Bismillah,
Walhamdulillah Wassalatu Wasallamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie
Waman Walaah
(Dengan nama Allah,
Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah Shallallahu
'alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Persoalan
mengenai qadha PUASA RAMADHAN
sewajarnya sentiasa menjadi perhatian yang penting sama ada ia berkaitan
bagi ORANG yang
telah MENINGGAL DUNIA apatah lagi bagi mereka yang masih hidup.
Jika diketahui terdapat PUASA yang
masih tertanggung ke atas SESEORANG yang telah MENINGGAL DUNIA, maka para wali termasuk
ahli keluarga dan kerabat si MATI SEHARUSNYA mencari jalan untuk melepaskan
tanggungan PUASA tersebut,
lebih-lebih lagi jika si MATI ada meninggalkan wasiat mengenai perkara
tersebut atau ada meninggalkan harta pusaka. Salah satu isu yang berkaitan
dalam hal ini ialah jika PUASARAMADHAN SESEORANG yang luput pada tahun tertentu kemudian
dia MENINGGAL DUNIA pada tahun yang sama sebelum masuk
RAMADHAN yang baru. Apakah langkah yang perlu diambil dan dilakukan oleh wali
atau kerabat bagi menyelesaikan tanggungan PUASA tersebut?
Perlu
dijelaskan bahawa perbincangan ini bukan memfokuskan tentang qadha PUASA RAMADHANSESEORANG yang luput pada tahun
tertentu kemudian dia TIDAK mengqadhanya sedangkan dia ada kesempatan dan
berupaya berbuat demikian sehinggalah datang RAMADHAN yang baru dan setelah itu
diaMENINGGAL
DUNIA. Ini
kerana dalam perkara ini, individu sedemikian DIWAJIBKAN ke atasnya dua perkara
iaitu mengqadha PUASA dan
juga mengeluarkan fidyah kerana melambatkan qadha PUASARAMADHAN sehingga datang
bulan RAMADHAN yang baru.
WAJIBKAH
Diqadha PUASA ORANG MENINGGAL DUNIA Yang Luput?
Pada
dasarnya mana-mana hari PUASA RAMADHAN
yang luput itu WAJIB diqadha sama ada ditinggalkan kerana keuzuran syar‘ie
ataupun ditinggalkan dengan sengaja. Akan tetapi dalam masalah ORANG yang luputPUASA RAMADHAN pada tahun
tertentu kemudian MENINGGAL DUNIA dalam tahun yang sama sebelum masuk
RAMADHAN yang baru, para ulamak telah membahagikannya kepada dua keadaan
seperti berikut:
Keadaan
Pertama: MENINGGAL DUNIA Sebelum Ada Kesempatan Mengqadha PUASA RAMADHAN
Maksud "sebelum ada
kesempatan" untuk
mengqadha itu ialah kerana terdapat sesuatu keuzuran atau berterusan keuzuran
tersebut sehinggalah SESEORANG itu MENINGGAL DUNIA tanpa ada peluang atau
kesempatan untuk mengqadha PUASANYA. Umpamanya SEORANG yang MENINGGAL DUNIA dalam bulan RAMADHAN
tahun yang sama atau sebelum terbenam matahari pada hari kedua Syawal
ataupun SEORANGyang
memulakan pelayarannya pada hari pertama Syawal lalu berterusan dia dalam
musafir sehinggalah diaMENINGGAL DUNIA.
Bagi ORANG yang termasuk dalam
kelompok keadaan yang pertama ini perlu juga dilihat dari aspek sebab-sebab
kenapa dia TIDAK BERPUASA RAMADHAN, adakah disebabkan keuzuran syar‘ie atau
sebaliknya. Antara keuzuran syar‘ie meninggalkan PUASA RAMADHAN ialah sakit,
musafir yang DIHARUSKAN, perempuan yang didatangi haidh dan nifas, perempuan
yang hamil dan menyusukan anak kecil, pengsan dan lupa berniat. Oleh itu ORANG yang termasuk dalam
kelompok yang pertama ini terbahagi kepada dua seperti berikut:
1.
