Ulama sepakat menyatakan, tidak harus mengugurkan dan keluar
dari melakukan ketaatan kepada pemerintah, selama pemerintah itu melaksanakan
tuntutan syariat, adil terhadap rakyat dan menguruskan maslahat rakyat dengan
kebaikan.
Walaubagaimanapun, disana terdapat beberapa amalan-amalan
pemerintah yang wajib kepada rakyat mengugurkan mereka dari pemerintahan.
Antara amalan-amalan tersebut adalah seperti berikut;
a. KUFUR ATAU MURTAD
Apabila seseorang pemerintah sudah terkeluar dari Islam
secara nyata, samada dengan murtad atau melakukan amalan syirik, maka wajib kepada
rakyat melakukan beberapa tindakan untuk mengugurkan pemerintah tersebut.
Kewajipan ini didasari kepada firman Allah;
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ
عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
Maksudnya;
“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada
orang-orang kafir untuk orang-orang Yang beriman”
(Surah An-Nisa’ : 141)
Pemerintahan merupakan sebesar-besar jalan dalam kehidupan
umat. apakah ada dalam kehidupan muslim jalan yang lebih besar dari jalan
pemerintahan? Maka dari ayat ini, jelas kepada kita, sekiranya pemerintah
kepada sesebuah Negara telah melakukan amalan yang membawa kepada kafir, maka
wajib kepada rakyat mengugurkan pemerintah tersebut.
Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Ubbadah bin as-somit
R.A berkata;
دَعَانَا النبي (ص) فَبَايَعْنَاهُ
فقال فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا على السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ في مَنْشَطِنَا
وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ
الْأَمْرَ أَهْلَهُ إلا أَنْ ترو كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ من اللَّهِ فيه بُرْهَانٌ
Maksudnya;
“Nabi SAW telah memanggil kami, lalu kami berbaiah
dengannya. Baginda berkata ketika untuk berbaiah, supaya dengar dan taat,
samada ketika kami dalam keadaan cergas, keadaan benci, keadaan susah, keadaan
mudah, pemerintah melakukan kepentingan dirinya terhadap kami. Dan kami tidak
dibenarkan memecat urusan akan ahlinya melainkan dilihat kekufuran terhadap
Allah dengan cara yang nyata disisi kamu. Maka itu adalah buktinya.
Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam An-nawawi mengatakan
bahawa, maksud dengan pemerintah melakukan amalan kufur adalah pemerintah itu
melakukan maksiat.
Dari hadis yang dinyatakan diatas, difahami bahawa wajib
mengugurkan pemerintah yang telah melakukan amalan-amalan yang boleh membawa
kepada kufur.
Al-Kasymiri menyatakan;
ودل – اي هذا الحديث – أيضا على اهل
القبلة يجوز تكفيرهم و إن لم يخرجوا عن القبلة , و أنه قد يلزم الكفر بلا التزام و
بدون أن يريد تبديل المللة
Maksudnya;
“dan menjadi dalil (dari hadis ini) juga, harus mengkafirkan
ahli kiblat, walaupun mereka tidak keluar dari qiblat (masih lagi solat
mengadap qiblat). Dan (ini adalah kerana), kadangkala (ahli qiblat) melakukan
kekufuran dengan tidak iltizam (dengan kekufurannya itu) dan tanpa mahu
mengubah akan “al-millah”[3].
Dari zahir hadis ini, seseorang pemimpin yang telah
melakukan amalan yang membawa kepada kekufuran, maka wajib diusahakan agar
dilucutkan jawatan kepimpinannya itu.
Keadaan ini diakui oleh Al-Qadi ‘Iyad dengan katanya, telah
sepakat ulama atas sesungguhnya kekufuran menyebabkan kepimpinan itu tidak
terakad. Justeru itu, sekiranya berlaku amalan kekufuran dan pengubahan
terhadap syara’, atau perkara bidaah, maka dengan itu, kepimpinannya akan
terkeluar disamping gugurlah ketaatan yang perlu diberikan kepadanya. Menjadi
satu kewajipan kepada muslimun, melucutkannya dari kepimpinannya dengan
menggantikan kepimpinan yang adil sekadar yang berkemampuan dalam melakukannya.
