Rabu, 20 Jun 2012

BERMULANYA AZAN

Tahukah kamu dari mana asalnya perkataan yang diucapkan semasa azan dilaungkan?

Jika tidak, sama-samalah kita baca dan hayati sejarah seruan azan.
Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah. Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:

"Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi."

Lalu berkata Umar:

"Tidakkah kamu boleh melantik seorang lelaki untuk menyeru kepada sembahyang?"
Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk solat."

Hasil perbincangan tersebut terdapat beberapa cadangan seperti membunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani, meniup trompet seperti penganut agama Yahudi, mengibarkan bendera sebagai tanda masuk waktu solat atau menyalakan api diatas bukit di mana orang yang melihat api akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat.

"Telah datang waktu solat."

Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda S.A.W tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a, beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.

Abdullah: "Wahai hamba Allah S.W.T, adakah kamu jual naqush itu?"
Pembawa loceng: "Apa yang engkau buat dengannya?"
Abdullah: "Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat."
Pembawa loceng: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"
Abdullah: "Ya."

Pembawa loceng: "Kumandangkanlah Allahuakbar...(hingga akhir azan)."
Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai mimpinya. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau."

Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.
Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:
"Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah S.W.T."
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.

Al-Bazzar berkata:
"Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda S.A.W menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s, Allah S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."

Ahad, 17 Jun 2012

KEPENTINGAN DAN KEISTIMEWAAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Kepentingan Sembahyang

Sembahyang merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung. Sembahyang juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah sembahyang dipenuhi dengan sebutan takbir, tahmid dan zikir.

Sembahyang adalah merupakan ibadah yang ringan yang mampu dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah sembahyang bergantung kepada keimanan seseorang itu. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah ia dapat melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah sukar seseorang itu untuk bangun melakukan sembahyang Subuh tetapi bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, mereka tidak akan meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan sembahyang Subuh itu.

Ganjaran sembahyang adalah amat besar sekali. Ibadah ini dapat membantu menyelamatkanmanusia daripada azab akhirat. Ibadah ini juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa sembahyang dapat membantu memakbulkan doa seseorang.

Keistimewaan, keunikan dan keunggulan sembahyang dapat difikirkan dan dihayati oleh insan yang memahami erti segala ucapan, perbuatan dan segala gerak-geri yang dilakukan ketika melakukan ibadah sembahyang. Perlakuan Rasulullah SAW. ketika sembahyang bukan hanya sekadar mementingkan kewajipan lahir seperti berwudhuk, berpakaian suci dan kemas, menghadapkan muka ke arah kiblat tetapi baginda juga mengambil berat tentang sesuatu yang berhubung kait dengan yang batin misalnya memahami dan menghayati erti bacaan, perbuatan dan segala perlakuan sembahyang. Dengan kata lain Rasulullah SAW. melakukan sembahyang dengan kesungguhan lahiriah dan batiniah.

Apabila seseorang mempraktikkan sembahyang cara Rasulullah SAW. sudah pasti mereka akan dikurniakan ketenangan dan ketenteraman lahiriah dan batiniah. Sebaliknya jika mereka cuai mengikuti cara Rasulullah SAW. maka kerugianlah yang akan menimpa mereka sama ada di dunia atau di akhirat. Dengan kata lain, sembahyang yang mereka kerjakan adalah sia-sia dan tidak mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

PENGERTIAN SEMBAHYANG
Dari sudut bahasa sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan sebagai ‘Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah SWT. dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan. ’

Pengertian yang dikemukakan oleh ulama feqah ini hanya menggambarkan sembahyang lahiriah sahaja, sedangkan ulama tasauf pula menambahkan lagi definisi sembahyang ini dengan pengertian sembahyang yang batin. Tambahan yang mereka paparkan ialah:Menghadapkan jiwa kepada Allah SWT. secara yang boleh mendatangkan takut kepada-Nya serta menumbuhkan dalam jiwa rasa keagungan, kebesaran, kesempurnaan dan kekuasaan-Nya. Sebahagian ulama mendefinisikan roh sembahyang dengan perkataan:’Berharap kepada Allah SWT. dengan hati dan penuh kekhusyukan di hadapan-Nya, ikhlas dan menghadirkan hati dalam berzikir, berdoa dan memuji Allah SWT. ’Oleh itu apabila difahami dan dihayati pengertian sembahyang seperti yang tersebut di atas, maka nampaklah keindahan dan kecantikan sembahyang itu. Perhubungan sedemikian menepati matlamat asal kejadian insane iaitu untuk menyembah Allah SWT.