Luput PUASA Kerana Keuzuran Syar‘ie Lalu MENINGGAL
DUNIA Sebelum Ada Kesempatan Mengqadha
Jika PUASA RAMADHAN yang
ditinggalkannya itu disebabkan keuzuran syar‘ie, maka TIDAK ada tuntutan ke
atasnya untuk mengqadha PUASA yang
luput itu. Malahan dia TIDAK dihukumkan berdosa kerana ini bukan kecuaiannya.
Para ulamak telah membawa beberapa contoh bagaimana SESEORANG itu dianggap luput
sehari atau beberapa hari PUASA RAMADHAN disebabkan keuzuran syar‘ie
kemudian MENINGGAL DUNIAsebelum ada kesempatan untuk mengqadha PUASA tersebut.
Umpamanya SEORANG yang
TIDAK BERPUASARAMADHAN disebabkan sakit, kemudian:
i.
Dia MENINGGAL DUNIA dalam bulan RAMADHAN
yang sama.
ii.
Dia sembuh akan tetapi dia MENINGGAL DUNIA dalam bulan RAMADHAN
yang sama, sama ada dia berupaya BERPUASA semula ataupun TIDAK.
iii.
Dia sembuh, setelah itu berlaku ke atasnya keuzuran
yang lain lagi sebelum terbit fajar hari kedua Syawal sehinggalah dia MENINGGAL DUNIA.
Begitu
juga halnya jika SEORANG perempuan
itu didatangi haidh sebelum terbenam matahari pada hari kedua Syawal.
iv.
Sakitnya itu berterusan sehinggalah dia MENINGGAL DUNIA.
2.
Luput PUASA Bukan Kerana Keuzuran Syar‘ie Lalu
MENINGGAL DUNIA Sebelum Ada Kesempatan Mengqadha
Jika PUASA RAMADHAN yang
ditinggalkannya itu bukan disebabkan keuzuran syar‘ie seperti meninggalkan atau
berbuka PUASA RAMADHAN
dengan sengaja, maka dia dihukumkan berdosa kerana meninggalkanPUASA RAMADHAN dengan sengaja
dan KEWAJIPAN PUASA tersebut
masih tertanggung ke atasnya.
Keadaan
Kedua: MENINGGAL DUNIA Setelah Ada Kesempatan Dan Berupaya Mengqadha PUASA
Tetapi TIDAK Mengqadhanya
SESEORANG yang luput PUASA RAMADHAN sama ada
disebabkan keuzuran syar‘ie ataupun bukan, kemudian dia mempunyai kesempatan
dan berupaya untuk mengqadha PUASA yang ditinggalkannya itu tetapi TIDAK
melaksanakannya sehinggalah dia MENINGGAL DUNIA, maka dalam hal ini dia
dihukumkan berdosa dan KEWAJIPAN PUASA itu masih tertanggung ke atasnya.
Cara
Melepaskan Tanggungan PUASA ORANG Yang MENINGGAL DUNIA
Menurut
salah satu pendapat Imam asy-Syafie Rahimahullah, terdapat dua cara untuk
melepaskan tanggunganPUASA ORANG yang MENINGGAL DUNIA. Jika si MATI ada meninggalkan harta
pusaka, wali kepada siMATI WAJIB
memilih dan melakukan salah satu daripada dua cara yang ditetapkan oleh syarak.
Sebaliknya jika si MATI TIDAK
meninggalkan apa-apa harta, maka TIDAK DIWAJIBKAN bagi wali melakukan apa-apa,
hanya DISUNATKAN sahaja untuk memilih salah satu daripada dua cara yang
ditetapkan. Cara melepaskan tanggungan PUASA ORANG yang MENINGGAL DUNIA ialah (dengan salah
satu cara berikut):
1.
BERPUASA Bagi Pihak Si MATI Sebanyak Hari-Hari
PUASANYA Yang Luput
Ini
berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam daripada ‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha:
Maksudnya: "Sesiapa yang
MENINGGAL DUNIA dan ke atasnya (tertanggung) PUASA (yang WAJIB diqadha),
walinya boleh BERPUASA bagi pihak si MATI itu” (HR.Muslim).
2.
Membayar Fidyah
Iaitu
satu mudd atau satu cupak makanan asasi seperti beras bagi setiap
hari yang ditinggalkan. Kadar satumudd itu bersamaan 15 tahil atau 566.991 gram.
Maka satu mudd itu menggantikan satu hari PUASA yang luput itu. Dalil
yang MENGHARUSKAN untuk mengeluarkan atau membayar fidyah adalah berdasarkan
hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ibnu
‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:
Maksudnya: "Sesiapa yang
MENINGGAL DUNIA dan (tertanggung) ke atasnya PUASA satu bulan (yang WAJIB
diqadha), maka hendaklah SESEORANG bagi pihaknya (si MATI) memberi makan
SEORANG miskin sebagai ganti setiap satu hari (PUASA yang luput)” (HR.at-Tirmidzi).
Menurut
syarah hadis di atas, yang dimaksudkan untuk "memberi
makan" itu
ialah wali si MATI.
Oleh yang demikian, setiap satu hari PUASA yang luput itu hendaklah dikeluarkan
fidyah iaitu memberi makan ORANGmiskin sebanyak satu cupak beras.
Jika
si MATI ada
meninggalkan harta pusaka, maka fidyah itu hendaklah diambil daripada hartanya
sebelum pembayaran hutang manusia dan pembahagian harta kepada ahli waris.
Sebaliknya jika si MATI TIDAK
ada mempunyai harta pusaka, maka fidyah itu TIDAK DIWAJIBKAN ke atas si MATI.
Permasalahan
Berkaitan
1.
Ulamak telah sepakat hanya ORANG yang sudah MENINGGAL DUNIA sahaja yang boleh
dilakukanPUASA bagi
pihaknya sebanyak PUASANYA yang
luput. ORANG yang masih hidup
walaupun berputus asa (TIDAK berupaya) untuk mengerjakan PUASA, tetap TIDAK dibolehkan bagi
pihak lain BERPUASA bagi pihaknya.
2.
Terdapat pengecualian dalam perkara di atas
sekiranya si MATI menjadi
murtad (keluar daripada agama Islam) sebelum dia MENINGGAL DUNIA, maka
TIDAK
DIHARUSKAN untuk BERPUASA bagi pihak si MATI yang murtad.
3.
Dalam keadaan si MATI tiada meninggalkan
harta pusaka, masih DIHARUSKAN bagi wali atau ajnabiy(bukan wali atau kerabat
si MATI)
untuk membayar
fidyah
daripada harta mereka sendiri. Namun bagi ajnabiy, KEHARUSAN mengeluarkan
fidyah daripada hartanya sendiri disyaratkan hendaklah dengan keizinan wali
si MATI.
4.
ORANG yang
tertanggung ke atasnya KEWAJIPAN PUASA TIDAK termasuk ORANG yang sangat tua yang
TIDAK lagi berdaya untuk BERPUASA atau
ORANG yang sangat sakit dan
TIDAK ada harapan sembuh. Ini kerana mereka memang pada asalnya DIWAJIBKAN
mengeluarkan fidyah sahaja dan sekali-kali TIDAK dituntut untuk BERPUASA.
Siapa
Yang Dibolehkan BERPUASA Bagi Pihak ORANG Yang MENINGGAL DUNIA?
Menurut
ulamak, "wali" kepada si MATI DIHARUSKAN untuk BERPUASA bagi pihak si MATI. Yang dimaksudkan
dengan "wali" si MATI itu termasuk kerabat (ahli keluarga)
kepada si MATI yang
TIDAK hanya terhad kepada waris atau yang menerima ashabah. Maka dapat difahami bahawa
individu yang akan mengerjakan PUASA untuk si MATI itu terdiri daripada
lelaki dan perempuan. Ini berdasarkan hadis daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu
‘anhuma bahawa SEORANG perempuan
telah datang bertemu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam lalu
berkata:
Maksudnya: "Wahai
Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah MENINGGAL DUNIA, dan (tertanggung) ke
atasnya PUASA nazar. Apakah (boleh) aku BERPUASA bagi pihaknya (ibuku)?".
Bersabda (Rasulullah): "(Lakukanlah) PUASA bagi pihak
ibumu” (HR.Muslim).
Kemudian
disyaratkan dia SEORANG yang
baligh dan berakal. Ini kerana jika SESEORANG hendak melakukan PUASA bagi pihak ORANG lain, maka hendaklah
dia terlebih dahulu menepati syarat WAJIBBERPUASA.
Permasalahan
Berkaitan
1.
SEORANG ajnabiy (bukan wali atau
kerabat si MATI)
juga dibolehkan BERPUASA bagi pihak siMATI dengan syarat hendaklah dia mendapat
keizinan
terlebih
dahulu sama ada daripada si MATI seumpama dengan berwasiat ataupun wali
si MATI.
2.
Sekiranya wali si MATI menyuruh SEORANG ajnabiy untuk BERPUASA bagi pihak si MATI sama ada dengan diberi
upah ataupun tanpa upah, maka dengan
keizinan
wali tersebut hukum PUASA yang
dikerjakannya adalah SAH. Sebaliknya jika SESEORANGBERPUASA bagi pihak si MATI tanpa mendapat
keizinan, maka menurut pendapat yang SAH, hukum PUASAyang dikerjakannya itu adalah
TIDAK SAH.
3.
Berdasarkan pendapat al-Hasan al-Basri Rahimahullah
yang juga sealiran dan bertepatan denganQawa’id Mazhab asy-Syafie, jika ada tiga puluh
(30)
ORANG wali atau kerabat si MATI, ataupun mereka yang
mendapat keizinan dari si MATI (umpamanya dengan berwasiat) atau dengan
keizinan wali si MATI, di
mana setiap mereka ini melakukan PUASA serentak dalam satu hari, maka memadai
dan tertunai qadha PUASA bagi
pihak si MATI untuk
satu bulan RAMADHAN (30 hari) yang ditinggalkan si MATI.
4.
Jika timbul perselisihan atau permasalahan mengenai
wali, umpamanya si MATI:
i.
Mempunyai wali, akan tetapi terhalang daripada
memberikan keizinan, umpamanya wali itu SEORANGkanak-kanak atau gila;
ii.
Mempunyai wali, akan tetapi dilarang daripada
memberi keizinan atau BERPUASA;
iii.
TIDAK mempunyai kerabat langsung;
Maka
dalam keadaan seperti ini, ditetapkan bahawa sekali-kali TIDAK diqadhakan PUASA si MATI. Oleh yang demikian, jika
si MATI mempunyai
harta pusaka, maka hendaklah dikeluarkan daripada harta pusaka tersebut fidyah.
Sebaliknya jika si MATI tiada
mempunyai harta pusaka, maka wali si MATI TIDAK dituntut melakukan apa-apa. Dengan
erti kata lain, TIDAK dituntut mengeluarkan fidyah.
5.
Cara melunaskan PUASA nazar atau kaffarah
juga dihukumkan serupa sepertimana PUASARAMADHAN. Bermakna SESEORANG yang masih
tertanggung
ke
atasnya PUASA nazar
atau kaffarah dan belum melaksanakannya sehingga MENINGGAL DUNIA, maka cara walinya untuk
menyelesaikan PUASA nazar
dan kaffarah yang masih tertanggung ke atasnya sama seperti yang telah
dijelaskan dalam permasalahan melepaskan tanggungan PUASA RAMADHAN.
Penutup
Sebagai
kesimpulan, SESEORANG yang luput PUASA RAMADHAN disebabkan keuzuran syarak dan
TIDAK mempunyai kesempatan untuk mengqadhanya, kemudian dia MENINGGAL DUNIA dalam tahun yang sama,
dia TIDAK dituntut untuk menyelesaikan qadha PUASA tersebut dan TIDAK
dihukumkan berdosa. Ini kerana jelas ketiadaan peluang untuk mengqadha PUASA itu dan kelambatan
mengqadha itu bukan disebabkan kecuaiannya.
Berbeza
hukumnya jika PUASA si MATI yang luput itu
ditinggalkan bukan disebabkan keuzuran syarak sekalipun dia TIDAK mempunyai
kesempatan untuk mengqadhanya, maka dia dihukumkan berdosa dan KEWAJIPAN PUASA masih tertanggung ke
atasnya. Begitu juga hukumnya jika si MATI semasa hidupnya mempunyai kesempatan dan
keupayaan untuk mengqadha PUASA yang luput itu, maka KEWAJIPAN PUASAmasih tertanggung ke atasnya
sama ada PUASA yang
luput itu disebabkan keuzuran syarak ataupun dengan sengaja.
