1.PENGERTIAN ILMU
Perkataan ilmu berasal
daripada bahasa arab iaitu ‘ilm’ yang bererti pengetahuan, perkataan ilmu ini
merupakan lawan kepada kata ‘jahl’ yang bererti tidak ketahuan atau dengan kata
yang lain kebodohan. Kata ilmu juga kebiasaanya disepadankan dengan kata arab
yang lain, iaitu seperti ma’rifah (pengetahuan), fiqh (pemahaman), hikmah
(kebijaksanaan), dan al-syuur (perasaan). Diantara perkataan-perkataan bahasa
arab itu, makrifah adalah perkataan ang sering digunakan berbanding dengan yang
lain. (Drs.H.Kafrawi Ridwan,M.A,2004:200)
Selain itu juga pengetahuan
pula terbahagi kepada dua jenis pengetahuan, iaitu pengetahuan biasa dan
pengetahuan ilmiah. Pengetahuan biasa diperoleh daripada seluruh bentuk usaha
kemanusiaan, seperti perasaan, fikiran, pengalaman, pancaindra manusia itu,dan
institusi seperti pondok-pondok ilmu, sekolah, universiti untuk mengetahui
sesuatu tanpa memperhatikan objek, cara, dan kegunaannya. Dengan kata yang
lain, ataupun dengan bahasa yang mudah dipahami, pengetahuan biasa adalah,
pengetahuan yang diperoleh hasil daripada usaha manusia yang biasa tanpa ada
kajian, ataupun pemerhatian yang mendalam, contohnya semasa di sekolah, pelajar
hanya mendengar dan mengambil hanya apa yang diajar sahaja, tanpa ada kajian
yang mendalam selepas itu. Dalam bahasa inggeris pula jenis pengetahuan ini
disebut knowledge iaitu pengetahuan.
Manakala pengetahuan ilmiah
pula merupakan keseluruhan bentuk usaha kemanusiaan untuk mengetahui sesuatu.
Pengetahuan ini sama maksudnya dengan pengetahuan biasa tetapi berbeza dari
segi memperhatikan objek yang dikaji, cara yang digunakan, dan kegunaan
pengetahuan tersebut, kerana jenis pengetahuan ini menkaji dengan
sedalam-dalamnya. Dengan kata yang lain, pengetahuan ilmiah memperhatikan objek
ontology, landasan epistemology, dan landasan aksiolagi daripada pengetahuan
itu sendiri.
2. BAHAGIAN ILMU
Untuk menjadi orang berilmu,
seseorang perlu kepada ilmu. Ilmu itu pula mestilah diperolehinya melalui
sumber ilmu. Sumber ilmu itu pula bukanlah satu sahaja dan bukan dua, seperti
fahaman sesetengah pihak. Tetapi, sumber ilmu ini kalau dikaji, ianya ada
berbagai-bagai. Selama ini ada yang telah sempitkan sumber ilmu ini sehingga ia
tertumpu kepada satu-satu sumber ilmu sahaja. Boleh pula orang itu mengaku yang
dia ilmuan atau ulamak bersandarkan pada satu sumber ilmu sahaja. Eloklah,
dinyatakan di sini sumber ilmu untuk seseorang seperti berikut:
2.1 ILMU WAHYU
Ilmu wahyu adalah ilmu yang
disampaikan oleh allah swt kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus,atau
melalui perantaraan malaikat dan terus jatuh ke dalam hati mereka dan terus
dapat dihafal dan tidak lupa selama-lamanya. Jenis ilmu ini juga berlaku tampa
usaha, ikhtiar, dan tanpa mereka belajar. Inilah mauhibbah ataupun anugerah
dari allah kepada hambanya. Contoh ilmu wahyu adalah, al-quran, taurat, injil,
zabur. Justeru itu siapa yang menolak ilmu ini (wahyu) secara outomatik ataupu
secara terus seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir. Manakala di ahirat
pula akan jatuh ke neraka serta kekal seamanya.
2.2 ILMU KASBI (USAHA)
Sebagai ilmu yang diusahakan.
Di sini seseorang itu mendapat ilmunya dengan cara belajar secara langsung
dengan guru. Boleh juga dia mendapat ilmu melalui hasil bacaan dan kajiannya
pada kitab-kitab karangan ulamak muktabar. Boleh juga dia mendapat ilmu hasil
berbincang dengan rakan-rakan yang sealiran atau mereka yang tinggi ilmunya.
Selain itu juga, ada yang belajar dengan alam sekeliling. Contohnya dengan
melihat kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Ini boleh berlaku bilamana
seseorang itu bermusafir, maka banyaklah yang dia boleh pelajari daripada
permusafirannya. Ilmu juga boleh datang melalui pengalaman hidup. Contoh bila
seseorang itu ditimpa kesusahan, dia berusaha menyelesaikan masalah hidupnya
yang susah itu, maka dari situ dia medapat ilmu.
