Sabtu, 22 September 2012

HATI WAJIB DIDIDIK



Cara Mendidik Hati (sambungan kpd Racun Dalam Jiwa)
Hati mesti dididik agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya. Di antara cara-cara mendidik hati ialah:
Pertama:
Ada ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.
Kedua:
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
1. Mujahadatunnafsi
2. Istiqamah
3. Tafakur
4. Bergaul dengan orang yang baik-baik
5. Pimpinan mursyid

A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menempuh tiga peringkat iaitu:
1.Takhalli  - mengosongkan, membuang atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji.
2.Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji.
3.Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan.
Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi( ). Yakni latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu. Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. TAKHALLI
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.
Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah berdasarkan ilmu-Nya.” (Al Jasiyah: 23)
Apabila nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat- Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:
Maksudnya: “Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar.” Bila para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu?” Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif). Kerana itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh, kita pasti dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya.
Hampir semua dari kita ada sifat ego atau sombong ini. Untuk membuangnya, amat susah sekali. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa.
Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah. Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan mampu pulalah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk melawan sifat sombong atau takabur itu.
Latihan yang lebih berkesan lagi ialah kita biasakan diri tinggal bersama dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat. Orang-orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”

Kalaulah amalan ini dibiasakan, insya-Allah sifat ego itu sedikit demi sedikit akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Dan ingatlah selalu firman Allah:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri.” (Luqman: 18)
Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit. Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri.”
Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapat- kannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah. Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.
Latihan ini sangat susah hendak dibuat kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya. Sebab itu Rasulullah ada bersabda:
Maksudnya: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu.”
Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada kita sahaja. Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan ini sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.
Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang telah kita sebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun ianya bukan mudah. Amat susah. Tersiksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun melalui latihan yang bersungguh-sungguh, insya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah. Allah berfirman:
Maksudnya: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Ada orang berpendapat sifat ego itu bagus, ia adalah anugerah untuk menjadi sifat pelengkap seseorang. Maka gunakan pd tempatnya dengan panduan akal dan ilmu. Sebagai penawar dan pengawal sifat ego..hadirkan sifat rendah diri.

Oleh itu sahabat2 sekalian, jangan biarkan ego itu bersendirian dan jangan digabungkan dengan sifat2 keji dalam diri. Tapi gabungkan dengan sifat2 terpuji. Contohnya mempamerkan kebaikan dengan tidak sombong, mempamerkan kemewahan dengan rendah diri, memberi pendapat secara tegas di samping menghormati pendapat orang lain. Opps ada lagi...kalau nak marah dengan muka manis dan kasih sayang.

SOLAT JAMA' & QASAR.


Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 

     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin  mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar

      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).   
 iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.   
 iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).   
 v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5  Contoh Niat

   أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى   
 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1   Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu
Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.      
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratulihram.    
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.   
 iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.   
 v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau
Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
     i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.   
 ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.  

2.3 Contoh Niat


2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى    
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى    
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2  Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى   
 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى   
 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)



SOLAT JUMAAT YANG PERTAMA



Masjid Quba' ( Masjid Pertama)

Khutbah pertama ni berlaku semasa perjalanan hijrah Nabi Muhammad saw dari kota Mekah ke Madinnah..dan sejarah telah mencatatkan bahwa Nabi Muhammad saw juga telah melakukan solat Jumaat untuk pertama kali dalam sejarah Islam di sebuah perkampungan Bani Salim bin Auf, kawasan perkampungan dekat dengan kota Madinah. Inilah perlaksanaan salat Jumaat yg pertama kali dalam sejarah Islam, dilakukan Rasulullah di dalam perjalanan hijrah dari Quba menuju Madinah. Sebelumnya Nabi singgah di perkampungan Quba, dan mendirikan sebuah masjid di sana..sehingga masjid tersebut dinamakan dengan Masjid Quba. Setelah 4 hari berada di Quba, dan setelah selesai pembinaan masjid Quba tersebut, maka Rasulullah melanjutkan perjalanan hijrah berangkat menuju ke Madinah. Nabi berangkat dari Quba di pagi hari Jumaat dan pada saat telah masuk waktu salat Jumaat, turunlah perintah salat Jumaat kepada baginda. Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw segera melaksanakan salat Jumaat yang pertama kali di kampung tersebut walaupun Nabi dalam musafir, perjalanan hijrah menuju ke Madinah. Dalam salat Jumaat yg pertama ini, Rasul telah membacakan khutbah Jumaat yang pertama, menyampaikan pesan2 moral yang sangat penting dalam menghadapi kehidupan baik di dunia maupun di akhirat.

Setelah memuji kebesaran Allah Ta'ala di awal khutbah maka Nabi Muhammad saw berpesan:

"Wahai tuan-tuan sekalian...persiapkanlah segala sesuatu agar kalian selamat. Demi Allah, ketahuilah bahwa setiap daripada kamu akan meninggalkan dunia ini dan akan meninggalkan kambing-kambingnya yang tidak mempunyai pengembala. Nanti di hari akhirat, ingatlah bahwa Tuhan Pencipa alam akan berkata kepadanya: "Bukankah telah datang kepadamu RasulKu yang telah menyampaikan perintah-perintahKu kepada kamu semua? Bukankah Aku telah memberikan kepadamu harta kekayaan dan bukankah kamu telah Kulebihkan (diberi nikmat yang lebih dari cukup). Maka apakah yang engkau dahulukan (persiapkan) untuk dirimu sendiri..?"

Maka orang tersebut (orang yang ditanya pada hari akhirat itu nanti) melihat ke kanan dan ke kiri, tetapi tidak ada yang terlihat olehnya sesuatu apapun, dan dilihatnya ke depan, maka yang nampak baginya adalah neraka jahanam. Oleh sebab itu barangsiapa yang dapat menahan mukanya dari api neraka walaupun dengan sebuah biji kurma, maka hendaklah diperbuatnya. Dan barang siapa yang tidak mempunyai buah kurma untuk melindungi dirinya dari api neraka tersebut maka hendaklah dia mempergunakan perkataan yang baik, sebab kebaikan itu akan dibalas Allah dengan pahala sampai tujuh ratus kali ganda. Dan tuan-tuan akan selamat dengan rahmat Allah dan keberkatan daripadaNya."

Itulah khutbah pertama yang dibacakan Nabi Muhammad saw pada salat Jumaat pertama. Kita dapat lihat bagaimana isi khutbah tersebut yang benar2 merupakan hal yg sangat penting. Rasul memperingatkan umatnya agar menyedari bahwa nanti di akhirat ada hari di mana setiap manusia akan ditanya oleh Allah akan segala nikmat yg telah diberikan. Apakah nikmat harta, nikmat kekayaan, sampai makanan yang diberikan kepada kita telah kita pergunakan sesuai dengan petunjukNya ataupun tidak. Tugas manusia adalah memakai nikmat Allah sesuai dengan keperluan, kemudian selebihnya nikmat tersebut harus dapat dipakai untuk membantu dan menolong orang lain, sehingga dengan pertolongan tersebut kita terhindar dari api neraka. Itulah makna 'tahanlah mukamu dari api neraka walau dengan sebuah biji kurma.'

Jika seandainya tidak ada nikmat dan harta kekayaan yg dapat dipakai untuk menolong orang lain, maka engkau juga harus dapat menahan dirimu dari api neraka dengan melakukan perbuatan yang baik, berkata2 yang baik, berlemah lembut, kepada orang lain. Sebab perkataan yang baik, akhlak yg baik kepada sesama manusia juga akan mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda sehingga dapat menahan diri dari api neraka. "Mempergunakan perkataan yang baik" adalah simbol daripada berakhlak yg mulia kepada sesama manusia. Mempunyai akhlak yg baik, dan membantu manusia yg lain adalah juga merupakan cara untuk terhindar dari api neraka jahanam. Inilah inti dari khutbah yang pertama.

Setelah itu nabi duduk sebentar dan kemudian berdiri kembali membacakan khutbah yang kedua.

TAWAKKAL ANTARA PAKAIAN MUKMIN,


Sifat Bertawakal Sentiasa Menjadi Pakaian Orang Mukmin dan Tidak Berputus asa
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq ayat 3).

Untuk memahami lebih jelas lagi konsep tawakal ini pernah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda.

"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W.  seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Sifat putus asa hanya layak bagi orang kafir. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusof ayat 87).

Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah al-Ra'd ayat 11).

 Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. bagaimana seekor semut bertawakal kepada Allah S.W.T dan kita boleh belajar daripada daripada kisah ini.

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.

Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).

Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?

Pengajaran yang boleh di perolehi :
1. Semut lebih yakin kepada jaminan Allah (bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding "jaminan" manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.

2. Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T.? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah s.w.t. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.

Sahabat,
Seseorang yang mempunyai sifat putus asa hanya boleh di atasi apabila individu tersebut melawan unsur negatif dalam dirinya  dengan azam yang kuat dan tawakal kepada Allah. Oleh itu terdapat beberapa langkah yang perlu di ambil perhatian serius untuk mengatasi sifat putus asa ianya adalah seperti berikut :

1.Tawakal dengan sepenuh hati

2. Yakin dengan janji Allah dan reda dengan segala ketentuan-Nya.

3.Semangat juang yang tinggi.

4.Jangan fikir kesusahan akan berpanjangan kerana ia akan menyuburkan sifat putus asa.

5. Ingatlah bahawa Allah mempunyai sifat-sifat  yang harus iaitu harus melakukan apa saja. Oleh sebab itu, kita sebagai hamba tidak layak merasa putus asa atau apa jua ketetapan Allah untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam setiap perancangan-Nya.

6. Putus asa bukan jalan keluar daripada sebarang masaalah.

Akhir kata marilah sama-sama kita bertawakal kepada Allah S.W.T. tanpa ragu-ragu dan membuangkan segala sifat mazmumah terutama sifat putus asa .Kerana sesungguhnya orang yang beriman tidak akan mempersoalkan ketentuan Allah, ingatlah segala apa yang ditetapkan Allah ke atas diri kita adalah sesuatu yang baik dan ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak mengetahuinya.

MENGENAL MUKMIN DI AKHIRAT.


MENGENALI MUKMIN DI AKHIRAT

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.


MAYAT TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASSYURA (10 MUHARRAM, BERSAMAAN RABU, 7HB JAN 2009)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fa kir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca. "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Rasulullah SAW: “Puasa hari Arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lewat dan akan datang, dan puasa Assyura (tanggal 10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lewat. (HR. Muslim).

Rasulullah s.a.w. bersabda : ”Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” - Riwayat Al Baihaqi

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada saudara-saudara kita yang lain. 

FADHILAT SELAWAT..2


FADHILAT SELAWAT - UNTUK RENUNGAN

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.


FADHILAT SELAWAT

Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas Baginda.

Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.

Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.

Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.

Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.

Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.

Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.

Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui. wallahu'alam.

Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda

Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat
dengan izin Allah sampai ke kuburku. Maka Malaikat berkata "wahai Muhammad!, umatmu telah membaca selawat untuk engkau!" lalu kata Nabi SAW,  " sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari ku (Nabi SAW).

Maka Malikat tadi terus naik ke atas Arasy dan berkata, "wahai Tuhanku, sesungguhnya manusia ini telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu. Maka Allah berfirman, " Sampaikan kepadanya dari Aku sepuluh selawat"

Wallahu'aklam...semoga bermenafaat.

FADHILAT SELAWAT....1


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Selawat yang baik:
Allahumma salli `ala muhammadin abdika warasulika nabiyyil ummiyi wa`ala alihi wa
sohbhii wa barik wassallim
Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada
baginda.(Surah Al-Ahzab-56)
Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus
kali.(Hr Muslim)
Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan malaikat yang memiliki sebuah sayap di dunia timur
dan sebuah sayap lagi di dunia barat, kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah
bumi yang ketujuh, padanya ada
bulu sebanyak bilangan makhluk Allah swt.
Lalu apabila ada seorang laki-laki atau perempuan dari umatku  membaca selawat kepadaku,
memerintahlah Allah swt kepada malaikat itu untuk menyelam dalam laut dari cahaya di bawah
Arasy. Malaikat itu menyelam di dalamnya kemudian keluar dan mengibaskan sayapnya.
Menitislah sebuah titisan dari setiap bulu dan Allah swt menjadikan dari setiap titisan itu malaikat
yang memintakan ampun padanya sampai harl kiamat".
Sabda Nabi s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr
Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.
Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat
bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah
hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)
Riadus Solehin oleh Imam Nawawi