Dalam
permasalahan PUASA si MATI yang masih tertanggung
ke atasnya itu, maka yang menangani masalah ini ialah wali, kerabat atau ahli
keluarga kepada si MATI.
Adapun ajnabiy (selain wali dan kerabat si MATI), maka disyaratkan hendaklah
ada keizinan daripada si MATI, umpama dengan wasiat atau keizinan daripada
wali si MATI.
Cara
menyelesaikan qadha PUASA pula
ialah dengan dua pilihan sama ada wali BERPUASA bagi pihak si MATIsebanyak hari PUASANYA yang luput itu atau
mengeluarkan fidyah iaitu satu cupak beras (bersamaan 566.991 gram) bagi
menggantikan setiap hari yang luput dan diberikan kepada golongan miskin. Jika
si MATIada
meninggalkan harta pusaka, maka wali WAJIB melaksanakan salah satu daripada
keduanya. Sebaliknya, jika si MATI tiada meninggalkan harta pusaka, hanya
DISUNATKAN sahaja ke atas wali melakukan sedemikian.
RENUNGAN:
PUASA vs ORANG MATI
Qadha PUASA RAMADHAN penting
bagi ORANG hidup
Qadha PUASA RAMADHAN juga penting
bagi ORANG MATI..
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru sebelum ada kesempatan semasa hidupnya jika kerana keuzuran
syar'ie TIDAK WAJIB mengqadha PUASA dan TIDAK dihukumkan berdosa
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru kerana sesuatu keuzuran berterusan semasa hidupnya jika kerana keuzuran syar'ie
TIDAK WAJIB mengqadha PUASA dan
TIDAK dihukumkan berdosa
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru tanpa ada peluang semasa hidupnya jika kerana keuzuran
syar'ie TIDAK WAJIB mengqadha PUASA dan TIDAK dihukumkan berdosa..
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru sebelum ada kesempatan semasa hidupnya jika bukan kerana
keuzuran syar'ie WAJIB mengqadha PUASA dan dihukumkan berdosa
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru kerana sesuatu keuzuran berterusan semasa hidupnya jika bukan kerana keuzuran
syar'ie WAJIB mengqadha PUASA dan
dihukumkan berdosa
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru tanpa ada peluang semasa hidupnya jika bukan kerana keuzuran
syar'ie WAJIB mengqadha PUASA dan
dihukumkan berdosa..
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru setelah ada kesempatan semasa hidupnya sama ada kerana
keuzuran syar'ie atau bukan keuzuran syar'ie WAJIB mengqadha PUASAdan dihukumkan berdosa
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru tanpa sesuatu keuzuran berterusan semasa hidupnya sama ada kerana keuzuran
syar'ie atau bukan keuzuran syar'ie WAJIB mengqadha PUASA dan dihukumkan
berdosa
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru setelah ada peluang semasa hidupnya jika bukan kerana
keuzuran syar'ie WAJIB mengqadha PUASA dan dihukumkan berdosa
ORANG MATI yang TIDAK
mengqadha PUASA sehingga
RAMADHAN yang baru sedangkan berkesempatan semasa hidupnya sama ada kerana
keuzuran syar'ie atau bukan keuzuran syar'ie juga WAJIB mengeluarkan
fidyah..
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI menjadi
tanggungan para walinya
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI menjadi
tanggungan ahli keluarganya
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI menjadi
tanggungan kaum kerabatnya..
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI menjadi
tanggungan ORANG hidup
untuk dilepaskan
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI menjadi
tanggungan jika si MATI ada
meninggalkan wasiat mengenainya
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI menjadi
tanggungan jika si MATI ada
meninggalkan harta pusakanya..
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI boleh
dilepaskan dengan cara BERPUASA bagi pihak siMATI sebanyak hari PUASANYA yang luput
PUASA yang masih tertanggung
ke atas si MATI boleh
dilepaskan dengan cara membayar fidyah bagi pihak siMATI sebanyak hari PUASANYA yang luput..
Demikianlah perihal kududukan PUASA yang masih tertanggung
ke atas ORANG MATI yang harus diketahuimu!