2.3 ILMU WAHBIAH
Ilmu ini bukanlah diperolehi
daripada usaha manusia. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba yang dicintainya.
Jelas, sepertimana firmanNya yang bermaksud: Orang yang bertaqwa kepada Allah
itu maka Allah akan berinya ilmu. Juga dalam maksud sepotong hadis: Barangsiapa
yang mengamalkan apa yang dia tahu, maka berhak bagi Allah mengajar dia perkara
yang dia tidak tahu. Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu wahbiah atau
ilmu ilham. Iaitu ilmu yang Allah campakkan ke hati orang-orang yang bertaqwa
kepadanya. Ilmu seperti ini biasanya bukan ilmu asas. Kerana sudah maklum orang
bertaqwa sudah selesai ilmu asasnya seperti ilmu fardhu ain. Apa yang mereka
dapat adalah ilmu yang seni-seni dan halus-halus yang boleh menggetar jiwa.
Ilmu yang boleh mengubah dirinya dan diri orang lain untuk bertambah dekat
dengan Allah. Ilmu yang boleh memberi kesan pada jiwa hingga semakin cinta dan
semakin takut kepada Allah. Ilmu yang boleh menyelesaikan berbagai-bagai
permasalahan hidup masyarakat.
3. KATEGORI ILMU YANG WAJIB
DIPELAJARI
Kategori ilmu yang wajib
dipelajari terbahagi kepada dua jenis ilmu,antaranya ialah ilmu fardhu ain dan
ilmu fardhu kifayyah, di bawah akan jelaskan..
3.1 ILMU FARDHU AIN
Ilmu fardhu ain adalah
merupakan ilmu asas kepada islam, ataupun ilmu utama untuk islam, setiap yang
mengakui dirinya adalah islam, dengan mengucap dua kalimah syahadah mesti
mempelajari ilmu ini. Dengan kata yang tegas wajib mempelajari ilmu ini,
dikuatkan lagi dengan firman allah swt maksudnya “ katakanlah (muhamad)
tidaklah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui”. Selain
itu juga, rasul saw juga bersabda untuk menguatkan kewajipan mempelajari ilmu
fardhu ain, sabdanya berbunyi “menuntut ilmu agama (yang daruri) atau teras itu
adalah wajib ke atas setiap muslim”. Ilmu fardhu ain terdiri daripada akidah,
bersuci, solat, puasa, zakat bagi orang yang diwajibkan untuk mengeluarkanya,
haji bagi orang yang berkemampuan, maksiat-maksiat hati, tangan, mata, dan
sebagainya lagi.
3.2 ILMU FARDHU KIFAYYAH
Kifayah dari segi bahasa
bermaksud ‘mencukupi’ dan ‘memadai’. Dari segi istilah ia membawa maksud
kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk
menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan
jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.
4.OBJEK ILMU
Objek ilmu pengetahuan dalam
islam dilihat secara hierarkis, iaitu setiap ilmuan muslim memiliki ataupun
mempunyai pandangan tersendiri mengenai dengan objek ilmu ini. Kerana itu juga,
hierarki ilmu pengetahuan yang mereka buat mempunyai perbezaan juga. Namun
begitu, objek ilmu metafisis, iaitu ilmu yang berkaitan dengan kebenaran pada
umumnya dianggap memiliki nilai lebih tinggi dalam hierarki, berbanding sekali
dengan ilmu yang berkaitan dengan kebutuhan ekonomi hanya berada dibawah.
Selain itu juga, dengan tersebarnya banyak cabang-cabang ilmu, seperti ilmu
fikh, ilmu tasawuf, ilmu akidah dan sebagainya lagi yang tumbuh dan seterusnya
tersebar dalam islam telah memberi inspirasi kepada sebahagian-sebahagian
ilmuan islam ataupun dipanggil lamak dalam islam untuk membuat klasifikasi
ilmu. Menurut (Ade Armando:9) klasifikasi ilmu yang dimaksudkan adalah
sebahagian acuan bagi setiap orang ataupun individu untuk mengetahui system
pendidikan islam yang secara komprehensif.
5. KELEBIHAN ORANG YANG
BERILMU
Siapapun orangnya didunia ini
pasti ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ingin berhasil
didunia harus tahu ilmu. Begitu juga untuk mencapai kebahagiaan mesti mempunyai
ilmu dan cara-caranya untuk mencapainya, tahap demi tahap harus dilalui dengan
kesungguhan, keuletan dan kesabaran. Apapun urusannya harus berdasarkan
Al-qur`an dan sunnah Rosul. Ilmu lebih penting dari harta. Diantara kelebihan
Ilmu adalah:
1. Pahala ilmu tidak akan
berhenti jika kita mempelajarinya dan mengajarnya, dan orang mengamalkan apa
yang kita ajar. Kerana sabda rasul saw tiga perkara yang akan kita bawa selapas
meninggal, iaitu doa anak soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang di ajar dan
diamalkan
2, Orang yang berilmu mampu
mengambil hikmah dari suatu peristiwa. Pada akhir jaman seperti ini ilmu
(hikmah adalah sesuatu yang hilang pada diri orang- orang muslim, karena
banyaknya ulama-ulama yang wafat sebelum kita bisa menguasai ilmu -ilmu yang
beliau miliki).
3. Dengan ilmu kita dapat
merasakan cara untuk menikmati harta yang kita dapatkan untuk menafkahi
keluarga ,beramal dan lainnya untuk kemaslahatan umat islam
4. Orang yang berilmu memiliki
akhlak yang baik dan berbudi bahasa serta sentiasa takutkan kepada allah kerana
ilmu yang mendidik dirinya kepada sifat mulia dan terpuji
5. Melalui ilmu juga seseorang
itu dapat mempertingkatkan tamadun dan masyarakatnya, kerana dengan ilmu sahaja
bangsa dan Negara dapat dibentuk dengan sempurna.
6. AKIBAT ORANG YANG TIDAK
BERILMU
Sama juga dengan kelebihan
orang yang berilmu, keburukan orang yang tidak berilmu juga banyak. Di antara
keburukan orang yang tidak berilmu kepada diri sendiri,masyarakat dan Negara
adalah seperti berikut :
1. amala yang dilakukan (yakni
amalan yang dilakukan oleg golongan yang tidak menpunyai ilmu pengetahuan)
adalah sia-sia disisi tuhan pencipta alam, kerana kita dilahirkan tidak
berilmu, dan mencari ilmu itu adalah wajib.
2. amalan yang dilakukan tanpa
ilmu juga boleh menbawa kesesatan kepada diri sendiri, dan ia juga boleh
menyesatkan orang lain, kerana apa yang diamalkan dia sendiri tidak pasti betul
ataupun salah.
3. selain itu, dengan tidak
berilmu juga sesebuah tamadun Negara juga menjadi mundur ataupun tidak
berkembang, tidak ada perubahan seperti tidak maju kepada maju. Contohnya
India, dengan ketiadaan orang yang berilmu Negara mereka menjadi semakin mundur
dan terus mundur
4. dengan tidak berilmu juga
masyarakat di sesbuah Negara itu akan dipandang hina, dipandan jijik oleh
Negara-negara maju. Kerana dengan ketiadaan ilmu pengetahuan di dada
pendapat-pendapat mereka tidak akan diteima, tidak akan dihirau.
7. KEDUDUKAN ORANG YANG BERILMU
Kedudukan orang yang menuntut
ilmu ataupun orang yang mempunyai ilmu pengetahuan sebenarnya sangat banyak
bila dikaji, antaranya ialah:
1. Orang yang berilmu ini akan
mendapat keiistimewaan dari allah, ataupun tempat yang istimewa disisi allah ,
Diantara keistimewaanan allah yang diberi kepada mereka ialah dengan meningkatkan
darjat serta kemuliaan semasa di dunia dan di akhirat kelak.
2. selain itu juga, kedudukan
orang yang berilmu adalah mereka ini akan dipandang mulia oleh masyarakat dan
juga dihormati. Ini kerana manusia hanya melihat dari sudut tingkah laku
seseorang, seperti di ketahui orang yang mempunyai ilmu akan sentiasa bersikap
bijaksana, lemah lembut ketika bercakap dan sebagainya lagi.
3. dengan itu juga mereka ini
(yakni orang yang berilmu pengetahuan ) mereka akan memperolehi pahala yang
berterusan kerana ilmunya yang diajar menjadi amalan dan panduan manusia. Paala
ini juga tida akan berhenti walaupun dia telah meninggal dunia jika adayang
masih mengamalkanya
8.KEDUDUKAN ORANG YANG TIDAK BERILMU
1. orang yang tidak berilmu
akan menyebabkan pelbagai masalah kepada diri mereka sendiri, masyarakat, dan
juga pada Negara. Antaranya ialah membinasakan diri sendiri, buli, dan
sebagainya.
2. orang ang tidak berilmu
juga boleh berlaku penganguran dan suka berpelisiran dimana-mana sahaja seperti
di pusat membeli belah dan di tepi-tepi jalan sedangkan hal ini ditegah oleh
nabi saw.
3. selain itu juga, dengan
kedudukan mereka ini, kemungkinan besar kemungkaran berlaku berleluasa
disekenat tempat, kerana tiada panduan untuk memandu mereka dalam melakukan
sesuatu tindakan.