HUKUM SEMBAHYANG
Di dalam al-Quran banyak sekali ayat yang dapat dijadikan dalil tentang kewajipan sembahyang. Di bawah ini diperturunkan sebahagian daripada petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menerangkan kepentingan dan keperluan sembahyang.

“Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji. ” (Al-Ankabut : 45)

“Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta (sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk. ” (Al-Baqarah : 238)

“Islam didirikan atas lima dasar : Mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di dalam bulan Ramadan. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang” (Riwayat Bukhari)

Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis tersebut, maka dapatlah disimpulkan bahawa hukum sembahyang itu wajib. Sesiapa yang tidak melakukannya adalah melakukan dosa besar.

KEWAJIPAN SEMBAHYANG
Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat Islam yang telah baligh, berakal dan suci daripada sebarang hadas. Sembahyang tidak diwajibkan kepada:
a)Kanak-kanak yang belum baligh
b)Orang yang gila
c)Orang yang tertidur

Meskipun sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, namun mereka perlu mendapat latihan amali daripada penjaganya. Kecuaian penjaga dalam membimbing anak-anak untuk mengerjakan sembahyang pada waktu umur tujuh tahun umpamanya akan menyebabkan kesusahan dan kesukaran bagi penjaga untuk mendidik mereka apabila dewasa kelak. Para penjaga wajib member peringatan, tunjuk ajar dan pukulan yang tidak menyakitkan terhadap mereka yang telah mencapai umur sepuluh tahun jika mereka enggan mengerjakan sembahyang.

Orang yang tidak sedar dan mengerti apa yang diucapkan dan tidak faham terhadap apa yang mereka lakukan seperti gila, pitam, pengsan umpamanya, tidak wajib mengerjakan sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang adalah semata-mata untuk menyembah, mengagung dan mengingati Allah SWT. Oleh kerana itu Allah SWT. melarang orang yang berada dalam keadaan tidak sedar daripada melakukan sembahyang dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang pada hal kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu baca. ” (An-Nisa : 43)

Kewajipan sembahyang masih dituntut terhadap orang yang sakit. Hanya cara mengerjakannya adalah berbeza dan disesuaikan dengan kesanggupan pesakit. Sembahyang boleh dilakukan sama ada secara berdiri, duduk atau baring mengikut keupayaan pesakit itu.

Termasuk dalam kategori tidak sedar ialah orang yang tertidur. Mereka tidak wajib mengerjakan sembahyang tetapi wajib mengganti sembahyang dengan segera sebaik sahaja mereka tersedar daripada tidur. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:“Apabila kamu lupa mengerjakan sembahyang hendaklah kamu sembahyang pada waktu ingat” (Riwayat sebahagian Ahlus-Sunah)

KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG
Dalam Islam, setiap ibadah mempunyai keistimewaan dan kelebihan. Ibadah senbahyang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Antara keistimewaannya ialah:

1)Ibadah yang utama dan pertama
Sejarah telah membuktikan bahawa peristiwa Israh dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. adalah suatu yang paling menakjubkan bagi penduduk Makkah dan seluruh umat Islam. Imam Ahmad berkata:
“Sembahyanglah ibadah yang mula-mula difardhukan oleh Allah SWT. kepada Rasul-Nya sebelum amal ibadah yang lain. ”

2)Ibadah yang diwasiatkan Pesanan terakhir yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad SAW. kepada seluruh umatnya ketika baginda hendak wafat ialah supaya umatnya tidak meninggalkan sembahyang.

3)Amal yang paling awal dihisab Kesempurnaan ibadah sembahyang menentukan kesenpurnaan ibadah yang lain. Sebaliknya kecuaian sembahyang boleh menjejaskan ibadah yang lain. Oleh kerana itu kedudukan sembahyang amat tinggi nilainya jika dibandingkan dengan ibadah yang lain.

4)Amal yang paling akhir ditinggalkan Tuntutan kehidupan pada zaman yang moden ini menjadikan manusia semakin sibuk dalam pelbagai hal. Kesibukan menjadi alasan bagi manusia untuk meninggalkan sembahyang. Jika manusia tidak lagi mengerjakan sembahyang bererti dunia akan berakhir.

5)Asas syiar Islam Hubungan makhluk dengan Khaliqnya ditentukan oleh sembahyang kerana sembahyang merupakan syiar Islam yang utama dan satu-satunya ibadah yang dapat menghampirkan seseorang hamba kepada Allah SWT. Terdapat hadis mengatakan bahawa keislaman dan keimanan seseorang itu ditentukan oleh ibadah sembahyang. Jika mereka tidak sembahyang bererti telah hapus tanda-tanda keislaman dan keimanan mereka. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

“Sempadan orang Islam dengan kafir iaitu sembahyang” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

“Urusan yang memisahkan antara kita(muslim) dengan mereka(kafir) ialah sembahyang, maka sesiapa yang meninggalkannya sungguh ia menjadi kafir” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

SEKSA ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG

Allah SWT. telah mengemukakan pelbagai ancaman yang sangat dahsyat terhadap orang yang tidak sembahyang. Seseorang yang meninggalkan sembahyang bereti mereka telah meninggalkan hak Allah, hak Rasul, hak dirinya dan segala hak orang Islam.

Tiga seksaan semasa di dunia
a)Allah SWT. menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya
b)Allah SWT. menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada mukanya
c)Sentiasa mendapat kebencian daripada orang yang beriman

Tiga seksaan ketika hendak mati
a)Ketika rohnya akan dicabut, dia akan berada dalam keadaan yang sangat dahaga
b)Ketika rohnya dicabut, dia berasa kesakitan yang amat sangat
c)Dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah(mengakhiri ajal dengan kejahatan)

Tiga seksaan semasa di dalam kubur
a)Ketika ditanya olek Munkar dan Nakir, dia sangat sedih dan tidak boleh member jawapan
b)Kuburnya menjadi sangat gelap
c)Kuburnya menyempit sehingga tulang-tulang rusuknya berselisih

Tiga seksaan semasa hari akhirat
a)Ketika dihisab, amal buruknya lebih banyak daripada amal baik
b)Allah SWT. sentiasa murka kepadanya
c)Diseksa olek Allah SWT. dengan api neraka

Meninggalkan sembahyang pula bereti seseorang itu secara terus-terang meruntuhkan tiang agama. Jika tiang agama runtuh maka amalnya juga runtuh dan mereka ini termasuk dalam golongan yang sangat rugi sama ada di dunia ataupun akhirat.

KEWAJIPAN SEBELUM SEMBAHYANG
Apabila seseorang hendak melakukan sembahyang, mereka mesti melaksanakan beberapa kewajipan supaya ibadah sembahyangnya diterima oleh Allah SWT. Antara kewajipan yang mesti dikerjakan ialah:
1)Menyempurnakan wuduk
2)Berpakaian suci dan kemas
3)Mengetahui masuk waktu
4)Menutup aurat bagi lelaki dam perempuan
5)Menghadap kiblat

KESIMPULAN
Salah satu sifat kes kesempurnaan Allah SWT. iaitu baik dan suka kepada sesuatu yang sempurna. Allah SWT. tidak menerima suatu keyakinan, ucapan dan perbuatan kecuali yang sempurna dan baik. Ibadah sembahyang merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan. Sembahyang yang terbaik adalah keyakinan yang benar, ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW. Sembahyang yang dikerjakan mengikut cara Rasulullah SAW. akan memperoleh ketenangan, ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia kea rah yang benar dan baik. Di samping itu, sembahyang dapat juga melahirkan sifat mahmudah dan menolak sifat mazmumah.

Rabu, 13 Jun 2012


Memahami Keperluan dan Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Al-Quran


Hudud adalah kemuncak yang paling tinggi dalam pengajian dan pembelajaran undang-undang Islam. Ini kerana, hudud adalah satu-satunya hukum yang diturunkan daripada sisi Allah s.w.t dan bukan ciptaan sesiapapun. Bahkan hudud adalah hukum yang bukan sahaja turun dalam Al-Quran, bahkan, turut diturunkan dalam kitab Taurat dan Injil. Inilah yang terbukti, apabila terkandung dalam peristiwa berikut:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Omar r.a katanya: Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beririgan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan. Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya. Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi dihukum rejam. Lalu hukuman itupun dilaksanakan. Abdullah bin Omar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman batu itu.

Daripada kedudukan hadith ini, dapat dilihat dua perspektif utama, iaitu perlaksanaan hudud kepada orang-orang bukan Islam yang bernaung dalam kerajaan Islam, dan juga kewujudan ayat rejam dalam kitab taurat iaitu ajaran nabi Musa a.s.

Namun begitu, bagi penulis, hudud adalah tanggungjawab yang terdapat dalam "fail kerja" seorang yang diangkat menjadi pemimpin sebuah negara Islam. Ini paling mudah untuk difahami dalam Al-Quran seperti dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Al-Quran Surah Al-Nisa' 4:54.

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya ayat ini menyatakan dengan jelas mengenai tanggungjawab seseorang untuk menjalankan amanah yang ada pada dirinya tidak kiralah amanah Allah seperti salat puasa dan sebagainya, juga amanah sesama manusia. Dalam konteks hudud, amanah ini dipikul oleh ahlu amri (pemerintah) dan diturunkan kuasa kepada para hakim yang mengadili kes-kes hudud. Rakyat tidak memikul amanah melaksanakan hudud, tetapi pemerintah memikul tanggungjawab ini.

Pemahaman mengenai keperluan hudud
Perlaksanaan hudud sering disalah tafsirkan bukan sahaja dikalangan bukan Islam bahkan dikalangan orang Islam sendiri. Seringkali hudud dilihat sebagai satu undang-undang zalim dan melampaui batas kemanusiaan. Kalau dilihat, perintah mengenai undang-undang hudud duduk sebaris dengan perintah-perintah lain dalam agama kita seperti perintah mengerjakan solat, puasa, berkahwin dan sebagainya iaitu termaktub dalam kitab Al-Quran yang sama.

Dalam zaman moden ini, pelaksanaan hudud bukanlah sekadar berkobar-kobar untuk melakukannya sahaja, tetapi perlulah memenuhi keperluan tatacara perundangan semasa. Justeru, perlulah wujud satu kumpulan kerja yang terdiri daripada bukan sahaja ahli-ahli agama malah ahli-ahli perundangan untuk mengkodifikasikan hukum hudud sebagai hukum perdana negara, sesuai kedudukannya sebagai hukum Allah.

Sebilangan besar masyarakat hari ini amat kabur dengan gambaran sebenar hukum hudud ini. Mereka tidk dapat membayangkan bagaimana tangan seseorang itu dipotong, seseorang direjam dengan batu bersaiz tapak tangan, seseorang disebat dan sebagainya. Gambaran ini bersifat "hopping" sebenarnya iaitu melompat dari satu bab dengan meninggalkan bab-bab yang penting yang lain (seperti pembacaan novel oleh sesetengah daripada kita). Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan kefahaman sebenar mengenai hudud untuk membantu masyarakat kita sedar tentang peri pentingnya hudud dan perlaksanaannya yang berkesan dalam masyarakat.

Kedudukan Hudud dalam Undang-undang Islam
Para ulama telah bersepakat untuk meletakkan hudud sebagai undang-undang tertinggi dalam sabitan hukuman jenayah dalam Islam. Islam membahagikan undang-undang Islam kepada dua iaitu hukuman hudud (had-had) dan hukuman ta'zir. Hukuman ta'zir adalah undang-undang mengenai kesalahan dan hukumannya yang diletakkan oleh pemerintah mengikut keperluan masyarakat semasa. Sebagai mana kedudukannya sebagai undang-undang jenayah yang tertinggi dalam masyarakat Islam, kaedah pembuktian hudud juga adalah tinggi dan ketat untuk mensabitkan dengan pendakwaan.

