Sabtu, 21 Julai 2012

HADITH KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA.




1)    Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

2)    “Seorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Tirmidzi)

3)    Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

4)    Rasulullah(saw) bersabda:Syurga merindui 4 golongan manusia
1.      Orang yang memberi makan pada mereka yang lapar.
2.      Orang yang menjaga lidahnya.
3.      Orang yang membaca Al-Quran.