4. mereka juga akan dibenci
oleh allah swt, dan mereka juga akan ketinggalan dalam semua bidang seperti
eonomi, politik, sosial, dan pertahanan Negara
9.FAEDAH MEMPELAJARI ILMU PENGETAHUAN
Seperti mana kita ketahui
bahawasanya banyak faedah bagi orang yang mempelajari ilmu pengetahuan,
antaranya ialah seseorang itu dapat mengetahui kebesaran dan kekuasaan allah.
Dengan ilmu pengetahuan juga, seseorang itu dapat memajukan sesebuah Negara
disamping sebagai penggerak masyarakat. Selain itu juga, ia dapat membawa atau
membentuk peribadi seseorang ke arah peribadi yang mempunyai kebaikan, dengan
menjadi role model, ataupun menjadi contoh yang baik seperti, tidak bercakap
bohong, mengumpat, mencuri dan sebagainya lagi. Dan akhir sekali memperolehi
kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.
10. PENGERTIAN AKHLAK
Akhlak dari segi bahasa
didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi,
maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.
Perkataan akhlak berasal
daripada perkataan khuluq yang bermaksud tabiat, kelakuan, atau tingkah laku
(al-tbi’ah), perangai, (al-sajiyah), maruah (al-mu+ru’ah), kezaliman atau
kebiasaan (al-adah).
Berakhlak. perkataan yang sama
dengan beretika dalam erti kata etika Islam. Walaupun berakhlak itu mudah disebut
tetapi belum tentu mudah untuk dipraktikkan sebaik-baiknya kecuali oleh orang
yang beriman. Oleh kerana adanya iman maka timbullah perasaan untuk berbuat
kebaikan, timbul ehsan, timbul rasa kemanusiaan yang tinggi, timbul rasa hormat
menghormati, timbul rasa kesediaan berkorban tanpa mengharapakan apa balasan
selain balasan daripada Allah, timbul rasa kasih sayang kepada ibu bapa, timbul
rasa ingin berlaku adil, timbul sifat amanah, dan tidak rasuah, tidak berbohong
dan sebagainya. Semuanya itu adalah akhlak yang terbit dari ilmu dan iman.
Akhlak seumpama ini akan tidak
ada jika ilmu dan iman tidak ada. Sebab itu salah satu fungsi terpenting
Rasulullah Sallalllahu Alaihi Wasallam diutus ke alam ini adalah untuk
menunjukkan kepada manusia akhlak yang mulia, dan salah satu unsur yang
terpenting dalam tamadun atau civilization manusia mengikut nilai-nilai Islam
ialah berakhlak yang mulia. Ini kerana manusia walau macam mana pun kemajauan
yang dicapainya dari segi saintifik namun sekiranya ia tidak mempunyai akhlak
yang baik maka ia dikira tidak bertamadun. Sebab itu Allah menjadikan orang
yang berilmu, beriman dan berakhlak itu sebagai khalifah Allah di bumi ini.
Orang yang mempunyai ciri-ciri sedemikian ialah orang-orang Islam.
Islam adalah agama sejahtera. Muslim bermakna orang yang berserah diri kepada Allah dan membawa kesejahteraan. Kesejahteraan itu bukan hanya setakat di dunia malah membawa kepada kesejahteraan di akhirat. Kita bolebandingkan dengan jelas antara orang yang berakhlakdengan orang yang tidak berakhlak. Anak-anak kita belajar ke Barat dan ke Timur adalah untuk mendapatkan ilmunya bukan akhlaknya. Ini kerana kita melihat kehidupan di Barat misalnya adalah terlalu individualistik, mereka tidak memperdulikan soal-soal kejiranan, penghormatan dan kasih saying kepada ibu bapa terlalu kurang, dan seumpamanya. Tetapi akhlak yang lohor ini ada pada kita sebagai natijah dari ilmu dan iman yang menjadikan kita manusia yang berharga sebagai makhluk yang termulia.
Islam adalah agama sejahtera. Muslim bermakna orang yang berserah diri kepada Allah dan membawa kesejahteraan. Kesejahteraan itu bukan hanya setakat di dunia malah membawa kepada kesejahteraan di akhirat. Kita bolebandingkan dengan jelas antara orang yang berakhlakdengan orang yang tidak berakhlak. Anak-anak kita belajar ke Barat dan ke Timur adalah untuk mendapatkan ilmunya bukan akhlaknya. Ini kerana kita melihat kehidupan di Barat misalnya adalah terlalu individualistik, mereka tidak memperdulikan soal-soal kejiranan, penghormatan dan kasih saying kepada ibu bapa terlalu kurang, dan seumpamanya. Tetapi akhlak yang lohor ini ada pada kita sebagai natijah dari ilmu dan iman yang menjadikan kita manusia yang berharga sebagai makhluk yang termulia.
