui ilmu tauhid kita dapat membezakan kebenaran dari Allah atau tipu daya syaitan. Diriwayatkan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, ketika digoda syaitan yang bersuara, kononnya sebagai kalam Allah, dengan membawa berita bahawa Syeikh Abdul Qadir telah dinaikkan maqamnya di sisi Allah kerana banyak ibadah. Sebagai kurniaan, ia dibebaskan daripada tuntutan syariat.

Apabila Mendengar suara itu, lalu Syeikh Abdul Qadir berfikir dan menimbangkan dengan menggunakan ilmu tauhidnya. Fikir Syeikh Abdul Qadir, mana mungkin Allah berkata-kata dengan kalam yang bersuara dan huruf, ada dahulu dan ada kemudian? Ini tentu makhluk. Lalu syeikh Abdul Qadi beristighfar. Setelah itu, terdengar suara lagi; “Wahai Syeikh Abdul Qadir, selamatlah engkau dari tipu daya aku. Sesungguhnya aku telah menipu ramai ahli ibadah yang sebanding dengan engkau. Mereka tertipu dan mati kufur dan masuk neraka.”

Oleh itu berwaspadalah dengan tipuan syaitan. Kerana syaitan akan menganjur berbuat kebaikan, tetapi kemudiannya dipesongkan niat daripada iklas kerana Allah. Syaitan sentiasa membuka jalan kejahatan supaya kita menjadi riak untuk menghancurkan segala amalan kebaikan

tazkirah-Iblis Menipu Ketika Mati

Syaitan dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu.

Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."

Rombongan Satu
Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh. Inilah dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Dua
Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu, dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya sebagai fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Tiga
Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu. Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah S.W.T. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Empat
Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Lima
Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang menyerupai si ayah dan ibu. Berkata ia dengan merayu: "Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan Enam
Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata:
"Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datang pula iblis menyerupai ulama dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."

Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah S.W.T hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut). Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu: "Bagaimanakah zat Allah?"

Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu:

"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini." Dalam keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.

Rombongan Tujuh
Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan).Satu puak saja yang benar (ahli sunnah
waljamaah) manakala 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin: "Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

mati adalah penyakit yang tiada ubatnya...ujian ketika menghadapi kematian juga memerlukan keyakinan iman dan taqwa..bersediakah kita menghadapinya....

Ujian-ujian yang dihadapi oleh orang yang hampir mati
 

Tiada siapa yang mengetahui bahawa setiap orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut, menghadapi dua kesakitan; pertama sakit yang berpunca daripada penyakit-penyakit zahir yang dialami dan kedua sakit ketika roh
 
keluar daripada badan.
 

Sakit ketika roh berpisah daripada badan atau sakit sakaratulmaut tiada seorang pun dapat mengelakkan diri, sehingga Rasulullah saw sendiri ketika hampir wafat, baginda saw meletakkan semangkuk air di sisinya dan dicelupkan tangannya lalu diusapkan ke mukanya sambil berdoa : " Ya Allah, ringankanlah aku akan sakaratulmaut" (Imam Bukhari dan Muslim)
 

Sungguhpun begitu, di antara merasai sakit "penyakit" atau "azab sakaratulmaut", tidaklah sehebat ujian ketika seseorang itu berhadapan dengan satu lagi ujian yang paling kritikal. Ujian itu ialah ujian melihat berbagai-bagai rupa pandangan dan godaan syaitan yang hendak menyesatkannya ketika saat-saat seseorang itu sedang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
 

A. Pertarungan di antara kematian Suul Khatimah dan Husnul Khatimah
 

Saat ketika seseorang itu sedang menghadapi ujian, melihat pelbagai pandangan dan godaan syaitan yang menyerupai ibu bapa, keluarga, guru dan lain-lain. Itulah sebagai penentuan ke atas seseorang itu, apakah ia mati dalam 'suul khatimah' atau 'husnul khatimah' (mati dalam keadaan beriman atau mati dalam kufur).
 

Walaupun pada zahirnya, kita hidup sekarang ini dalam keadaan beriman dan mematuhi segala perintah Allah, tetapi yang menentukan kita mati beriman atau mati kufur ialah saat ketika penghujung hidup kita iaitu ketika mengakhir hayat dan saat itulah yang dinilai oleh Allah.
 

Sepertimana Rasulullah saw menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud : "
 
Demi Allah, yang tiada Tuhan yang lain daripadaNya, bahawa sesungguhnya salah seorang kamu yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tiada ada lagi diantaranya dengan syurga kecuali sehasta sahaja lagi, mana telah terdahulu atasnya suratan (takdir) Allah, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan
 
sesungguhnya seseorang itu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tiada ada diantaranya dengan neraka kecuali sejengkal, maka atasnya takdir (ia mati dalam iman), lalu beramallah ia akan amalan ahli syurga, ketika itu ia mati, maka matinya mati beriman dan masuklah ia ke dalam syurga." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
 

Dalam hadith lain Rasulullah saw menegaskan lagi yang maksudnya : "Ada orang yang mengerjakan amalan ahli neraka, padahal sebenarnya ia adalah
 
ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga, padahal ia sebenarnya adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
 

Hadith ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak boleh menentukan sama ada ia akan mati beriman atau mati kufur. Segala-galanya di tangan Allah. Allah yang mentakdirkan semuanya. Cuma kita berhak dan berusaha mengharapkan rahmat dan taufik daripada Allah. Saat hampir mati itulah saat yang amat dikhuatirkan sekali oleh orang-orang soleh. Semasa mereka merintih memohon
 
dan mengharapkan 'rahmat' Allah. Kerana yang menentukan dan berhak meletakkan seseorang itu sama ada di dalam neraka atau syurga ialah Allah.
 
Memasukkan seorang yang beriman ke dalam syurga atau memasukkan seseorang yang derhaka ke dalam neraka atau sebaliknya adalah pekerjaan harus bagi Allah, bukan wajib bagiNya.

 ًWallahu'aklam..


Tiada ulasan: