Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar
Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut
ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat
menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa
yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan
dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang
berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak
juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut
ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud,
Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah
bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang
mendapatkan keredhaan dari Allah. dan 4 golongan tersebut ialah ;
1) Orang yang bertanya/belajar
2) Orang yang mengajar
3) Orang yang mendengar
4) Orang yang cinta orang yang berada dalam majlis ilmu.
jangan kita jadi orang yang ke 5 benci kepada orang
menuntut ilmu dan kepada orang yang mengajar ilmu...
42 Hadis Kelebihan Menuntut Ilmu..
Hadis 1
Daripada Abu Amamah r.a berkata: Telahdisebut disisi
Rasulullah s.a.wdua oranglelaki. Pertama orang yang abid (ahli ibadat) dan
kedua orang yang alim. Maka Rasulullahs.a.wbersabda: ³Kelebihan orang yang
alimatas orang yang abid seperti kelebihankuatas yang paling rendah
daripadamu´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 2
Kehebatan Orang Yang Alim
‡Daripada Abdullah Bin Abbas r.a berkata:Telah bersabda
Rasulullah s.a.w: ³Seorangyang alim itu lebih kuat pengaruhnya atassyaitan daripada
seribu abid (yang tidak alim).
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah
Hadis 3
Ilmu Mengangat Martabat Manusia
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah ditanya
Rasulullah s.a.w:³Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Lalu Nabi
s.a.w menjawab: ³Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling
taqwa´. Seterusnya mereka berkata lagi: bukan ini yangkami tanyakan! Lantas
Nabi menjawab pula: ³Kalau begitumungkin yang kamu maksudkan itu Nabi Yusuf a.s
keranaBaginda adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak kekasih Allah´.
Mereka berkata lagi: bukan ini yang kami tanyakan! TerusNabi menjawab lagi:
³Apakah kamu bertanya tentang tokoh-tokohdari bangsa Arab?´ Mereka menjawab:
Ya! Lalu Bagindabersabda: ³Orang yangbaik pada zaman jahiliyah dahulu, itulah
juga orang-orangyang baik di zaman Islam ini, apabila mereka alimdengan hal-hal
agama´
Hadis 4
0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telahbersabda
Rasulullah s.a.w: ³Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika
iadiperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia
tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinyasendiri (tidak menyusahkan orang
lain)´.
Hadis Riwayat Razain
Hadis 5
Macam-macam Jenis Ulama
‡Daripada Anas r.a berkata: Bahawa Nabi s.a.w bersabda:
³Ulama itu ada tiga jenis. Pertamaorang yang alim yang hidup dengan ilmunya
(mengamalkan ilmunya) dan masyarakat jugahidup dengan ilmunya. Kedua orang yang
alimyang masyarakat mengambil manafaat denganilmunya tetapi dia sendiri
membinasakandirinyanya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketigaorang alim yang hidup
dengan ilmunya(mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manafaat
dengan ilmunya´.
Hadis Riwayat Dailami
Hadis 6
Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
‡Daripada Abu Darda¶ r.a berkata: Aku telah mendengar
Nabi s.a.w bersabda: ³Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmubererti ia
telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalansyurga. Sungguhnya para
malaikat menghamparkansayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu.
Dansesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit danbumi meminta ampun
bagi orang yang alim sehingga ikanyang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan
orang yangalim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnamaatas
sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama¶ itu pewaris Nabi-nabi. Dan
para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang
perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Makabarangsiapa mengambil
ilmu bererti ia telahmengambil habuan yang paling sempurna´.
Hadis Riwaat Abu Daud
Hadis 7
Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan
‡Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ³ Tuntutlah
ilmuwalaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajibatas setiap orang
Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut
ilmu keranaredha dengan apa yang mereka tuntut´.
Hadis Riwayat Al Bara
‡Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ³Menuntut ilmu
ituwajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkanilmu itu disisi
orang yang tidak ahlinya seperti memberikanrantai permata, mutiara dan emas ke
leher babi´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 8
0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telahbersabda
Rasulullah s.a.w: ³Barangsiapayang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya
sudah tentu Allah menjadikannyaseorang yang mengerti dengan hal-hal agama´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 9
Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid
‡Daripada Anas r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa
keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia
kembali´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 10
Pelajar Agama Diampun Dosanya
‡Daripada Sakhbarah r.a berkata: BersabdaRasulullah
s.a.w: ³Barangsiapa mencari ilmumaka yang demikian itu akan
menghapuskandosa-dosanya yang lalu´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 11
Pelajar Agama Dijamin Rezekinya
‡Daripada Ziyad Bin Al-Harith berkata:Bersabda Rasulullah
s.a.w: ³Barangsiapamencari ilmu maka Allah Taala menjaminuntuk mencukupkan
rezekinya´.