11. PERKATAAN AKHLAK: SUDUT ISTILAH
Dari sudut istilah, perkataan
akhlak ini telah ditafsir dengan berbagai pendapat olah ulama pada masa dahulu
sepertin seperti Iman Al-Ghazali RA yang ditulis dalam kitabnya (Ihya’ ulum
al-din) ialah suatu keadaan yang tertanam didalam jiwa yang menampilkan
perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukanpemikiran dan penelitian.
Apabila perbuatan yang keluar itu baik dan terpujimenurut syara dan
aqal,perbuatan itu dinamakan akhlakyang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar
perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Ibn Miskawaih seorang ahli
falsafah dan moral islam yang menyebut dalam kitabnya (Tahdhib al-Akhlaq)
mengatakan perkataan akhlak dari sudut istilah ialah keadaan jiwa yang
mendorong kearah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Ibrahim
Anis dalam kitabnya (al-mu’jam al-wasit) sifat yang tertanam dalam jiwa, yang
melahirkan berbagai perbuatan baik atau buruk tanpa memerlukan pemikiran dan
pertimbangan.
Keseluruhannya ,akhlak itu
adalah sifat bagi diri-jiwa atau bagi diri nafsani darisudut iradah atau
kehendak dan matlamatnya yang melahirkan nilai baik atau jahat.Dari dua ciri
itu dapatlah diberikan bahawa akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang
bersifat tetap dalam diri manusia,yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih
perlakuan yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk
memilih perlakuan yang jahat dan buruk. Secara ringkasnya akhlak boleh di
takrifkan sebagai suatu kebiasaan yang dimaksudkan dan dikehendaki serta
dipilihnya, yang mengarahkan kepada kebaikan atau kejahatan, ataupun keazaman
yang berulang dan menjadi kebiasaan yang mengarah kepada kebaikan atau
kajahatan dengan kejahatan dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan.
12. SUMBER-SUMBER AKHLAK ISLAM
Firman Allah
ولقد آرمنا بنى ادم و حملناهم في البر و البحر و رزقناهم من الطيبات
و فضلناهم على آثير ممن خلقنا تفضيلا
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberi rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah Al-Israa., Ayat 70).
ولقد آرمنا بنى ادم و حملناهم في البر و البحر و رزقناهم من الطيبات
و فضلناهم على آثير ممن خلقنا تفضيلا
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberi rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Surah Al-Israa., Ayat 70).
Tentulah ada sebab mengapa
Allah memuliakan manusia lebih dari makhluk lainnya, tidak lain kerana ilmu,
iman dan akhlak.
Lebih jelas lagi dalam ayat
yang lain, Allah berfirman:
آنتم خير امة اخرجت للناس تامرون بالمعروف وتنهون
عن المنكر و تؤمنون بالله
Ertinya: Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia ,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah
(Surat Ali-Imran, Ayat 110).
13. KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN
Salah satu ancaman terbesar
yang dihadapi oleh umat Islam masa kini ialah keruntuhan akhlak dalam kehidupan
yang berlaku di kalangan remaja. Data-data mengenai gejala sosial yang dilaporkan
amat mengejut dan menakutkan kita. Dalam kajian mengenai moral perempuan yang
dijalankan oleh seorang ahli akademik di unuversiyi kebangsaan Malaysia (UKM)
mendapati 886 daripada 887 pelajar dalam kategori ‘berisiko tinggi’ yang
menuntut di sekolah menengah mengaku pernah melakukan hubungan seks. Kajian
juga mendapati 98 peratus pelajar terbabit dalm kongsi gelap, 96.8 peratus
berjudi, 85.4 peratus melakukan vandalism, 77.2 peratus ponteng sekolah, dan
97.3 peratus terdedah kepada bahan lucah. Dengan ini jelas manunjukkan kepada
kita jika seseorang itu tidak berakhlak, perbuatan mereka seperti malah lebih
teruk lagi dari perbuatan haiwan.
Begitu juga dengan kebejatan
perbuatan tidak berakhlak yang lain seperti kes pembuangan bayi juga didapati
sudah menaik secara mendadak. Saban hari kita didedahkan dengan kejadian
pembuangn bayi yang menyayatkan hati di mana perkara ini tidak seharusnya
berlaku dalam masyarakatyang diktakan sudah bertamadun. Tetapi itulah hakikat
yang perlu kita terima bahawa itulah yang sebenarnya berlaku di Negara ini
setelah kepentingan akhlak dalam kehidupan mereka sudah hilang. Kelahiran
anak-anak luar nikah yang cukup tinggi hasil daripada pergaulan dan seks bebas
yang diamalkan oleh golongan muda-mudi yang tidaj berakhlak. Oleh itu kita
boleh buat ukuran nilai, neraca dan panduan kepada akhlak masyarakat pada zaman
sekarang ini.