Kedudukan Pembuktian dalam Hudud
Dalam mempelajari undang-undang, dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaan perlulah mencapai tahap pembuktian yang membolehkan hakim yakin bahawa tertuduh melakukan kesalahan tersebut atau dalam istilah undang-undang hari ini "reasonable doubt", iaitu sekitar 90-100% bahawa wujud kemunasabahan dalam penyabitan kesalahan seperti yang didakwa. Tetapi dalam pembuktian hudud, pihak yang mendakwa perlulah membawa hujahan yang membolehkan hakim menyakini dengan hak bahawa orang yang kene tuduh telah melakukan kesalahan hudud seperti yang didakwa. Inilah yang membezakan hukuman hudud dengan hukuman ta'zir iaitu pembuktian dalam hukuman hudud hendaklah menghapuskan segala keraguan yang ada atau istilah undang-undangnya "beyond reasonable doubt" iaitu pemberatan sabitan melebihi 100%, samaada 150% atau 200%!

Sabitan terlalu ketat, adakah pesalah terlepas?
oleh kerena pembuktian sabitan terlalu ketat, seperti saksi yang adil yang tidak fasiq, melakukan keseluruhan perintah Allah seperti solat dan zakat dan mempunyai thiqah (kepercayaan) kepada masyarakat, dan kesalahan disaksikan dengan cukup
korum (seperti 4 bagi kes zina dan 2 bagi kes mencuri), menjadikan sabitan bagi pendakwaan amatlah sukar dan hampirlah kepada amat mustahil dengan keadaan masyarakat yang ada sekarang. Tambahan lagi kepada hukuman hudud kepada saksi yang membuat dakwaan dusta atau dakwaan yang gagal disertakan dengan saksi yang kompeten yang boleh dihukum dengan empat puluh kali sebatan sekiranya sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, satu-satu kes yang gagal dibawa atau disabitkan dengan kesalahan hudud, boleh dibicarakan atas peruntukan undang-undang ta'zir sekiranya bukti yang ada mencukupi bagi pendakwaan dibuat.

Untuk memahami kenyataan ini, penulis berpendapat, wajar untuk kita wujudkan satu kajian kes bagi kesalahan hudud. Sebagai contoh, bagi kes penzinaan. Dalam satu kes yang berlaku seorang wanita ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki yang mana kesalahan zina boleh dibicarakan atas hukuman hudud. Fakta kes: Suharni ditangkap berkhalwat bersama dengan seorang lelaki, Suhar yang bukan mahramnya dan didapati ketika tangkapan dibuat, pintu bilik hotel didapati terkunci. Selepas diarahkah membuka pintu, selepas 10 minit Suhar membuka pintu dan didapati Suharni berada dalam keadaan berpakaian penuh tetapi berselimut di atas katil. Begitu juga dengan Sahar. Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan dibuat, terdapat satu kondom yang telah digunakan dengan kesan air mani pada kondom tersebut. Pemeriksaan lanjut di hospital juga mendapati terdapat kesan air mani dalam faraj Suharni yang positif dengan profil DNA Suhar dan terdapat kesan koyakan pada faraj yang pada kebiasaannya disebabkan oleh zakar lelaki. Pendakwa kemudian melihat ada kes bagi mendakwa Suhar dan Suharni iaitu kesalahan berkhalwat dan melakukan persetubuhan haram. Walau bagaimanapun mereka didakwa di bawah Undang-undang Ta'zir dan bukannya hudud. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama 2 tahun atau denda sebayak RM3000.00 atau kedua-duanya sekali. Mereka juga dikehendaki melalui tempoh pemulihan akhlak selama 6 bulan.