Hadis Riwayat Al Khotib
Hadis 12
Carilah Ilmu Sebelum Ia Dipertikaikan
‡Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata:Bersabda Rasulullah
s.a.w: ³Carilah ilmusebelum lahir orang-orang yang sukamempertikaikan
nilai-nilai agama´.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 13
Carilah Ilmu Sebelum Ia Hilang
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: BersabdaRasulullah
s.a.w: ³Belajarlah ilmu fardu aindan al-Quran, dan ajarkanlah akan dia
kepadaorang lain, kerana aku akan meninggal dunia´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 14
Kelebihan Mempelajari Al Quran
‡Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Bersabda
Rasulullah s.a.w: ³Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran
danmengajarkannya kepada orang lain´.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 15
Orang Alim Itu Tawadhuk
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda : ³Tuntutlah ilmudengan bersungguh-sungguh, dan tentutelah bersama
ilmu itu akan ketenteramandan kewibawaan. Dan hendaklah kamubersifat tawadhuk
bagi guru yang kamubelajar kepadanya´.
Hadis Riwayat At Tabrani
Hadis 16
Kesudahan Pencari Ilmu
‡Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda: ³Orang yangberilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmuyang
didengarinya sehingga adalahkesudahannya itu di dalam syurga´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 17
Ilmu Dan Amal Di Syurga
‡Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
³Orang yang alim, ilmu dan amal itu ketiga-tiganya itu di dalam syurga.
Danapabila orang alim tidak mengamalkanilmunya maka ilmu dan amal itu tetap di
dalam syurga, sedang si alim itu akandimasukkan ke dalam neraka´.
Hadis Riwayat Al Dailami
Hadis 18
Hikmah Idaman Orang Beriman
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda:
³Perkataan hikmah itu adalahidaman orang-orang yang beriman. Makamana sahaja ia
menemukannya maka pasti iaakan mengambilnya´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 19
Hakikat Ilmu
‡Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi s.a.w
bersabda: ³Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya
adalahsesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertamaayat yang jelas. Kedua sunnah
Nabi s.a.w yang ditegakkan (amalkan). Ketiga kewajipanyang adil´.
Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 20
Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu
‡Daripada Abu Waqid Al Laithi r.a berkata: Ketika Nabi
s.a.w sedang duduk (bersama2 sahabatnya dalam majlis ilmu) di dalam masjid,
tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terusmenyertai majlis Nabi s.a.w. orang
yang pertama ia melihat adatempat yang kosong di tengah2 halaqah, maka ia pun
terusduduk di sana. Orang yang kedua hanya duduk di belakangmajlis. Adapun
orang yang ketiga (kerana ia melihat orangramai maka ia rasa malu masuk ke
majlis ilmu itu) maka terusia pergi ke tempat lain. Maka setelah selesai Nabi
s.a.w daripada percakapannya lalu Baginda bersabda: ³Hendakkahkamu aku beritahu
tentang tiga orang yang baru datang tadi? Yang pertama ia bersungguh mencari
ilmu maka Allahmemberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia merasa malu(tidak
bersungguh2) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberi ilmu yang baik).
Adapun yang ketiga maka iaberpalingdari Allah maka Allah pun berpaling
jugadaripadana´.
Hadis 21
Jangan Menyembunyikan Ilmu
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda: ³Barangsiapaditanya tentang suatu ilmu lalu iamenyembunyikannya, maka
ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekangdaripada api neraka´.
Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi
Hadis 22
Jadikan Diri Sebagai Pintu Hidayah
‡Daripada Sahal Bin Saad r.a berkata: Nabi s.a.w
bersabda: ³Demi Allah, bahawamemberi petunjuk oleh Allah akan seorangdengan
sebab engkau, maka itu lebih baik daripada unta yang merah (sejenis
kenderaanyang paling mahal pada zaman dahulu)´.
Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 23
Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru
‡Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering
datang menemui Abi Said Al Khudri r.a,lalu beliau berkata: Selamat datang
wasiat Rasulullah s.a.w, kerana sesungguhnyaRasulullah s.a.w bersabda bagi
kami:³Sesungguhnya umat manusia akan datangmengikuti kamu. Dan sesungguhnya
orangramai akan datang menemui kamu dari seluruhdunia. Mereka datang untuk
belajar ilmu agamadaripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang,maka wasiat ku
pada kamu hendaklah kamumelayani mereka dengan baik´.
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah
Hadis 24
Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu
‡Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda: ³ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Makahendaklah
kamu sering bertanya semoga kamudiberi rahmat oleh Allah Taala. Makasesungguhnya
dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang
yangbertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketigaorang yang mendengar jawapan itu.