Sejak akhir-akhir ini juga,
turut menyaksikan kemunculan beranekaa kumpulan yang tidak ada akhlak dalam
kehidupan mereka dan juga boleh menyebabkan kepada keruntuhan akidah di
kelangan mereka. Diantara kumpulan mengamalkan fahaman salah yang sedang pesat
berkembang pada masa ini ialah Black Metal yang merupakan satu ajaran syaitan
bertujuan untuk merosakkan pemikiran dan pegangan umat islam. Para pengikut kumpulan
ini juga ramai terdiri daripada golongan muda yang melakukan pemujaan kepada
syaitan. Mereka diindokrinasikan supaya membencikan agama. Salah satu cara
untuk memanisfstasikan perasaan anti agama itu dengan mengoyak dan memijak
al-Quran. Mereka juga menari dan melakukan seks di atas Quran sehingga satu
peringkat mereka akan kencing atas Quran secara beramai-ramai. Berdasarkan
peristiwa itu, lambang keperibadian akhlak dalam masyarakat kita sangat lemah
sehingga berani membuat perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah S.W.A
14.KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
Menurut islam seperti yang
digariskan oleh al-Quran bahawa akhlak adalah menjadi syarat mutlak kepada
kemajuan, ketinggian umat dan tamadunnya. Seterusnya menjadi syarat mutlak
kepada kekal, keterusan umat dan tamadunnya. Menganalisa kisah sejarah umat
manusia seperti yang dirakamkan oleh al-Quran akan sampai kepad kesimpulan
bahawa kehancuran dan kemusnahan umat dan tamadunnya tidak terpisah sama sekali
dari faktor akhlak; iaitu ketiadaan sistem akhlak dalam kegiatan hidup
masyarakat dan bernegaranya. Jelasnya krisis moral dan keruntuhan akhlak adalah
sebab awal dan terakhir kepada kerosakan tamadun dan kehancurannya.
Jelas dan ringkasnya
pembangunan tamadun kebendaan yang dituntut dan diakui oleh islam ialah
pembangunan tamadun yang mengikut panduan dan pimpinan Ilahi. Maka dengan itu
akan selaras dan selarilah antara alm ciptaan yang tunduk patuh,menyerah dan
sujud kepada Allah untuk dipergunakan oleh manusia yang juga tunduk patuh
menyerah dan sujud kepada Allah. Kedua-duanya selari dan selaras sebagai
sifatnya makhluk yang dicipta untuk tunduk, patuh, menyerah dan sujud kepada
Allah, maha pencipta. Kesesuaian dan keselarasan antara kedua, alma manusia dan
alam semesta dalam landasan “tunduk kepatuhan, menyerah dan sujud kepada Allah
maha pencipta” itulah asas kepada kesejahteraan hidup dan tamaddun manusia yang
sebenar dan hakiki. Penguasaan manusia keatas alam benda atau alam semesta yang
tumduk patuh, menyerah dan sujud kepada allah tuhan yang maha penciptanya untuk
diperguna dan diperalatkan oleh manusia dalam usaha membangun tamaddunnya di
dunia, tetapi dirinya sendiri yang menguasai alam semesta itu engang daninkar
untuk tunduk dan patuh menyerah sujud kepada Allah, kepada hidayah, pimpinan
dan pnduannya, pasti akan mengakibatkan percangahan atau pertentangan dalam
kehidupan dan tamadunnya. Dengan keenganan dan keingkaran manusia itu sudah
pasti mereka menolak dan menafikan allah tuhan maha pencipta alam benda atau
alam semesta yang dikuasainya. Dengan penolakan dan penafian kepada Allah tuhan
maha pencipta manusia akan lupa dirinyasebagai manusia
Tidak dinafikan semua pihak
dari semua lapisan mempunyai saham dalam usaha ini.tetapi perlu dutekankan
bahawa individu dan para pemimpin sama ada yang berada di barasain yang
berkuasa atau yang di luar berkuassa meempunyi peranan dalam mengatasi dan
membentuk akhlak umat dan rakyatnya.
Usaha pembentukan suatu umat
dan tammadunnya tidak dibina melainkan dengan menyeelesikan kresis dan
keruntuhan akhlak generasi umatnya. Ini hanya dapat dilakukan melalui suatu
kesatuan usaha dan kepanduan tenaga yang berasaskan kepada manhaj akhlak Illahi
dan peratura rabbani.
15. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA
Agama merupakan asas kepada
pembentukan akhlak yang baik dalam diri manusia. Sebelum diutuskan nabi
Muhammad S.A.W, pada masa itu dikatakan zaman yang berada dalam keadaan
kegelapan atau jahiliah. Zaman kegelapan yang dimaksudkan itu ialah, zaman yang
tidak ada dakwah islam. Disebabkan perkara itu, masyarakat pada masa tersebut
sangat tidak berakhlak seperti membunuh bayi perempuan, berperang sesama
sendiri, dan lain lagi.
Setiap orang perlu hidup dalam
keadaan berakhlak. Akhlak juga yang menunjukkak seseorang itu manusia yang baik
atau buruk perangainya. Akhlak berarti prilaku, sikap, perbuatan, adab dan
sopan santun. Akhlak mulia berati seluruh prilaku umat manusia yang sesuai
dengan tuntunan Al-Quran dan Hadist yaitu adab sopan santun yang dicontohkan
dan diajarkan Rasulullah Muhammad SAW kepada kepada seluruh umat manusia ketika
beliau masih hidup. Akhlak beliau adalah Al-Quran.
Akhlak atau adab sopan santun
yang telah dicontohkan dan diajarkan Rasulullah Muhammad SAW itu meliputi
akhlak manusia kepada Allah SWT dan Akhlak terhadap sesama ciptaan Allah,
termasuk didalamnya akhlak terhadap diri sendiri karena diri sendiri itu
termasuk ciptaan Allah Juga, lahir dan batin
Secara garis besar, akhlak
mulia itu dapat dikelmpokkan kedalam dua kelompok yaitu :
1 Akhlak kepada Allah
Akhlak mulia kepada Allah berati mengikuti seluruh perintah yang telah disampikan Allah kepada Rasul yang Maha Mulia Muhammad SAW. Seluruh perintah tersebut sudah tercatat dalam Al-Quran dan Hadith.
Akhlak mulia kepada Allah berati mengikuti seluruh perintah yang telah disampikan Allah kepada Rasul yang Maha Mulia Muhammad SAW. Seluruh perintah tersebut sudah tercatat dalam Al-Quran dan Hadith.
2 Akhlak kepada ciptaan Allah
Akhlak terhadap ciptaan Allah meliputi segala prilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun sesama ciptaan Allah yang terdiri atas ciptaan Allah yang gaib dan ciptaan Allah yang nyata, benda hidup dan benda mati.
Akhlak terhadap ciptaan Allah meliputi segala prilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun sesama ciptaan Allah yang terdiri atas ciptaan Allah yang gaib dan ciptaan Allah yang nyata, benda hidup dan benda mati.
16. KELEBIHAN ORANG YANG BERAKHLAK MULIA
Fadilat akhlak yang mulia
bukan sahaja merupakan tarikan orang terdahulu untuk memasuki Islam, ianya juga
menjanjikan kelebihan di akhirat. Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Sesungguhnya, diantara kamu
yang paling saya sukai, dan yang paling dekat tempatnya denganku pada hari
kiamat nanti, adalah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat Imam Ahmad
dan At-Tabrani dan Ibn Habban)
Menunjukkan akhlak yang mulia
amat penting, kerana ianya merupakan pintu dakwah yang paling utama. Tingkah
laku kita menggambarkan ajaran Nabi kita. Kita perlu banyak bersabar dalam mengharungi
cabaran kehidupan moden ini.
Dengan Prinsip Akhlak mulia
ini kita mampu untuk menyesuaikan dalam konteks kehidupan zaman ini. Pada zaman
ini, kelonggaran pengangan moral menarik kita ke lembah nafsu.Janganlah kita
mengikut hawa nafsu.Sebaik-baik pegangan kita adalah akhlak yang suci. Akhlak
yang kita pegang ini adalah ajaran yang tidak sekali-kali boleh digadaikan.
Dengan kita berpegang dengan
akhlak mulia ini dan menunjukkan kerahmatan agama Islam, Insya Allah kita mampu
membawa kesejahteraan dan menjadi contoh kepada semua. Firman Allah dalam surah
Ali Imran, ayat 159:
“Maka Dengan sebab rahmat
(yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah
bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan
kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan
mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila
Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang
bertawakal kepadaNya.”
17. KEBURUKAN ORANG YANG TIDAK BERAKHLAK
Dewasa ini, seringkali
terpampang di dada-dada akhbar dan di corong-corong radio tentang permasalahan
akhlak yang timbul rata-ratanya melibatkan remaja, baik lelaki mahupun
perempuan. Bagi segelintir daripada kita mungkin merasakan ini bukanlah masalah
kita. Asalkan tidak kena pada anak dan saudara mara kita sendiri, maka tak
mengapalah kan?
