TAJUK 1.1 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN
Kaedah Talaqqi Musyafahah
Kaedah Tasmik
Kaedah Tadarus
Kaedah Tikrar
Kaedah Imla’i
Kaedah Baghdadiah
Kaedah Iqra’
Kaedah Qiraati
Kaedah Hattawiah
1.1.1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH
Pengenalan
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Talaqqi
Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.
Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut ) Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu. Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.
Objektif
1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3. Membaca dengan betul dan fasih.
4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.
Ciri-Ciri
1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.
Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan. Guru menulis di papan tulis.
11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12. Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13. Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.
1.1.2. KAEDAH TASMIK
Pengenalan
Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar.
Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Objektif
1. Mengetahui pencapaian murid.
2. kenal pasti tahap pencapaian.
3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian
Pelaksanaan
1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.
2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.
Kekuatan
1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.
4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat
5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.
1.1.3. KAEDAH TADARUS
Pengenalan
Pada bahasa : Belajar mengajar
Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.
Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.
Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran sesama murid
2. Guru dapat memantau pencapaian murid.
3. Murid mendapat keyakinan diri.
4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.
Prinsip
1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.
2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.
Pelaksanaan :
1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.
2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat kemahiran.
3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.
4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.
Kekuatan
1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.
2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif
3. Berani mencuba
4. Membina keyakinan diri.
1.1.4. KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan)
Pengenalan
Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali
Pada Istilah :
Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali. Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.
Objektif:
1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.
2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal.
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.
Pelaksanaan:
1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.
Kekuatan:
1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.
1.1.5. KAEDAH IMLA’I
Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.
1.1.6. KAEDAH BAGHDADIAH
Pengenalan
Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah. Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisa berperingkatperingkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam. Kaedah Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman. Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.
Kaedah Baghdadiah
Kaedah Baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut. Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah secara latihtubi hingga hafaz. Dengan cara menyebut nama huruf dan selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya. Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimahkalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata. Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.
Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi. Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`.
Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surahsurah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha. Walaupun murid-murid itu belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek. Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.
Panduan kaedah Baghdadiah
1.Secara latihtubi hingga Mengenal huruf-huruf hijaiyah tanpa baris dari huruf ا - ي sehingga hafaz.
2. Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
3. Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
4. Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung serta membunyikannya. .
5. Murid diajar mengeja huruf yang bertanda mati dan bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.
6. Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf bertanda .dan serta membunyikannya. ْ . .mati dan bersambung dengan “
7. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.
8. Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih. Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
9. Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
10. Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas hingga an-Naba`.
11. Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.
1.1.7. KAEDAH IQRA`
Pengenalan
Kaedah Iqra` diasaskan oleh Ustaz As`ad Humam dari Jogjakarta, Indonesia. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu. Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra` tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau di depan. Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid.
PANDUAN MENGAJAR BUKU IQRA’
( PANDUAN BUKU IQRA’ RESM UTHMANI )
Buku Iqra` 1
1. Kaedah mengajar:
1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.
2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi ulasan.
3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.
4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkannya dengan segera dan jelas.
5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara berikut:
5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (..), guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (..) dan sekiranya murid-muridmasihlupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar.
6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu seperti: …..contohh…
7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan. ( pindah keada isi kemahiran yang berikutnya ) contoh rujuk buku iqra-1 …
8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.
Buku Iqra` 2
1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam pengajaran buku 2.
2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.
3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung, contohnya:.di akhir . ...... .diawal, ..... . . ..........di tengah kerana biasanya murid-murid sudah boleh memahami dan membacanya.
4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus.
6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur mengapa dibaca demikian.
Buku Iqra` 3
1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8 juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra` 3.
2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus. Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.
3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar diikuti oleh murid-murid.
4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti:..... ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi.
Buku Iqra` 4
1. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4.
2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf (sila rujuk buku 1 ms 32)
3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja.
4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah dengan singkatan :. ... .5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulangulang kemudian baru diamati, contoh:
Buku Iqra` 5
1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6,buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5.
2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti:
Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting muridmurid dapat menguasai bacaan dengan betul.
5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
Buku Iqra` 6
1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6, buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5.
2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. ( ayat al-kursi dan sbgnya )
3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti: Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid-murid dapat menguasai bacaan dengan betul.
5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
5. 1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6, hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.
5.2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya.
5.3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan, walaupun dengan bacaan tartil.
5.4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktik bacaan.
Aplikasi Iqra`
Aktiviti Buku Iqra`
Buku Iqra` 1
1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan.
Buku Iqra` 2
1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
3. Muka surat 15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:
1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas, bawah dan depan.
2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf .
Buku Iqra` 3
3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf ...dan huruf mad . .... mad
Buku Iqra` 4
1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan depan.
2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah.
3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris di atas.
4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan.
5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi.
6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah.
7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulangulang kemudian baru diamati, contoh:
1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak ..... ... dibunyikan ms 1-2: ( Hukum Lam Taarif)
2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3.............. 5:
3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua ..... ........ harakat ms 6 :
4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha ........ Sakinah ms 7-8 :
5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms 8 ....... .dibaca dengung dua harakat . ... Nun dan mim syaddah
6. ms 10 .
7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung .. ........dua harakat ms 11 :
Buku Iqra` 5
8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif ......... lam tidak dibaca ms 12-13 :
9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms ............14-18:
10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua ....... ........ .harakat ms19-21 :
11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf ....... .lam dibaca tebal ms 22:
12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf ..... .lam dibaca nipis ms 23.
13. Huruf nun atau tanwin bertemu ( lam & Ra’ ) Tidak didengungkan ms 24-25:
14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah ........ .... .dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27:
15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
Buku Iqra` 6
1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya’..... .... ....hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 :
2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar.. ..... .kepada mim yang ringan ms 7-9:
3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa` hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat .. .. ...ms11-18:
4. Tanda-tanda wakaf ms 19-20
( Catatan : Bermula ms 27 hingga akhir sebagai PENGUKUHAN kepada muri-murid mengikut panduan dibawah )
5. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 .
6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.
By...Selasih Hijau.
Sekarang ni ada pen elektronik yang boleh bantu kita belajar iqra..
BalasPadamKanak2 dan dewasa pun sesuai...
http://www.muslimchoices.com/?p=pen_pintar_my_iman
terima kasih atas perkongsian tips mengajar iqra
BalasPadamboleh sy amek modul ni untuk digunakan?
BalasPadamnak guna juga modul ni ya... mohon izin
BalasPadamMohon izin nak guna modul ni
BalasPadam