Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan
yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat
itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(al-An'aam: 32)
HURAIAN Ayat ini menjelaskan nilai kehidupan dunia hanyalah
satu permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Ia bukan kebahagian
yang hakiki. Sebagai seorang muslim kita perlu sedar bahawa dunia ini adalah
medan untuk beramal ibadah yang hasilnya diperoleh di akhirat kelak. Bertepatan
dengan tujuan kita dijadikan oleh Allah SWT ialah untuk mengabdikan diri
kepada-Nya.
Justeru jangan sekali-kali kita leka dengan kehidupan dunia
sehingga sanggup mengabaikan perintah Allah dan melakukan perbuatan yang
dilarang.
Ayat ini juga menggambarkan salah satu ciri orang yang
bertakwa iaitu mengutamakan kehidupan akhirat yang berupa ganjaran syurga
daripada tenggelam dengan keseronokan dunia yang bersifat sementara, sia-sia
dan melalaikan.
Hakikatnya dunia adalah jambatan menuju kehidupan yang abadi
di akhirat. Amatlah rugi mereka yang mengejar habuan dunia, asyik dengan
permainan hiburan dan maksiat sehingga lupa antara halal atau haram, yang
disuruh dan yang dilarang.
Mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah
perlulah mengawal diri agar tidak dilalaikan dengan keseronokan kehidupan
dunia. Segala nikmat yang diperoleh semasa hidup wajar digunakan ke arah
memperbanyakkan amal-amal kebajikan dan pengabdian kepada Allah. Kita perlu
ingat bahawa habuan dunia hanyalah wasilah mencapai kebahagiaan yang hakiki
dalam kehidupan akhirat yang abadi.
KESIMPULAN Keseronokan dunia adalah sesuatu yang sia-sia dan
melalaikan segala nikmat kehidupan dunia perlulah menjurus kepada pengabdian
yang mutlak kepada Allah. Orang yang lebih takwa lebih mengutamakan kehidupan
akhirat yang abadi daripada digadaikan kepada keseronokan dunia yang bersifat
sementara, sia-sia dan melalaikan. Sesungguhnya kehidupan dunia adalah jambatan
dan wasilah bagi mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat.
Dari Abu Hurairah r.a. pula katanya, " Rasulullah saw
bersabda:
"Dunia ini adalah penjara bagi mukmin, kalau
dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga, dan syurga bagi orang
kafir kalau dibandingkan dengan pedihnya siksa di neraka".
- Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Umar ra katanya, " Rasulullah saw menepuk
kedua belikatku lalu bersabda:
"Jadiklah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang
gharib, yakni orang yangs edang berada di negeri orang dan tentu akan kebali ke
negeri asalnya, atau sebagai orang yang menyeberangi jalan, yakni amat
sebentart sekali di dunia ini"
IBNU UMAR BERKATA, " JIKALU ENGKAU DI WAKTU PETANG,
MAKA JANGANLAH MENANTIKAN WAKTU PAGI DAN JIKALAU ENGKAU DI WAKTU PAGI, MAKA
JANGANLAH MENANTIKAN WAKTU PETANG, UNTUK BERAMAL BAIK ITU, AMBILLAH KESEMPATAN
SEWAKTU ENGKAU SIHAT UNTUK MASA SAKITMU, SEWAKTU ENGKAU MASIH HIDUP UNTUK MASA
MATIMU."
- Riwayat Bukhari
Para alim ulamak mengatakan dalam syarahan hadis ini,
Ertinya ialah: Jangan engkau terlampau cinta pada dunia, jangan pula dunia itu
dianggap sebagai tanahair, juga janganlah engkau mengucapkan dalam hatimu
sendiri bahawa engkau akan lama kekal di dunia ini. Selain itu janganlah pula
amat besar perhatianmu padanya, jangan tergantung padanya , sebagaimana orang
yang bukan di negerinya tidak akan menggantungkan dirinya pada negeri orang
yakni bukan tanahairnya sendiri. Juga janganlah bekerja di dunia itu, sebagaimana
orang yang bukan di negerinya tidak akan berbuat sesuatu di negeri orang tadi,
yakni yang diperbuat hendaklah yang baik-baik saja supaya meninggalkan nama
harum di negeri orang, kerana pasti ingin kembali ke tempat keluarganya semula.
Rumusan:
1. Dunia fana ini jangan sampai dianggap sebagai tempat
kediaman yang abadi, agar kita tidak lengah untuk mencari bekal guna
kebahgiaaan kita di akhirat.
2. Ini tidak bererti bahawa untuk kebaghiaan kita di dunia
harus diabaikan, tetapi antara dua kepentingan itu wajib kita laksanakan
bersamaan.mMasing-masing sama-sama dikejar menurut waktunya sendiri-sendiri.
Jadi di waktu datang kewajiban ibadat jangan sekali-kali digunakan mengejar
duit atau sebaliknya.
3. Mencintai harta benda duniawi jangalah melampau batas,
hingga menjadi kikir untuk melakukan kebajikan. Ingatlah bahawa semua yang kita
cintai itu pada suatu ketika pasti akan kita tinggalkan . Sedangkan harta benda
itu nantinya menjadi milik orang lain dan tidak mustahil akan dibuat rebutan di
kalangan anak dan cucu. Perbanyakkanlah amal soleh sedapat mungkin dengan harta
kita miliki itu.
Dari Abdullah bin as-Sikhir r.a. bahawasanya ia berkata,
"
Saya datang kepada Nabi saw dan beliau sedang membaca ayat
yang ertinya: " Engkau semua dilalaikan oleh perlumbaan memperbanyak
kekayaan" Lalu beliau bersabda,"
" Anak Adam itu berkata: Hartaku, hartaku! Pada hal
harta yang benar-benar menjadi milikmu itu , hai anak Adam, ialah apa-apa yang
engkau makan lalu engkau habiskan, apa-apa yang engkau pakai, lalu engkau
rosakkan atau apa-apa yang engkau sedekahkan lalu engkau lampaukan dengan tetap
adanya pahala"
- Riwayat Muslim