HATI
adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan
Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang
menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati
perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras
dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan
pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang
individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah,
sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Perbuatan
fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan
permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Masyarakat
yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk
menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah
itu.
Natijah
akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan
tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah
sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan
sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang
merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan
selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.
Justeru, Allah memberi
peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya
daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila
fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam
diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang
bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW
bersabda bermaksud: Akan muncul
suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa
sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)
Penyebaran
fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan
khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran
maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas
dan murah.
Teknologi
yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan
fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan
menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam
mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya
tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi
setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur
fitnah.
Sebarang
berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan
fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita
berunsur fitnah.
Firman Allah
bermaksud: Wahai orang yang
beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak
pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang
kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah
menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan
daripada perbuatan itu.
Fitnah
biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa
sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih
layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah
digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan
diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap
perbuatan itu.
Mungkin
ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan
kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa
membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah
SAW bermaksud: Tidak masuk
syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim)
Dosa
menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan
akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu
dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar
khabar angin biasanya menyebut perkataan dengar khabar mengenai berita yang
disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang,
maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti
berita benar.
Dalam
Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang
berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan
berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam
Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia
orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang
tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan
fitnah.
Mengenai berita benar
dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang
berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan
sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar
berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai
perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika
perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan
membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam
firman-Nya bermaksud: Dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Justeru,
setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada
menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara
pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah
memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan
rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat
Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga
kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah
disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran
fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang
saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.
Fitnah
juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar
kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati
ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Penyebaran
fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan
adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer
berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu
masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.
Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diripenyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar
ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa
menyebar fitnah menyebabkan pahala
terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah
menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH
SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.
Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia.