Ahad, 27 Mei 2012

QADA SOLAT.

Soalan..1.
Jika sesaorang itu masa mudanya meninggalkan solat, setelah meningkat umur dia bertaubat dan mengerjakan solat, adakah dia wajib mengkhaqakan solat-solat yang ditinggalkan?..Sedangkan ia tidak tahu sebanyak mana solat yang ditinggalkannya..

Jawapan.
Wajib mengkhadakan semua solat yang ditinggalkan, sehinggalah ia merasakan solat yang dikhaqanya itu melebihi solat yang ditinggalkan setelah balighnya.

Soalan..2.
Sesaorang masuk kemasjid dan mendapati Imam sedang mengimamkan solat Isyak berjemaah, sedangkan ia mempunyai qada Maghrib yang belum lagi ditunaikan, manakah yang harus didahulukan?

Jawapan.
Mengikut qaul yang muktamad, jika sekiranya ia mendapati waktu Isyak masih panjang maka ia hendaklah mengkhaqakan solat Maghrib secara bersendiriaan, selepas itu jika jemaah masih lagi bersolat maka bolehlah ia mengikuti solat Isyak nya berjemaah, tetapi jika tidak sempat hendaklah ia mengerjakan solat Isyak secara bersendirian.