- Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya: "Tanyalah apa yang engkau kehendaki" :Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alimBaginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alimDia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kayaBaginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kayaDia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adilBaginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusiaDia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baikBaginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusiaDia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi AllahBaginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi AllahDia berkata : Aku mahu disempurnakan imankuBaginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurnaDia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin(baik )Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsininDia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taatBaginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taatDia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosaBaginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosaDia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahayaBaginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahayaDia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamatBaginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamatDia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosakuBaginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamuDia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusiaBaginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusiaDia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusiaBaginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusiaDia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh AllahBaginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamuDia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNyaBaginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh MerekaDia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamatBaginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNyaDia berkata : Aku mahu diterima segala permohonankuBaginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNyaDia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamatBaginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamatDia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitanDia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatanDia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayangDia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibahTelah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini...
104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. Al-Imran. " TIADA ISTILAH CETAK ROMPAK DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH,SAMPAIKAN OLEH MU WALAU PUN SEPOTONG AYAT"..Baca dan sebarkan.
Sabtu, 22 September 2012
KESEMPURNAAN DIRI MUSLIM.
HASAD DENGKI,
Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci,
dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling
berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran),
jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (H.R Bukhari dan
Muslim)
SYARAH AL HADIS:
Salah satu larangan keras baginda Rasul SAW dalam hadis
diatas ialah agar kita jangan saling berdengkian (hasad). Hasad adalah dosa
pertama diatas muka bumi kerana sifat buruk inilah yang mendorong Iblis enggan
sujud kepada Nabi Adam AS. Dan sifat tercela ini jugalah yang mendorong
terjadinya pembunuhan pertama diatas muka bumi antara Qabil dan Habil, dan yang
mendorong Abu Jahal enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.
MAKNA HASAD:
Jika seseorang mendapat nikmat, maka kita yang melihat
dan mengetahui keadaan itu akan berada diantara dua keadaan:
1. Jika kita benci dengan nikmat yang diperolehinya. Lalu
kita menginginkan agar nikmat tersebut luput (hilang) daripadanya, sama ada
agar nikmat itu berpindah kepada kita ataupun tidak. Inilah yang dinamakan
dengan hasad.
2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang
diperolehinya dan tidak pula mengharapkan agar ia hilang daripadanya. Tetapi
sebagai manusia biasa kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama
itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah yakni iri hati.
HUKUM HASAD:
Hukum hasad adalah haram yakni dosa, sedangkan ghibtah
pula adalah dibolehkan dan terpuji. Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh
Nabi SAW.:
Ertinya: Tiada hasad (yang dibolehkan) kecuali pada dua
perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu ia
gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang
dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada
manusia lain. (H.R Bukhari dan Muslim).
SEBAB-SEBAB HASAD:
Sungguh banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat
hasad (dengki), antaranya yang terpenting:
1. ‘Adaawah (permusuhan).
2. Takabbur (sombong).
3. Ta’azzuz (benci jika ada orang lain yang dapat
mengatasinya)
4. Bakhil (lokek).
5. Khubthun Nafsi (busuk hati).
6. Hubbul Jaah (gila kuasa).
BAHAYA HASAD:
Sifat hasad termasuk kedalam salah satu penyakit hati
yang terbesar. Hasad bukan saja dapat membinasakan dunia seseorang, tetapi juga
akhiratnya. Dan diantara bahayanya:
• Hasad merosak amalannya. Sabda Nabi SAW.
Sesungguhnya hasad memakan amal baik sebagaimana api
makan kayu api.
(H.R Ibnu Majah dinilai dha`if oleh al-Albani dalam
ad-Dha`ifah no:1902)
• Hasad dapat merosak akidahnya, kerana setiap nikmat
yang Allah swt kurniakan kepada seseorang adalah berdasarkan ketentuan taqdir
yang termaktub di dalam Luh Mahfuz sejak azali. Oleh itu jika kita benci
terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada seseorang, itu bererti secara
tidak langsung kita benci dan tidak redha dengan Takdir Allah.
HASAD, GHIBTHAH, MUNAAFASAH.
Tiga istilah diatas hampir bersamaan maknanya. Tetapi
sebenarnya masing masing mempunyai makna tersendiri:
• HASAD (DENGKI):
Engkau suka jika hilang nikmat dari saudaramu seagama
tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarat (agama). Hukumnya adalah haram.