Pernah suatu ketika Nabi SAW
bertanyakan para sahabat baginda,
“Tahukah kalian, siapakah yang
dimaksudkan dengan orang yang rugi?” Mereka menjawab, “Orang yang rugi menurut
pandangan kami adalah orang yang tidak mempunyai dirham mahupun harta” dan Nabi
SAW bersabda “Orang-orang yang rugi dari kalangan umatku adalah orang yang
datang pada hari Qiamat dengan membawa amal solatnya, puasanya, zakatnya dan
dia membawa seluruh amalannya, sedangkan dia telah mencaci ini dan menuduh itu,
memakan harta ini, dan menumpahkan darah ini, maka akan ditebuskan perbuatannya
ini dari amal kebajikannya dan ini dari amal kebajikannya. Jika telah habis
kebaikannya sebelum seluruh amal kebaikannya dihisab, maka diambilkan dari amal
keburukan mereka (orang yang pernah disakitinya), sehingga seluruh keburukan
mereka dilemparkan kepadanya, kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (HR
Imam Muslim dan At-Tirmizi)
Nah, bagaimana orang yang di
dunianya hebat dengan amal kebaikan baik solat, puasa, mahupun zakatnya boleh
dihumbankan ke neraka? Tidak lain kerana keperibadian dan akhlaknya yang
menyakiti dan menganiayai orang lain (tidak berakhlak mulia) yang
menyebabkannya dihumban ke neraka. Moga kita semua dijauhkan dari mendapat
kerugian yang besar ini. Ameen.
18. SEJAUH MANAKAH HUBUNGAN BERILMU DAN BERAKHLAK
seperti kita ketahui
bahawasanya berilmu dan berakhlak adalah satu hubungan yang tidak dpat
dipisahkan yang mana kedua-duanya ada kaitan antara satu sama lain. Seseorang
yang dikatakan berilmu mestilah dia beramal dengan ilmunya, secara tidak
langsung dapat membentuk akhlak peribadi yang mulia.
Walau baimanapun, ada
segelintir masyarakat yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu dipelajarinyadan
menyebabkan tingkah laku akhlaknya menjadi negative. Sebagai contoh, selalu
mengumpat, sedangkan dia tahu bahawasanya perkara itu adalah haram dari segi
hukumnya, tetapi sudah menjadi kebiasaan mulutnya dengan perbuatan tersebut,
kecualilah jika mengumpat yang diharuskan oleh syara’. Begitu juga dengan
perkara ain seperti menghormati ibi bapa, dan seumpamanya.
Selain itu, seseorang yang
berakhlak tidak semestiya seseorang itu tidak berilmu, kerana orang yang
berilmu itu dia sudah mengetahui pantang larang perbuatan oleh syara’ contohnya
mencuri, seseeorang yang dikatakan berilmu dan beramal dengan ilmunya sudah
mengetahui bahawasanyaperbuatan itu dilarang oleh syara’ secaraa tidak langsung
orang yang berilmu itu tidak akan melakukan perbuatan tersebut dan seterusnya
dapat membebtuk peribadi yang mulia.
19. KESIMPULAN
SUATU hari ketika seorang
hamba membuka sebuah buku yang membincangkan mengenai iman, tanpa disengaja
tajuk taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap
perkataan yang dibaca dan akal berfikir kebenarannya.
Akhirnya dia berkata: “Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya yang telah menyebabkan akhlak dirinya menjadi teruk.
Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat.
Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya.
Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.
Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita dengan Allah dan tabiat dunia yang fana ini.
Akhirnya dia berkata: “Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya yang telah menyebabkan akhlak dirinya menjadi teruk.
Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat.
Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya.
Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.
Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita dengan Allah dan tabiat dunia yang fana ini.
20. RUJUKAN
1. Mohd. Sulaiman Bin Hj.
Yasin, 1992. Akhlak dan tasauf. Yayasan Salman Bangi, Selangor.
2. Syekh Abdul Qodir Bin Abdul
Muttalib Al-Indusi, cetakan baru 2005. Penawar Bagi Hati. Fathani Thailand.
3. Ahmad Izzuddin Abdullah
Khalafullah, 1969. Al-Sayyid Ibrahim Al-Dasuki. Al-Qahirah
4. Muhammad Al- Ghazali, 1974.
Khuluq Al- muslim. Al- Qahirah
5. Syed Muhammad Naquib al-
`Attas. 1993. Islam and secularism. Kulala Lumpur
6. Ramli Awang. 1997. Tasawwur
Rabbani menurut al-Quran dan al-Sunnah. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
7. Ulwan, Nasih, (1995). Pendidikan Anak dalam Islam. Jakarta: Pustaka Amani.
8. Al-Quran resam osmani
7. Ulwan, Nasih, (1995). Pendidikan Anak dalam Islam. Jakarta: Pustaka Amani.
8. Al-Quran resam osmani