Ulasan kes: Melalui pembuktian yang ada iaitu kedudukan air mani yang berada dalam kemaluan si perempuan, mempunyai syak yang kuat bahawa dalam keadaan biasa telah berlaku persetubuhan dimana zakar lelaki telah masuk ke dalam faraj perempuan. Walau bagaimanapun, dalam kes ini, bagi pendakwaan dibawah peruntukan atau kanun hudud amatlah tipis kerana tidak ada sesiapa melihat kejadian kemasukan zakar melebihi hafsyah ke dalam farah wanita terbabit. Melalui kes ini, dapatlah kita fahami bahawa sesuatu kes yang tidak boleh didakwa di atas kanun hudud, boleh didakwa dibawah kanun ta'zir yang diwujudkan oleh pemerintah. Masih ada syak yang kecil bahawa kemungkinan air mani itu diletakkan ke dalam faraj dan zakar lelaki itu tidak pernah masuk ke dalam faraj wanita berkenaan.

Pendakwaan hudud
Berbeza dengan kes-kes jenayah biasa di bawah Kanun ta'zir, bagi kesalahan yang melibatkan penzinaan, hendaklah dibawa kehadapan hakim oleh orang yang menyaksikan kejadian itu. ini adalah kerana, orang yang menuduh seseorang melakukan perbuatan zina tetapi tidak mampu untuk membawa saksi yang kompetan dan mencukupi, boleh dikenakan hukuman had 40 rotan. Terdapat satu pengecualian dalam kes penzinaan oleh suami atau isteri yang disaksikan oleh suami atau isteri dengan mata dan kepala sendiri yang mana tertakluk dalam prosiding lian. Bagi kes-kes yang lain boleh dikemukakan oleh pendakwa sekiranya saksi mencukupi. Ini kerana, kes-kes zina yang dibicara dibawah kanun hudud melibatkan kedudukan nasab dan maruah serta memberi kesan kepada harga diri dan keturunan seseorang. Melalui sekatan yang ada, seseorang tidak sewenang-wenangnya boleh menuduh seseorang lain yang suci dan bersih.

Kes-kes rogol
Persoalan tentang mangsa kes rogol yang kerap kali dianggap penganiayaan kepada mereka sekiranya mengadakan hukum hudud adalah sangat tidak tepat. Pemahaman tentang rogol dalam hukum kanun "common law" seperti undang-undang Inggeris dengan pemahaman rogol berdasarkan hukum kanun hudud dan ta'zir amatlah berbeza. Sebagai contoh, dalam undang-undang moden, rogol didefinisikan sebagai perlakuan persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki terhadap seseorang perempuan tanpa kerelaan perempuan terbabit dalam atau dilakukan dengan paksa atau dilakukan terhadap juvanil perempuan (walau dengan kerelaan).

Dalam Islam, definisi rogol lebih luas. Rogol dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu rogol dewasa, rogol kanak-kanak dan rogol mahram. Bagi jenisnya pula, rogol dibahagikan kepada dua iaitu rogol oleh orang yang dikenali, rogol oleh orang yang tidak dikenali, sementara bentuk paksaan terbahagi kepada tiga iaitu terpaksa apabila mangsa diugut akan dicederakan, dan ugutan akan dicederakan orang lain seperti keluarga dan sebagainya dan ugutan keadaan seperti mangsa diugut akan disebarkan gambar-gambar dia dirogol sekiranya melawan. Selain itu ada juga paksaan yang dibuat oleh orang yang berkuasa seperti majikan atau lain-lainnya. Setiap satunya membawa kepada kesan dalam perletakan hukum bagi kes-kes zina.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, bagi kes-kes rogol, seseorang yang didakwa dirogol hendaklah membuktikan bahawa dianya dirogol dan bukan atas kerelaan bahkan paksaan sama ada paksaan secara terus atau paksaan persekitaran. Ini bukan bererti seseorang perempuan itu perlu membuktikan behawa si lelaki berkenaan yang merogolnya Ini kerana pembuktian merogol adalah tinggi. Bahkan cukup menampilkan bukti atau saksi yang menyokong bahawa dia dirogol seperti saksi pakar (doktor) atau orang yang mendengar jeritannya. Perlu diingat, penyabitan zina bagi mangsa rogol masih perlu dibuat berdasarkan prinsip asas pembuktian zina dibawah kanun hudud iaitu empat saksi yang adil. Tanpa pembuktian ini, pendakwaan tidak boleh atas kapasiti hudud, tetapi boleh atas kapasiti takzir. Namun begitu, pihak mangsa masih boleh mengelak hukuman takzir sekiranya boleh membuktikan bahawa wujud keterpaksaan dalam kes beliau dirogol seperti yang disebutkan tadi. Ini kerana, dalam Islam, keterpaksaan bukanlah berbentuk niat (mens rea) atay qasad pelaku dan sabitan tidak boleh dikenakan.

Bagi kes rogol yang menyebabkan mangsa mengandung atau melahirkan anak, pembuktian bahawa beliau dirogol secara paksa dan bukannya dalam kehendaknya hendaklah dibuktikan. Bagi kes-kes seperti ini juga sukar untuk sabit disisi hudud kerana masih wujud kesamaran tentang paksaan itu tadi. Sekiranya dakwaan dibuat atas kanun ta'zir, pembuktian nbahawa keterpaksaan hendaklah keatas si mangsa.

Kedudukan Perogol (kaum lelaki)
Sebenarnya, kedudukan pembuktian yang terletak kepada kaum wanita mempunyai implikasi yang besar kepada perogol. Bagi kes-kes dimana perogol dapat dikenalpasti, pihak pendakwaan boleh mendakwa perogol dibawah kanun ta'zir bahawa pihak yang dituduh merogol dan sekiranya lemah kes pendakwaan (bukti yang tidak mencukupi), mahkamah boleh mengarahkan pihak yang dituduh supaya mengambil sumpah (yamin) iaitu sumpah laknat dengan kalimah "Wallahi Wabillahi Watallaahi". Sekiranya enggan atas sumpah itu, lelaki itu boleh disabit. Ini berasaskan prinsip keadilan Islam, "pembuktian atas orang mendakwa, dan sumpah bagi yang ingkar (atas dakwaan itu). Sumpah hendaklah dibuat hanya selepas mahkamah mendapati pendakwaan adalah lemah.

Sabitan hudud akibat ikrar (pengakuan)
Jika dibaca perenggan-perenggan sebelumnya, boleh disimpulkan amatlah sukar bahkan sampai ke tahap mustahil untuk mendakwa seseorang atas hudud. Memang benar. Bahkan kalau dilihat pada zaman Rasulullah s.a.w sendiripun, hampir keseluruhan kes hudud disabit akibat pengakuan pesalah, dan bukannya atas bentuk pembuktian lantaran ketatnya pembuktian hudud itu. Rasulullah s.a.w sendiri mengarahkan para kadi untuk seboleh-bolehnya mencari ruang untuk menimbulkan syak atas pendakwaan hudud. Sekiranya telah tidak dapat dicari kelemahan kes, barulah kes berkenaan disahkan atas hudud.

Ikrar bermaksud pengakuan dan dalam konteks hudud, pengakuan melakukan salah satu daripada kesalahan-kesalahan hudud. Pengakuan adalah satu bentuk pembuktian yang tinggi dalam penyabitan sesuatu jenayah. Seseorang yang mengaku bersalah akan diputuskan hukuman. Walau bagaimanapun, dalam kes hudud, pengakuan pesalah perlu diperiksa. Dalam ertikata yang lebih luas, para hakim hendaklah mencari ruang untuk menolak pengakuan terbabit seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dengan menyuruh orang yang datang kepadanya yang mengaku berzina pulang dan berkata "mungkin engkau tidak waras". Sehinggalah pesalah tadi mengaku sebayak empat kali dalam waktu yang berbeza, dan mengesahkan zakar telah masuk melepasi hafasyah (kepala zakar) barulah dia disabitkan dengan rejam atau sebat 100 rotan ke atas orang yang mengaku.