• GHIBTHAH (IRI HATI ): Engkau menginginkan suatu nikmat
seperti nikmat yang diperolehi oleh saudaramu, tetapi engkau sendiri tidak pula
menginginkan agar nikmat tersebut hilang daripada saudaramu itu. Sikap ini
adalah terpuji (mahmudah).
• MUNAAFASAH (KOMPETISI): Engkau berusaha keras untuk
mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh rakanmu seagama, atau
engkau bekerja keras kerana ingin mengatasi pencapaian saudaramu. Hanya saja
sikap ini hanya diperbolehkan dalam batas batas kemampuan manusia. Oleh sebab
itu kadang kadang kompetisi ini hukumnya wajib, iaitu jika berkompetisi
(berlumba-lumba) menjauhi perkara maksiat dan berlumba-lumba melakukan
perkara-perkara wajib. Kadang-kadang hukumnya hanya sunat, seperti
berlumba-lumba meninggalkan perkara-perkara makruh atau melakukan amalan sunat.
Dan kadang kadang hukumnya hanya mubah (boleh) iaitu seperti berlumba-lumba
dalam perkara mubah seperti dalam bidang pertanian, perindustrian,
penemuan-penemuan baru dan lain sebagainya.
CARA MENGUBATI HASAD:
Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya.
Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu
ilmu dan amal.
ILMU: Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad
ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa:
• Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita.
• Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama
dan dunianya.
• Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita
kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi.
• Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang.
• Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan.
• Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya
sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.
AMAL:
Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad
ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya
yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang
yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah
kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada
orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu’ (rendah
diri). Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya,
maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa.
Diriwayatkan bahawa Salafus Salih jika mereka mengetahui
ada orang yang dengki, mengumpat atau memfitnah mereka, maka mereka segera
kirimkan hadiah kepada orang tersebut sebagai tanda terima kasih diatas jasa
baik mereka itu.Semoga Allah memperbanyak orang hasad
kepadamu Ini adalah pepatah atau bidalan orang-orang Arab. Ungkapan ini sepintas
lalu seperti tidak baik kedengarannya kerana kandungannya seolah-olah kita
berdoa agar Allah menambah bilangan orang yang hasad kepadanya. Tetapi
sebenarnya kandungan ungkapan ini adalah baik kerana kita berdoa kepada Allah
agar ia menjadi orang yang baik. Mengapa demikian? Kerana hasad biasanya tidak
akan menimpa seseorang melainkan jika orang dihasadkan tersebut mendapat
ni’mat. Hasad biasanya menimpa seseorang kerana ketinggian pangkatnya dan
biasanya bukan kerana kerendahan pangkatnya atau kerana kekayaannya dan bukan
kerana kefakirannya atau kerana kepintarannya dan bukan kerana kebodohannya
atau kerana banyak pengikutnya bukan kerana sedikit pengikutnya atau kerana
kemajuannya dan bukan kerana kemerosotannya atau kerana keberaniannya bukan kerana
ketakutannya atau kerana kefasihannya dan bukan kerana kebebalannya atau kerana
kemuliaannya dan bukan kerana kerendahannya dan lain lain.
Dan ditinjau dari sudut lain pula, kelak orang yang
didengki di dunia ini akan mendapat banyak pulangan pahala di akhirat dari
orang-orang yang mendengkinya. Dan semakin banyak orang yang dengki kepadanya
adalah justeru lebih baik. Yang mustahak, marilah kita berusaha menegakkan
kebenaran diatas muka bumi ini. Kita mesti menentang segala bentuk kesyirikan,
khurafat dan bid’ah. Kita mesti tabah menghadapi kedengkian pihak pihak
tertentu yang barangkali merasakan dirugikan kerana ajaran yang kita bawa.
Sebenarnya kalaulah atas dasar kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya yang kita
sebarkan akhirnya menimbulkan kedengkian orang, maka kita sepatutnya alu-alukan
kedengkian itu. Malahan semakin banyak jumlahnya adalah semakin baik supaya
besar pula pulangannya di akhirat nanti.
InysaAllah..HATI WAJIB DIDIDIK
Cara Mendidik Hati (sambungan kpd Racun Dalam Jiwa)
Hati mesti dididik agar ia menjadi bersih atau baik.
Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan
seluruh kehidupan lahirnya. Di antara cara-cara mendidik hati ialah:
Pertama:
Ada ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal
sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu
tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk
ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat
dikesan untuk disuburkan.
Kedua:
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
1. Mujahadatunnafsi
2. Istiqamah
3. Tafakur
4. Bergaul dengan orang yang baik-baik
5. Pimpinan mursyid
A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan
menempuh tiga peringkat iaitu:
1.Takhalli -
mengosongkan, membuang atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji.
2.Tahalli - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat
terpuji.
3.Tajalli - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau
sentiasa rasa bertuhan.
Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan
mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi( ). Yakni latihan melawan atau
memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa
nafsu. Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat
yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. TAKHALLI
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang
dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat)
dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci,
memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi
itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita.
Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu
dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan
oleh Allah dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang
yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah
berdasarkan ilmu-Nya.” (Al Jasiyah: 23)
Apabila nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman
tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah
Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu
usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan. Ia
adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat-
Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:
Maksudnya: “Kita baru balik dari satu peperangan yang
kecil untuk memasuki peperangan yang besar.” Bila para Sahabat bertanya:
“Peperangan apakah itu?” Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat
Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau
nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit
dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita,
mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi
sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif). Kerana
itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh, kita pasti
dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya.
Hampir semua dari kita ada sifat ego atau sombong ini.
Untuk membuangnya, amat susah sekali. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego
itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama
sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang
paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkannya.
Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati untuk merasa dan mengakui
kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa.
Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan
orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling
tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah. Bukankah ada pepatah
mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan
mampu pulalah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita
sesama manusia akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk
melawan sifat sombong atau takabur itu.
Latihan yang lebih berkesan lagi ialah kita biasakan diri
tinggal bersama dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat.
Orang-orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf,
kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, minum dan tidur baring bersama
mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan
berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain
semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang
awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah.
Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”
Kalaulah amalan ini dibiasakan, insya-Allah sifat ego itu
sedikit demi sedikit akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa tegal
biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Dan ingatlah
selalu firman Allah:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari
manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan
angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga
diri.” (Luqman: 18)
Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong
kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan
ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit. Imam Syafie pernah berkata,
“Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang
merendah diri.”
Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji
yang dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat sombong, hasad dengki dan
berdendam sesama manusia. Untuk mendapat- kannya, kita kena melakukan latihan.
Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya.
Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula
jadi kita sayang kepada ibu dan ayah. Tetapi yang memerlukan latihan ialah
untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau
berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.
Latihan ini sangat susah hendak dibuat kerana ia sangat
bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya.
Sebab itu Rasulullah ada bersabda:
Maksudnya: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat
jahat kepada kamu.”
Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang
berbuat baik kepada kita sahaja. Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita
tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan
kemahuan jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan
bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini
memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita
usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan ini sepanjang
masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.
Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang telah kita
sebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana
sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun ianya
bukan mudah. Amat susah. Tersiksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat
baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa
pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita.
Tentu lebih sulit lagi. Namun melalui latihan yang bersungguh-sungguh,
insya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah. Allah berfirman:
Maksudnya: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya
Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat
baik.” (Al Ankabut: 69)
Ada orang berpendapat sifat ego itu bagus, ia adalah
anugerah untuk menjadi sifat pelengkap seseorang. Maka gunakan pd tempatnya
dengan panduan akal dan ilmu. Sebagai penawar dan pengawal sifat ego..hadirkan
sifat rendah diri.
Oleh itu sahabat2 sekalian, jangan biarkan ego itu
bersendirian dan jangan digabungkan dengan sifat2 keji dalam diri. Tapi
gabungkan dengan sifat2 terpuji. Contohnya mempamerkan kebaikan dengan tidak
sombong, mempamerkan kemewahan dengan rendah diri, memberi pendapat secara
tegas di samping menghormati pendapat orang lain. Opps ada lagi...kalau nak
marah dengan muka manis dan kasih sayang.
SOLAT JAMA' & QASAR.
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu
Maghrib.
Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratulihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau
Isya’).
