Allah akan menggantikan kejahatan
mereka dengan kebaikan
Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman
serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan
(pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
Allah suka dan gembira terima
taubat
Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw
bersabda, “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya
melebihi kesenangan seorang yang menemukan kembali tiba-tiba untanya yang telah
hilang daripadanya di tengah hutan.”
(Bukhari – Muslim)
Didalam hadis yang lain-
Sesungguhnya Allah lebih gembira atas taubatnya seorang
hamba daripada:
~~orang yang kehausan lalu menemukan sumber air,
~~dan lebih gembira daripada wanita yang mandul yang
dapat melahirkan
~~dan lebih gembira daripada orang yang kehilangan lalu
menemukan yang hilang itu.
Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang
murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota
tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat
menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum
ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani
Allah terima taubat.
Maidah [39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia
melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya
Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Taubat sebelum nyawa sampai ke
halkum
Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia
lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada
halkumnya.”
[ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi]. Nabi
mengatakan bahwa ALLAH bersedia menerima taubat manusia, tetapi ALLAH
meletakkan syarat; iaitu selagi mana roh tak sampai di halkum. Pasai tu lah
ALLAH tak terima taubat Firaun, yang last second baru dia sebut dia beriman
dengan Tuhan Musa. Jadi, dia tidak menepati syarat yang Tuhan tentukan. Lagi
pun, sebelum ditenggelami laut, kata-kata Firaun untuk beriman dengan ALLAH bukanlah
daripada hati kecilnya, tetapi kerana dia tersepit.
Taubat sebelum matahari terbit di
Barat
Dari Abu Musa r.a. dari Nabi saw katanya “Allah Azza wa
Jalla membentangkan tanganNya malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang
bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya siang hari untuk menerima
taubat orang-orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat.
(Riwayat Muslim)