Keempat orang yang cinta kepada mereka´.
Hadis Riwayat Abu Naim
Hadis 25
Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan
‡Daripada Sahal Bin Said r.a berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda: ³kebaikan itulaksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada
anak kuncinya. Maka untungsekali bagi seseorang hamba yang telahdijadikan Allah
sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dancelaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan´.
Hadis Riwaat Ibnu Maah
Hadis 26
Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian
‡Daripada Yazid Bin Salmah r.a berkata: Akuberkata kepada
Rasulullah s.a.w: bahawa akusangat banyak mendengar hadis daripadaengkau, dan
aku takut bahawa yangkemudiannya melupakan yang pertamanya.Maka beritahukan
kepadaku wahai Rasulullahdengan satu kalimat yang ringkas sekali,sebagai
kesimpulan daripada segala yang akudengar. Maka Rasulullah s.a.w
bersabsa:³Bertaqwalah engkau kepada Allah pada barangyang engkau ketahui.
Hadis Riwaat Ibnu Maah
Hadis 27
Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan Pendengarnya
‡Daripada Sahal Bin Said r.a berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda: ³Kebaikan itulaksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada
anak kuncinya. Maka untungsekali bagi seseorang hamba yang telahdijadikan Allah
sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dancelaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan´.
Hadis Riwaat Ibnu Maah
Hadis 28
Semua Penuntut Pasti Untung
‡Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a berkata:Bersabda
Rasulullah s.a.w: ³ Barangsiapamencari ilmu lalu ia mendapatkannya makabaginya
dapat dua pahala. Dan barangsiapamencari ilmu tetapi ia tidak
mendapatkannyamaka baginya dapat satu pahala ´.
Hadis Riwayat Al Darami
Hadis 29
Kelebihan Mengajar Ilmu
‡Daripada Ibnu Mas¶ud r.a berkata: Rasulullahs.a.w
bersabda: ³ Semoga Allah memberikankebaikan dan keindahan akan seorang
yangmendengar daripada kami sesuatu lalu iamenyampaikannya kepada orang lain.
Makabarang kali orang yang mendengar itu lebihmengambil manafaat daripada orang
yangmenyampaikannya ´.
Hadis Riwayat At Atirmizi
Hadis 30
Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit
‡Daripada Abdullah Bin Umar berkata: Rasulullahs.a.w
bersabda: ³ Sampaikanlah apa yang kamudengar daripadaku walaupun hanya satu
ayat.Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil, maka
tidak mengapa yangdemikian itu. Dan barangsiapa secara sengajaberbohong atas
namaku maka hendaklah iamenyediakan dirinya masuk dalam api neraka ´.
Hadis Riwayat Bukhari, At Atirmizi
Hadis 31
Ambil Berkat Rasulullah dan Ulama•
‡Daripada Mahmud Bin Rabiq r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda:
³ Saya masih ingat ketika Rasulullah s.a.w menyembur (menghembuskan air) ke
muka saya dari sebuahtimba daripada air telaga yang ada di kawasanrumah kami,
dan saya ketika itu baru berumur lima tahun ´.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim
Hadis 32
Hati-hati Bila Menyampaikan Ilmu
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: ³ Aku telahingat
daripada Rasulullah s.a.w dua jenis ilmu. Adapun yang pertama maka telah aku
sebarkankepada kamu semua ( para tabi¶in). Adapunyang satu lagi, seandainya aku
sampaikankepada kamu nescaya akan dipotong leherku ini ´.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 33
Semua Sabda Nabi Adalah Benar
‡Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Adalah aku
menulissegala sesuatu yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w,lalu orang2
Quraish melarang aku daripada yang demikianitu dan merika berkata: Apakah
engkau menulis segalasesuatu yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w,
sedangkanbeliau adalah seorang manusia biasa yang bercakap2 dalamkeadaan redha
dan marah. Maka aku berhenti daripadamenulis segala perkataan Rasulullah s.a.w
yang aku dengar,sampai suatu masa maka aku menyebutkan yang demikianitu bagi
Rasulullah s.a.w. Maka Baginda bersabda: ³Tulislaholehmuapa2 yang aku katakan.
Maka demi Tuhan yangdiriku di dalam kekuasaannya, tiada keluar daripada mulutku
ini kecuali perkataan yang benar´.
Hadis 34
Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari
kalangan orang Ansar telah datangmengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w.
Iaberkata: Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telahmendengar perkataanmu dan aku
sangat kagumdan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menhafaznya.