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratulihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau
Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
SOLAT JUMAAT YANG PERTAMA
Masjid Quba' ( Masjid Pertama)
Khutbah pertama ni berlaku semasa perjalanan hijrah Nabi
Muhammad saw dari kota Mekah ke Madinnah..dan sejarah telah mencatatkan bahwa
Nabi Muhammad saw juga telah melakukan solat Jumaat untuk pertama kali dalam
sejarah Islam di sebuah perkampungan Bani Salim bin Auf, kawasan perkampungan
dekat dengan kota Madinah. Inilah perlaksanaan salat Jumaat yg pertama kali
dalam sejarah Islam, dilakukan Rasulullah di dalam perjalanan hijrah dari Quba
menuju Madinah. Sebelumnya Nabi singgah di perkampungan Quba, dan mendirikan
sebuah masjid di sana..sehingga masjid tersebut dinamakan dengan Masjid Quba.
Setelah 4 hari berada di Quba, dan setelah selesai pembinaan masjid Quba
tersebut, maka Rasulullah melanjutkan perjalanan hijrah berangkat menuju ke
Madinah. Nabi berangkat dari Quba di pagi hari Jumaat dan pada saat telah masuk
waktu salat Jumaat, turunlah perintah salat Jumaat kepada baginda. Oleh sebab
itu Nabi Muhammad saw segera melaksanakan salat Jumaat yang pertama kali di
kampung tersebut walaupun Nabi dalam musafir, perjalanan hijrah menuju ke
Madinah. Dalam salat Jumaat yg pertama ini, Rasul telah membacakan khutbah
Jumaat yang pertama, menyampaikan pesan2 moral yang sangat penting dalam
menghadapi kehidupan baik di dunia maupun di akhirat.
Setelah memuji kebesaran Allah Ta'ala di awal khutbah maka
Nabi Muhammad saw berpesan:
"Wahai tuan-tuan sekalian...persiapkanlah segala
sesuatu agar kalian selamat. Demi Allah, ketahuilah bahwa setiap daripada kamu
akan meninggalkan dunia ini dan akan meninggalkan kambing-kambingnya yang tidak
mempunyai pengembala. Nanti di hari akhirat, ingatlah bahwa Tuhan Pencipa alam
akan berkata kepadanya: "Bukankah telah datang kepadamu RasulKu yang telah
menyampaikan perintah-perintahKu kepada kamu semua? Bukankah Aku telah
memberikan kepadamu harta kekayaan dan bukankah kamu telah Kulebihkan (diberi
nikmat yang lebih dari cukup). Maka apakah yang engkau dahulukan (persiapkan)
untuk dirimu sendiri..?"
Maka orang tersebut (orang yang ditanya pada hari akhirat
itu nanti) melihat ke kanan dan ke kiri, tetapi tidak ada yang terlihat olehnya
sesuatu apapun, dan dilihatnya ke depan, maka yang nampak baginya adalah neraka
jahanam. Oleh sebab itu barangsiapa yang dapat menahan mukanya dari api neraka
walaupun dengan sebuah biji kurma, maka hendaklah diperbuatnya. Dan barang
siapa yang tidak mempunyai buah kurma untuk melindungi dirinya dari api neraka
tersebut maka hendaklah dia mempergunakan perkataan yang baik, sebab kebaikan
itu akan dibalas Allah dengan pahala sampai tujuh ratus kali ganda. Dan
tuan-tuan akan selamat dengan rahmat Allah dan keberkatan daripadaNya."
Itulah khutbah pertama yang dibacakan Nabi Muhammad saw pada
salat Jumaat pertama. Kita dapat lihat bagaimana isi khutbah tersebut yang
benar2 merupakan hal yg sangat penting. Rasul memperingatkan umatnya agar
menyedari bahwa nanti di akhirat ada hari di mana setiap manusia akan ditanya
oleh Allah akan segala nikmat yg telah diberikan. Apakah nikmat harta, nikmat
kekayaan, sampai makanan yang diberikan kepada kita telah kita pergunakan
sesuai dengan petunjukNya ataupun tidak. Tugas manusia adalah memakai nikmat
Allah sesuai dengan keperluan, kemudian selebihnya nikmat tersebut harus dapat
dipakai untuk membantu dan menolong orang lain, sehingga dengan pertolongan
tersebut kita terhindar dari api neraka. Itulah makna 'tahanlah mukamu dari api
neraka walau dengan sebuah biji kurma.'
