Jumaat, 8 Jun 2012

PERANAN SOLAT DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN & PERANAN dan KEWAJIPAN IBUBAPA



PENGERTIAN SOLAT

Dari sudut bahasa:
sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian.
Dari segi syarak, sembahyang diertikan sebagai beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t, dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
Sembahyang merupakan ibadat yang boleh :
1) menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang.
2) Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa,tidak kira sama ada ketika seseorang itu perlu memahami makna sesuatu yang dibaca ketika bersembahyang, sama ada dengan cara ijmali (menyeluruh) atau tafsili (satu persatu/terperinci) dengan tujuan untuk memperoleh rasa khusyuk dalam solat berupaya membentuk diri orang yang berkenaan.

SEMBAHYANG MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN DOSA

Apabila solat dikatakan tidak dapat membantu membentuk diri pelakunya bermaksud sembahyangnya yang tidak betul. Sembahyang yang tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih lagi tidak betul. Manakala sembahyang yang betul ialah seperti mana dalam Firman Allah s.w.t: ‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’
 (Surah Al-Ankabut,45)
Allah s.w.t telah berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka perlulah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Kita hendaklah ingat kepada Allah semasa sembahyang untuk menghayati maksud solat itu sendiri.

SEMBAHYANG PUNCA  KETENANGAN JIWA

Sembahyang mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran dan maksiat kerana sembahyang ialah punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami sembahyang akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Sembahyang mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang. Hanya dengan ketenangan, seseorang itu dapat menikmati hakikat sembahyang dan mengejarkannya dengan khusyuk, terutamanya ketika melakukan tamakninah. Sembahyang tidak sah, tanpa tamakninah. Tegasnya, sembahyang itu mendidik diri supaya bersifat tenang dan tertib.

MEMAHAMI BACAAN SEMBAHYANG

Manusia yang tidak mampu membentuk diri mereka melalui solat ialah mereka yang tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika bersolat dan juga mereka yang tidak mengambil berat tentang solat itu sendiri. Ramai yang tidak memahami setiap bacaan dan sekadar membacanya dan juga ada yang memahami namun tidak ambil peduli dengan setiap bacaan tersebut. Sebagai seorang manusia yang soleh, perlulah memahami setiap bacaan yang dibaca dalam solat. Memahami bacaan bermaksud memahami maksud kalimah yang dituturkan. Ramai orang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada secara ijmali atau tafsili, tetapi tidak dapat menghayatinya. Hal ini sangat penting kerana dengan memahami setiap maksud bacaan itu, dapat memberikan kefahaman dan dengan itu dapat menyumbang kepada khusyuk dalam solat seperti mana yang perlu setiap muslimin lakukan.


KESAN SEMBAHYANG  YANG KHUSYUK

Terdapat banyak kesan-kesan solat yang khusyuk
kepada kehidupan setiap umat Islam antaranya ialah :
~~dapat mengawal diri.( sabar )
~~Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemikiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kerja selain yang menjadi rukun qauli, qalbi dan fi'li.
     ( Jika ada membuat gerakan besar tiga kali berturut, maka solatnya boleh terbatal…
 Jika fikiran dan hatinya melayang maka ingatan, hubungan dan munajatnya dengan Allah akan terganggu. Jadi ia akan terus berusaha untuk mengawal diri dalam solat dan di luar solatnya )

SEMBAHYANG ADALAH UNTUK KEMASLAHATAN MANUSIA

Allah s.w.t memerintahkan sembahyang kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan sembahyang itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
. Bagi mereka yang bersolat namun masih melakukan maksiat dan kemungkaran, itu bermakna solat mereka masih lagi belum sempurna untuk membentuk peribadi yang unggul di sisi Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Sesiapa tidak terhalang kerana sembahyangnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka dia sebenarnya bertambah jauh dari Allah’’
Maka,benarlah bahawa sembahyang orang yang lalai tidak mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Mereka ini sememangnya dalam kerugian kerana mereka semakin jauh dari pencipta dan akan menanggung akibat perbuatan mereka itu di dunia atau di akhirat kelak.