Maka apa yang perlu akulakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: ³Hendaklahengkau
menggunakan tangan kananmu´. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang
iadengarkan´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 35
Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang Kurang Pandai
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telahberkhutbah
Rasulullah s.a.w akan suatukhutbah. Lalu Abu Hurairah menyebutkanbahawa
Rasulullah s.a.w menyebutkan di dalamkhutbahnya itu satu kisah yang panjang.
Dan pada akhir hadis itu disebut bahawa Abu Syahberkata bagi Rasulullah. Wahai
Rasulullah! Tolong tuliskan untuk ku isi khutbah tadi. MakaRasulullah s.a.w
bersabda: ³Tolong tuliskanuntuk Abu Syah´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 36
Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas Ilmunya
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Tiada adadari
keseluruhan sahabat Rasulullah s.a.w orangyang paling banyak meriwayatkan hadis
lebihdaripada aku, kecuali Abdullah Bin Umar, makadia lebih banyak daripada
aku, kerana diamenulis dan aku tidak menulis.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 37
Apabila Ulama• Dimatikan Allah
‡Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w
bersabda: ³sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan
dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akanmenghilangkan ilmu
dengan mematikan paraulama¶. Sehingga apabila sudah tiada para ulama¶,manusia
akan melantik pemimpin mereka daripadakalangan orang-orang yang jahil, lalu
mereka akanditanya hukum sesuatu masalah, maka merekamenjawab atau berfatwa
tanpa ilmu pengetahuan.Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain´.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi
Hadis 38
Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia Diangkat
‡Daripada Abu Amamah r.a berkata: Rasulullahs.a.w
bersabda: ³ Tuntutlah ilmu sebelum iadicabut. Dan maksud ilmu itu dicabut
ialahdiangkat dari permukaan bumi ini. Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan
menggambarkan jari tangan telunjuknya sambil bersabda: orangyang alim dan orang
yang belajar ilmu itubersama-sama dalam mendapatkan pahala. Danorang yang lain
dari mereka berdua sudah tidak ada apa-apa kebaikan´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 39
Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah Diangkat
‡Daripada Abu Darda¶ r.a berkata: Pada suatu masa kami
bersama Rasulullah. Lalubaginda mengangkatkan pandangan ke arah langit,
kemudian Baginda bersabda:Inilah masanya ilmu itu dicabut daripada manusia
sehingga mereka sudah tidak dapat lagi untuk menahannya. Maka berkata Zaid Bin
Labid Al Ansari r.a:Bagaimana ilmu itu dicabut daripada manusia sedangkan kami
masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami akan sentiasa membaca Al Quran dan
mengajarkannyakepada anak2 kami dan isteri2 kami. Lalu Baginda bersabda:
Celakalah ibumu(kerana kehilangan kamu) wahai Zaid! Aku sebenarnya menganggap
engkau dari kalangan ulama¶ di negeri Madinah ini. Cuba lihat! Ini kitab Taurat
yang ada di kalangan orang2 Yahudi. Dan ini kitab Injil yang ada di kalangan
orang2 Nasrani. Apakah kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi
faedah kepadamereka? Berkata Jabir r.a: lalu aku datang menemui Ubadah Bin
Shomit r.a danaku berkata kepadanya: apakah engkau pernah mendengar apa yang
diriwayatkanoleh Abu Darda¶ seperti yang tersebut pada hadis tadi? Maka Ubadah
berkata:benar apa yang dikatakan oleh Abu Darda¶ itu. Dan kalau engkau mahu
maka akuakan ceritakan kepadamu akan ilmu yang pertama sekali diangkat dari
manusia! Ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia itu ialah khusyuk
(dalam solat).Barangkali engkau masuk ke dalam sebuah masjid yang besar maka
engkautidak mendapati dari sekian banyak orang yang hadir di dalam itu
akanseorang lelaki yang khusyuk dalam sembahyangnya´.
Hadis 40
Ikhlas Dalam Mencari Ilmu
‡Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata: Rasulullahs.a.w
bersabda: ³ Barangsiapa mencari ilmuuntuk menandingi para ulama¶
ataumengalahkan orang2 yang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia
kepadanya,maka orang ini akan dimasukkan Allah ke dalamapi neraka ´.
Hadis Riwayat Tirmizi
Hadis 41
Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda:
³ Sebaik-baik sedekah itu bahawamuslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian
diamengajarkannya akan saudaranya yang muslim´.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 42
Pahala Yang Berterusan
‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda:
³ Apabila mati seorang anak Adammaka terputuslah segala amalannya kecuali yang
datang dari tiga sumber. Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi
manafaat.Ketiga anak yang soleh yang mendoakanbaginya ´.
Hadis Riwayat Muslim