Tindakan melucutkan kepimpinan itu memadai dengan sebilangan dari muslimin
melaksanakannya.
Berkata As-Safaaqasi, ulama sepakat atas sesungguhnya
khalifah yang menyeru kepada kekufuran dan amalan bidaah, maka hendaklah
dilakukan pemberontakan (pemberontakan bukan bermakna menggunakan senjata)
keatasnya.
b. MENINGGALKAN SOLAT DAN MENYERU
KEPADA MENINGGALKAN SOLAT.
Sepertimana kekufuran merupakan antara sebab pemerintah
wajibkan di lucutkan dari pemerintahannya, maka begitujuga wajib menggugurkan
pemerintah yang tidak menunaikan solat, disamping menyeru manusia kepada
meninggalkan solat.
Perlucutan atau mengugurkan kepimpinan sesebuah pemerintah
yang berpunca dari tidak menunaikan solat tersebut, adalah samada dengan sebab
mengingkari kewajipan solat, atau tidak menunaikan solat kerana bermudah-mudah
dengan solat atau dengan sebab malas menunaikan solat.
Dalil bagi menguatkan kenyataan ini adalah hadis, daripada
Buraidah berkata, bersabda Nabi SAW;
العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن
تركها فقد كفر
Maksudnya;
“perjanjian diantara kami dan antara kamu adalah solat.
Barangsiapa meninggalkannya, maka ia telah menjadi kafir”
Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
daripada Auf bin Malik yang berkata, bersabda Nabi SAW;
خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ
وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عليهم وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ
الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ
قِيلَ يا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فقال لَا ما أَقَامُوا
فِيكُمْ الصَّلَاةَ
Maksudnya;
“sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu
sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu menunaikan solat atas mereka,
dan mereka menunaikan solat atas kamu. (adapun) sejahat-jahat pemerintah kamu
adalah mereka yang kamu marah, dan mereka marah kepada kamu, kamu melaknat
mereka dan mereka melaknat kamu. Berkata (Auf), kami berkata : Wahai Rasulullah
SAW; apakah boleh kami boleh menyerang mereka dengan pedang? Berkata (nabi) ;
tidak boleh, selama mereka menunaikan solat”
Dari hadis ini difahami, sekiranya pemerintah meninggalkan
solat, maka selayaknya mereka diserang.
Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan
lainnya, daripada Ummu salamah R.Ha yang berkata;
إنه يُسْتَعْمَلُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ
فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ فَقَدْ سَلِمَ
وَلَكِنْ من رضي وَتَابَعَ قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ ألا نُقَاتِلُهُمْ قال لَا ما
صَلَّوْا
Maksudnya;
“sesungguhnya kamu diperintah oleh pemerintah, kamu
mengenali mereka, tetapi kamu ingkari mereka. barangsiapa yang benci, maka dia
bebas. Barangsiapa yang ingkar, maka dia selamat, melainkan orang yang redha
dan mengikuti (mereka). berkata (sahabat), Wahai Rasulullah, apakah tidak
(boleh) kita menyerang mereka? berkata nabi SAW; tidak boleh, selama mereka
menunaikan solat”
Dari hadis ini, jelas kepada kita bahawa, selagi pemerintah
itu menunaikan solat, maka tidak boleh mengugurkan jawatan kepimpinannya. Dari
itu, mafhum mukhalafahnya, sekiranya pemerintah itu tidak menunaikan solat,
maka wajib menyerang mereka. pun begitu, perlu diketahui, serangan itu
hendaklah dijadikan sebagai wasilah yang terakhir.
c. TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM
ALLAH.
