Hai Diri semakin lupa dengan dengan kehidupan akhirat dan
sentiasa terpedaya dengan kehidupan dunia yang semantara sedangkan hakikat
kehidupan dunia adalah seperti apa yang digambarkan oleh Allah swt:
“ Dan kehidupan dunia adalah semata-mata keseronokan dan
bermain-main. Dan sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat.
Ini sekiranya mereka benar-benar mengetahui”
Orang yang benar-benar mengetahui tentang kehidupan
akhirat tidak tertipu kehidupan dunia yang melekakan. Orang yang jahil adalah
yang tertipu dengan kehidupan dunia, ini menunjukkan diri ini amat jahil oh
tuhan. Saat-saat kematian semakin menghampiri tetapi diri ini
sentiasa lalai untuk mendapat amal akhirat. Apabila mendapat nikmat dunia, rasa
seronok sehingga terlanggar perintahnya dan meninggalkann ketaatan sedikit demi
sedikit. Apabila Allah menguji dan menarik nikmat tersebut, amat sedih dengan
kehilangan nikmat dunia tetapi sebenarnya Allah hendak mengembalikan diri ini
kepadanya.
Bersedihlah dengan kehilangan amal akhirat bukannya
kehilangan dunia. Ingatlah Allah ingin member I peluang untuk kembali kepadanya
sebelum datangnya saat kematian. Rebutla peluang ini sebaik-baiknya sebelum
terlambat. Nabi saw bersabda:
“Bersegeralah kamu beramal sebelum datangnya tujuh
perkara:
1. Adakah kamu menanti sehingga kamu fakir yang
menyebabkan kamu lupa.
2. Adakah kamu menanti sehingga kamu kaya sangat yang
menyebabkan kamu melampaui batas.
3. Adakah kamu menanti sehingga kamu sakit yang
merosakkan badan kamu.
4. Adakah kamu menanti sehingga kamu tua yang melemahkan
kamu.
5. Adakah kamu menanti sehingga mati yang semakin
menghampiri kamu.
6. Adakah kamu menanti sehingga tibanya dajal. Dajal
adalah seburuk2 benda gaib yang dinanti.
7. Adakah kamu menanti sehingga datangnya kiamat. Kiamat
adalah perkara yang menakutkan dan amat pahit.”
(Hadis riwayat imam Tirmizi.)
Ingatlah wahai diri bahawa setiap apa yang kamu buat akan
dihisab oleh tuhan. Jangan seronok dan leka melakukan apa saja tanpa sedar
Allah murka dengan dirimu. Firman Allah swt:
“Adakah manusia meyangka dia akan dibiarkan begitu sahaja
(tanpa dihisab dan dibalas)?”
(Ayat 36 surah al-Qiamah)
Ingatlah kematian sentiasa mengekori mu. Setiap saat masa
berlalu semakin hampir i dan akhirnya kamu pasti akan bertemu dengannya. Firman
Allah swt:
“ Katakanlah hai Muhammad, sesungguhnya kematian yang
mana kamu lari daripadanya , ia pasti akan menemuimu.”
(Ayat 8 surah al-Jumaah)
Walaupun diri sentiasa melihat kematian tetapi mengapa
tidak menambahkan keimanan kamu dan mendekatkan diri dengan akhirat. Ini adalah
hati yang keras dan hati yang lalai dalam ibadah. Firman Allah swt:
“ Maka celakalah bagi orang-orang yang keras hatinya
daripada mengingati Allah. Mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata.”
(Ayat 22 surah az-Zumar.)
Hati yang keras ini adalah hanya layak untuk neraka
sahaja. Allah sentiasa bertanya bilakah hati ini hendak khusyuk kepada tuhan
dan patuh segala perintahnya. Firman Allah swt:
“ Bukankah sudah sampai masa bagi orang-orang beriman
untuk tunduk khusyuk mereka kepada mengingati Allah dan patuh dengan kebenaran
yang Allah telah turunkan…”
(Ayat 16 surah al-Hadid)
Adakah setelah malaikat mencabut nyawa baru hendak
menyesali terhadap perbuatan-perbuatan yang melampau di dunia. Ketika itu tidak
ada gunanya. Nasi sudah busuk (jadi bubur sedap lagi). Firman Allah swt:
“ Sehinggalah datang kematian kepada salah seorang
mereka. Dia berkata : Hai tuhanku kembalikan aku ke dunia, supaya aku dapat
beramal soleh yang mana telah aku tinggalkan. (jawapan tuhan) Tidak sama
sekali, itu hanya ucapan yang diucapkan (tidak ada gunanya) dan mereka akan melalui
alam barzakh sehinggalah hari mereka dibangkitkan.”
(Ayat 99,100 surah al-Mukminun)
Ingatlah wahai diri sehebat mana ilmu, sebesar mana
mahligai mu, setingga mana pangkat mu, sebanyak mana pengawal mu; itu semua
tidak menghalang malaikat maut untuk mencabutn nyawamu. Firman Allah swt:
“ Dimana sahaja kamu berada, pasti kematian akan
menemuimu sekalipun kamu berada di dalam bangunan-bangunan yang kukuh dan
terkawal.”
(Ayat 78 surah an-Nisa)
Bila mana kamu sudah ingat mati dan menyesal terhadap
perbuatan-perbuatan yang lampau; Ingat penyesalan sahaja tidak berguna, diri
ini kena bangun beramal dan tidak hanya berazam tanpa ada perlaksanaan. Nabi
saw bersabda:
“ Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa
bermuhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang lemah
adalah orang yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan hanya berangan-angan
Allah akan membalasnya dengan syurga (sedangkan tidak beramal).”
(Hadis riwayat Imam al-Hakim)
Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan
akhirat.
Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau
tidak,
Hati ini semakin jauh dari mu, oleh itu bersihkanlah hati
ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman,
Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci,
asalkan engkau menerimaku kembali.
Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan
fitnah dunia dan baik untuk agamaku cabutlah nyawa ini dalam keadaan engkau
reda kepadanya.
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap
agamamu dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanmu....