Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu
hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman
baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah
SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka
dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat
daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan
pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal
fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam
al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang
menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah
‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun
dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin
dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah
hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari
bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di
akhirat tidak lain adalah neraka.
Siapa Golongan Dayus..?
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini
sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa
mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami
yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala
hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita
asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk
syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat
seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:
“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami
bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku
melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis
mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak
kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat
ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya
terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat
perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat
perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang
diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau
busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi,
badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat
perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya,
mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda,
apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu
adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan
tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan
menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang
menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya
tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas
ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk
lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting
api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas
ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang
tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti
himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah
perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari
kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di
belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati
suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke
dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana
dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka,
dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam
neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya
seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan
kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa
ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan
ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum
berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka?
Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Jul 24, 09 | 12:43:04 pm MYT
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu
hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah
SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah
memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam
api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Iklan
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat
daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan
pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal
fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam
al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang
menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah
‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun
dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan
‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin
dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah
hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari
bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di
akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini
sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa
mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami
yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala
hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita
asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk
syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat
seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap
Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya
kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga
ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan
sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak
kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat
ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya
terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat
perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat
perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang
diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau
busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi,
badannya seperti himar”
P/S: Sumber drp: Ustaz Zainudin Hashim
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.