Antara sebab pemerintah itu digugurkan pemerintahannya
adalah bersebabkan mereka tidak berhukum dengan hukum Allah. ini didasari
kepada nas-nas berikut;
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, daripada Yahya bin
Al-Hushain, daripada neneknya, ummu Hushain berkata;
سمعت رَسُولَ اللَّهِ (ص) يقول إن
أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجَدَّعٌ فَاسْمَعُوا له وَأَطِيعُوا ما قَادَكُمْ
بِكِتَابِ اللَّهِ
Maksudnya;
“Aku dengar Rasulullah SAW berkata; sekiranya kamu
diperintah oleh hamba habsyi yang luas lubang hidungnya, maka hendaklah kamu
dengar dan taat terhadapnya, selama dia melaksanakan kitabullah”
Dari hadis ini, jelas kepada kita, dengar dan ketaatan hanya
diberikan kepada mereka yang melaksanakan hukum Allah. adapun pemerintah yang
tidak berhukum dengan hukum Allah, maka wajib digugurkan mereka dari
pemerintahan mereka.
d. MELAKUKAN KEFASIQAN, ZALIM DAN
BIDAAH
Ulama telah sepakat menyatakan, tidak teraqad pemerintah
yang dilantik sedangkan ia adalah seorang yang fasiq. Imam Al-Qurtubi
menyatakan;
لا خلاف بين الأمة أنه لا يجوز أن
تعقد الإمامة لفاسق
Maksudnya;
“Tiada khilaf dikalangan umat, sesungguhnya tidak harus
diaqadkan kepimpinan bagi orang Fasiq”
Walaubagaimanapun, ulama berkhilaf tentang kefasikan yang
dilakukan oleh pemerintah di kala dia memerintah, sedangkan pada awal
perlantikan, dia tidak fasiq.
Ulama-ulama yang menyatakan wajib mengugurkan jawatan
pemerintah yang fasiq adalah, Imam Al-Qurtubi, pendapat qaul qadim Imam
As-Syafii, setengah ashab as-syafiiyyah dan satu pendapat yang masyhur dari Abu
hanifah.
Imam Al-Qurtubi menyatakan;
الثالثة عشرة الإمام إذا نصب ثم فسق
بعد أنبرام العقد فقال الجمهور إنه تنفسخ إمامته ويخلع بالفسق الظاهر المعلوم لأنه
قد ثبت أن الإمام إنما يقام لأقامة الحدود وأستيفاء الحقوق وحفظ أموال الأيتام ……..”
Maksudnya;
“yang ke tiga belas, pemerintah yang dilantik kemudian
menjadi fasiq setelah perlantikan. Berkata jumhur, sesungguhnya terfasakh dan
tercabut kepimpinannya dengan sebab fasiq yang zahir dan dimaklumi. Ini adalah
kerana, sesungguhnya telah sabit bahawa kepimpinan hanyasanya dilantik untuk
melaksanakan hudud, menyempurnakan hak-hak, menjaga harta anak yatim……”
Adapun ulama yang mengatakan tidak wajib mengugurkannya
adalah, Qadhi Iyad dan sebilangan besar dari Fuqaha’ dan Muhaddisin.
Walaubagaimanpun, mereka mewajibkan memberi nasihat dan peringatan kepada
pemerintah yang melakukan amalan fasiq.
PENUTUP
Tulisan ringkas ini sekadar menerangkan balik disebalik
kekeliruan yang telah ditimbulan oleh satu golongan yang membataskan ketaatan
kepada pemerintah selagi pemerintah menunaikan solat.
Empat perkara yang dinyatakan di atas, adalah perkara yang
disepakati oleh ulama atas mewajibkan diambil tindakan terhadap pemerintah bagi
mengugurkan mereka dari pemerintahan.
Pun begitu, disana terdapat beberapa perkara yang dikhilafi
oleh ulama dalam mengugurkan kepimpinan seseorang pemerintah, seperti pemimpin
yang tidak mempunyai pemikiran yang cergas dalam pemerintahan dan tidak
berupaya untuk mengurus Negara dengan baik.
Tulisan ini tidak habis sekadar itu. Akan datang, penulis
akan membincangkan beberapa tajuk yang berkaitan dengan perbincangan ini juga,
seperti perbincangan tentang serangan terhadap pemerintah, adakah boleh
menggunakan senjata atau tidak dan juga perbincangan tentang amalan demokrasi
yang menjadikan rakyat sebagai hakim dalam menentukan sesuatu kepimpinan. Insya
Allah !!!!
Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dan kerahamatan
dari Allah.
Sekian
Wallahu ‘Alam