Jika seandainya tidak ada nikmat dan harta kekayaan yg dapat
dipakai untuk menolong orang lain, maka engkau juga harus dapat menahan dirimu
dari api neraka dengan melakukan perbuatan yang baik, berkata2 yang baik,
berlemah lembut, kepada orang lain. Sebab perkataan yang baik, akhlak yg baik
kepada sesama manusia juga akan mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda
sehingga dapat menahan diri dari api neraka. "Mempergunakan perkataan yang
baik" adalah simbol daripada berakhlak yg mulia kepada sesama manusia.
Mempunyai akhlak yg baik, dan membantu manusia yg lain adalah juga merupakan
cara untuk terhindar dari api neraka jahanam. Inilah inti dari khutbah yang
pertama.
Setelah itu nabi duduk sebentar dan kemudian berdiri kembali
membacakan khutbah yang kedua.
TAWAKKAL ANTARA PAKAIAN MUKMIN,
Sifat Bertawakal Sentiasa Menjadi Pakaian Orang Mukmin
dan Tidak Berputus asa
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Dan
(ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah
cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq
ayat 3).
Untuk memahami lebih jelas lagi konsep tawakal ini pernah
Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan
baginda.
"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W. seorang lelaki yang hendak meninggalkan
untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki
tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu
perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja
kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya :
"Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal." (Hadis Riwayat
al-Tarmizi)
Sifat putus asa hanya layak bagi orang kafir. Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud : "... dan janganlah kamu berputus asa
daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa
daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusof ayat 87).
Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang
ada pada diri mereka sendiri."(Surah al-Ra'd ayat 11).
Sahabat yang
dimuliakan,
Terdapat satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. bagaimana
seekor semut bertawakal kepada Allah S.W.T dan kita boleh belajar daripada
daripada kisah ini.
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor
semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam
setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di
dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum.
Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke
dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula
oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada
gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan
sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan
sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya
dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan
rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s)
dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin
dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu
mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di perolehi :
1. Semut lebih yakin kepada jaminan Allah (bertawakal
kepada Allah) ketika di luar botol berbanding "jaminan" manusia
ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil
langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia
masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.
2. Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku
beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari
Allah S.W.T.? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang
lahir ke dunia, Allah s.w.t. telah menjamin rezeki untuknya, samaada
ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.
Sahabat,
Seseorang yang mempunyai sifat putus asa hanya boleh di
atasi apabila individu tersebut melawan unsur negatif dalam dirinya dengan azam yang kuat dan tawakal kepada
Allah. Oleh itu terdapat beberapa langkah yang perlu di ambil perhatian serius
untuk mengatasi sifat putus asa ianya adalah seperti berikut :
1.Tawakal dengan sepenuh hati
2. Yakin dengan janji Allah dan reda dengan segala
ketentuan-Nya.
3.Semangat juang yang tinggi.
4.Jangan fikir kesusahan akan berpanjangan kerana ia akan
menyuburkan sifat putus asa.
5. Ingatlah bahawa Allah mempunyai sifat-sifat yang harus iaitu harus melakukan apa saja.
Oleh sebab itu, kita sebagai hamba tidak layak merasa putus asa atau apa jua
ketetapan Allah untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam
setiap perancangan-Nya.
6. Putus asa bukan jalan keluar daripada sebarang
masaalah.
Akhir kata marilah sama-sama kita bertawakal kepada Allah
S.W.T. tanpa ragu-ragu dan membuangkan segala sifat mazmumah terutama sifat
putus asa .Kerana sesungguhnya orang yang beriman tidak akan mempersoalkan
ketentuan Allah, ingatlah segala apa yang ditetapkan Allah ke atas diri kita
adalah sesuatu yang baik dan ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui sedangkan
kita tidak mengetahuinya.
MENGENAL MUKMIN DI AKHIRAT.
MENGENALI MUKMIN DI AKHIRAT
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.
MAYAT TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASSYURA (10 MUHARRAM, BERSAMAAN RABU, 7HB JAN 2009)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fa kir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca. "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Rasulullah SAW: “Puasa hari Arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lewat dan akan datang, dan puasa Assyura (tanggal 10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang lewat. (HR. Muslim).
Rasulullah s.a.w. bersabda : ”Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” - Riwayat Al Baihaqi
Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada saudara-saudara kita yang lain.
Langgan:
Catatan (Atom)