Rasullullah bersabda:
‘Ramai sekali orang mengerjakan sembahyang, tetapi bahagian yang diperolehi dari sembahyangnya hanyalah penat dan letih’ Orang yang dimaksudkan Rasulullah ialah orang yang lalai dalam sembahyangnya.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, menurut ahli-ahli sufi solat adalah sebenarnya satu  permohonan serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya.  Sebab itu adalah jelas sejelas-jelasnya bahawa kita sekalian mesti berusaha dengan  seikhlas-ikhlasnya untuk bersolat dan berdoa ke hadirat Allah s.w.t supaya Ia memberi  kepada kita taufiq dan hidayah supaya dapat kita bersolat seperti mana orang-orang
yang soleh bersolat di masa-masa dulu sekurang-kurangnya yang sedemikian itu ada  pada kita untuk dipersembahkan ke hadirat Allah s.w.t.  Di dalam sembahyang satu penumpuan minda yang jitu bagi mengingati keagungan dan kebesaran Illahi dimestikan. Jadi, apa juga perkara atau halangan yang boleh merosakkan penumpuan  minda ini boleh mencederakan sembahyang itu. Dengan ini, maksud sembahyang tadi tidak akan tercapai. Apabila maksud sembahyang tidak  tercapai sukar untuk seseorang itu memahami  setiap  bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi cara terbaik  untuk menghindari maksiat atau mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap  bacaan tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah s.w.t
mesti berusaha untuk memperbaiki solat agar  menjadi sempurna. Sesungguhnya orang-orang
yang tidak berusaha untuk memperbetulkan amalannya  ialah golongan-golongan yang berada dalam kerugian.


PERANAN dan KEWAJIPAN IBUBAPA

Pengenalan
Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah Taala di atas planet bumi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membina masyarakat Muslim, yakni masyarakat yang tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah sepenuhnya. dalam pelbagai suasana dan iklim kehidupan atau di ketika mana sekalipun.
Justeru itu manusia selaku khalifah Allah mempunyai kewajipan melaknanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, baik mereka itu bergelar pelajar, ibu bapa, mahupun pemimpin. Jadi dalam misi melaksanakan amanah, tanggungjawab dan peranan ini, mereka bakal berdepan dengan pelbagai cabaran mengikut skop dan bidang tugas masing-masing.
Untuk melaksanakan peranan dan menyelesaikan cabaran yang timbul manusia tidak boleh mencari dan lari daripada ketetapan kerangka Islam berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Bila Islam menjadi panduan kehidupan pelajar dalam mengejar kejayaan yang diimpi dan dicita-citakan serta menjadi penawar bagi ibu bapa mendidik anak-anak dalam mencari redha Ilahi, maka sudah tentu ianya bakal melahirkan sebuah masyarakat Muslim yang sejati.
Ta’rif
a) Pelajar : Kumpulan Individu yang sedang melalui proses pembelajaran sama ada secara formal atau pun tidak, sama ada di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah, kolej, universiti, pondok atau madrasah, dan mana-mana institusi pendidikan
     b) Ibu bapa sebagai pemimpin : kepimpinan ibu bapa dalam keluarga mampu mempengaruhi orang di bawah tanggungannya untuk mencapai sesuatu matlamat. Mereka juga mestilah mempunyai kebolehan membuat keputusan dan membawa keluarganya bersama mencari keredhaan Allah dengan cara mendidik, memberi jalan (memilih pusat pendidikan) dan mendorong anak-anak serta isteri ke arah manhaj Islam.

Abdullah b. Umar RA berkata, “aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin. Pemimpin masyarakat adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, suami adalah pemimpin ke atas isterinya dan bertanggungjawab ke atas isterinya. Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab atas rumah suaminya. Pembantu adalah pemimpin atas harta tuannya dan bertanggungjawab atas harta tuannya. Kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin.”
     (HR Bukhari )
c) Masyarakat muslim: Individu yang membentuk kumpulan masyarakat yang beridentitikan agama, iman dan akidah (berkeyakinan penuh kepada kebenaran Islam) Mereka tunduk dan patuh kepada Pencipta, yakni Allah, baik dari segi akidah, ibadah dan akhlak.


Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad..
Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk  keluarga Islam supaya menjadi role model  kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa & Keluarga.
“Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.
Riwayat Bukhari & Muslim.
“Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.
Riwayat Ad-Dailami

2. Rukun Islam Dan Iman.
Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati.
Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-
Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”.
Riwayat Bukhari

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:
Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.
Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.

4. Menunaikan Perintah Allah.
Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.
Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132:
Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

5. Meninggalkan Larangan Allah
Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka.
Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.
Sabda Rasulullah s. a. w.:
Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.
Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t.
Rasulullah saw. bersabda:
Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”.
Riwayat At-Tarmizi
Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.
Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur..Dsgnya.
Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.
FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:
    Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa
Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-
       Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.
Sabda Rasulullah s. a. w.:
      Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”.
      Riwayat At-Tabrani..
Berbuat Baik Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.
Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:
      Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.
      Riwayat Bukhari & Muslim

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain
Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga
Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga
yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang
terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-
anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:
Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan
hukum Allah.
Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.
Satu proses tarbiah diri dan keluarga.
Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di
dalam rumah.

11. Halaqah Muhasabah
Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:
     Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat MelipuĆ¼ PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan .

Sekian..
Wabillahittaufiq
wal hidayah
Wassalamu’alaikum

Tiada ulasan: