Selasa, 29 Mei 2012

SOLAT KHAUF.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan solat khauf?
Maksud solat Khauf ialah apabila timbul dalam perasaan hati rasa bimbang, takut atau curiga tentang sesuatu perkara yang tidak diingini akan mengenai dirinya atau hilang sesuatu perkara yang disayaginya.

2. Perbedaan antara solat ketika aman dan solat Khauf, dari segi rukun dan syaratnya?
Perbezaan nya hayalah diPERMUDAHKAN Syaratnya2 ketika melakukan solat Khauf.

3. Adakah wajib mengkhadaqa' solat Khauf?
Jika sekiranya keaadan tidak merasa aman, harus dikerjakan solat diawal waktu.
Tetapi jika kembali aman dan waktu solat bagi waktu tersebut masih ada, wajib mengulagi solatnya dengan sempurna.

4. Dalam solat Khauf disunatkan membawa senjata, apakah jenis senjata yang disunatkan?
Yaitu jenis senjata yang boleh membunuh sepertimana Lembing, Keris, senjata api dan seumpamanya.
Peralatan peperangan sepertimana perisai, topi besi dan seumpamanya  ( yang diperbuat daripada besi ) adalah dilarang ketika solat Khauf.

5. Khaifiat solat Khauf.
Ada empat cara melakukan nya yang dipilih olih Imam Syafi'e daripada enam belas disebabkan kerana ia yang terlebih hampir kepada yang tinggal daripada solat dan hanaya sedikit sahaja perubahan nya.
Seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Ibn Hajjar, Ada pun yang laian daripa empat cara tersebut jika dilakukan masih dikira sah cuma yang empat ini adalah yang dianggap lebih baik berpandukan kepada Hadith yang soheh.

6. Empat cara melakukan solat Khauf.


1. Rasullullah SAW pernah mengerjakan solat Khauf ketika berada di 'Usfan, pada ketika itu musuh-musuh Islam berada diarah Qiblat dan pada ketika itu ramai tentera Islam berada bersama dengan Rasullullah SAW, tidak ada suatu pun yang memisahkan antara tentera Islam dan tentera kuffar.
Rasullullah SAW mengimani solat dengan mengadap kerah Qiblat dan membahagikan makmum dengan dua sof.
Semasa rukuk, hanya sof pertama sahaja yang rukuk bersama dengan Rasullullah SAW, manakala sof yang kedua masih qiam. Apabila Imam dan makmum bagi sof pertama bangkit daripada rukuk, Baharulah makmum pada sof kedua rukuk.
Apabila makmum sof kedua bangkit daripada rukuk, baharulah imam serta makmum sof pertama turun sujud,manakala makmum pada sof kedua masih tegap berdiri.
Apabila Imam dan makmum pada sof pertama berdiri kerakaat seterusnya, baharulah makmum pada sof kedua turun sujud, sehinggalah makmum pada sof kedua sempat qiam bersama imam pada rakaat berikutnya.
Begitulah seterusnya dengan melakukan kaedah tersebut mereka akhirnya dapat bersama-sama imam ketika duduk serta membaca Tasyhud akhir dan memberi salam beserta dengan Imamnya.

2. Rasullullah SAW pernah melakukan disuatu tempat bernama Batn al-Nakhl, dimana terdapat musuh bukan daripada arah Qiblat.
Rasullullah SAW membahagikan tentera Islam kepada dua kumpulan dan mengerjakan dua kali solat.
Kumpulan pertama mendirikan solat, dan kumpulan kedua berjaga-jaga. Apabila selesai kumpulan kedua pula mendirikan solat bersama dengan Rasullullah SAW, ini bermakna Rasullullah SAW mendirikan solat dua kali.
" Solat yang didirikan oleh Rasullullah SAW bersama dengan kumpulan pertama itu adalah dianggap solat fardhu manakala solat kali kedua bersama dengan kumpulan kedua adalah dikira solat sunat sahaja yang didirikan oleh Rasullullah SAW "


3. Rasullullah SAW pernah mendirikan solat Khauf disuatu tempat yang bernama Zati al-Riqa'.
Yang mana terdapat musuh Islam kearah Qiblat tetapi terlindung daripada penglihatan.
Rasullullah SAW membahagikan tentera Islam kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bersolat bersama Rasullullah SAW, satu kumpulan lagi berdiri memnghadap kearah musuh untuk mengawal keadaan. Ketika berdiri ke rakaat kedua kumpulan pertama yang solat bersama dengan Rasullullah SAW berniat mufaroqoh dan bersolat bersendirian untuk segera selesai solat, Rasullullah SAW memperlambatkan bacaan dalam solatnya agar kumpulan pertama selesai, maka kumpulan kedua sempat menjadi makmum pada solat tersebut..
" Apabila Rasullullah SAW memberi salam, makmum daripada kumpulan kedua akan menambah mana-mana rakaat yang tidak diperolihinya bersama dengan Imamnya "

4. Rasullullah SAW pernah mengerjakan solat ketika dalam peperangan yang amat kritikal, yang mana musuh akan menyerang pada bila-bila masa sahaja, sedangkan solat wajib dilaksanakan pada waktunya dan tidak boleh ditangguhkan. Dalam keadaan demikian dikecualikan daripada menghadap Qiblat kerana darurat.
" Cuma jika sekiranya (mampu ) kepalanya sahaja menghadap Qiblat ketika rukuk dan sujud "
Dalam suasana sedemikian pun dituntut berjemaah walaupun berlainan arah Qiblat kerana darurat.
Juga diharuskan dengan pergerakkan yang banyak seperti menikam dan memukul walupun berturut-turut, berjalan dan berlari, diharuskan juga memegang senjata walaupun terdapat najis pada nya, dibolehkan berteriak, bertempik. Walau bagaimana [un ada pendapat solat yang sedemikian wajib diqada' dan ada pula pendapat laian mengatakan tidak perlu diqada'

Wallahu'aklam..

Sumber rujuk....drp kitab Furu' Al- Masa'il...