Kenapa perlukan hudud?
Selepas melalui beberapa perenggan perbincangan sebelum ini, dapatlah difahami bahawa amatlah ketat penyabitan dibawah hukum hudud ini. Jadi, kenapakah perlu hudud ini? Persoalan ini menjawab apabila kita melihat kepada beberapa perkara. Hudud adalah menifestasi tertinggi syiar Islam dalam perlaksanaan undang-undang Islam. Ayat Al-Quran yang menetapkan hukuman zina yang ditambah belakangnya "janganlah kamu merasa simpati dalam melaksanakan hukum Allah" dilihat sebagai mempunyai kesan tinggi atas keimanan seseorang. Bayangkan yang disebat atau direjam itu adalah saudara mara kita. Tetapi pelaksaan hudud adalah kesan keimanan yang kukuh oleh pemerintah, hatta pada dirinya sendiri jika melakukan kesalahan. Dengan adanya hudud, iaitu satu hukum yang bukannya diwujudkan oleh manusia, memberi kegerunan kepada rakyat dan masyarakat dan rasa gerun untuk melakukan kesalahan.

Perkara kedua, perkataan had (pluralnya hudud), membawa maksud batasan, batasan disini adalah batasan antara manusia dan haiwan. Manusia adalah makhluk yang diberikan akal dan iman sementara haiwan adalah makhluk yang tidak berakal.

Penulis pernah terbaca tentang satu trend yang terjadi di negara barat, iaitu kepuasan bagi pasangan-pasangan yang melakukan seks di padang kolej! Penulis berpendapat, dalam konteks hudud, bukan sahaja lapan mata yang boleh melihat, malah 40 matapun boleh! Kerana seks yang dibuat dalam tempat yang terbuka menyamakan pasangan itu dengan dua ekor lembu yang mengawan ditepi padang. Begitu juga dengan kesalahan-kesalahan hudud yang lain seperti merompak (hirabah) yang menyerupai kekawanan hidupan liar yang menyerang kawanan yang lemah, kesalahan mencuri iaitu mengambil harta seseorang secara berdepan dengan pemiliknya (merampas), dan meminum arak iaitu satu larangan yang sangat luas dalam al-quran yang boleh membawa kepada penzinaan, rogol, bunuh, merompak dan lain-lain kejahatan.

Perbincangan hudud untuk dilaksanakan adalah satu fardhu atau kewajipan orang yang memerintah. Kecintaan untuk melaksanakannya adalah tanggungjawab setiap individu yang bergelar Islam. Kefahaman mengenainya juga amat perlu untuk menjamin pelaksaannya menjadi sempurna, bahkan orang bukan Islam akan menjadi hormat kepada undang-undang Islam atas prinsip yang sangat adil dan saksama. Ingatlah segala apa yang kita pikul sama ada amanah kepada keluarga, negara dan agama, amatlah penting dan akan dipersoalkan detik pertama kematian kita.

Artikal Asal.....From.
 Penulis adalah graduan Syariah dan Undang-undang dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2003 dan mendapat diploma lepasan ijazah dalam Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2004.

Isnin, 11 Jun 2012

KEHIDUPAN DIDUNIA HANYA SENDAGURAU


Janganlah Terpedaya Dengan Kehidupan Dunia, Kerana Ia Adalah Permainan Belaka dan Pasti Akan Hancur Suatu Ketika Nanti, Ia Juga Adalah Kesenangan Yang Menipu dan Kehidupan Akhirat Adalah Sebenar-Benar Kehidupan
Allah berfirman:"Ketahuil ah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"(Al-Hadiid 57:20)

Allah berfirman dengan menetapkan hina dan rendahnya kehidupan dunia,"sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak", Yakni kesimpulan dari perkara dunia bagi penduduknya hanya lah spt ayat td.

Sebagaimana firman Allah swt,
Allah berfirman:"Dijadika n indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)" (Ali Imran 3:14)

Selanjutnya Allah swt menggambarkan perumpamaan kehidupan dunia bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah keindahan yang fana dan kenikmatan yang pasti lenyap.Kerana itu Allah swt berfirman,"Seperti hujan", iaitu,hujan yang datang setelah manusia merasa putus asa terhadap kehadirannya, sebagaimana Allah berfirman, "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa" (Asy Syuura 42:28)
Firman Allah swt "yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani" iaitu tumbuhnya tanaman oleh hujan mengundang kekaguman para petani.Sama hal nya dengan orang-kafir yang kagum mengagumi kehidupan dunia,sesungguhnya mereka adalah orang yang paling bercita-cita terhadap dunia dan paling cenderung kepadanya.

Firman Allah swt "kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur", padahal sebelum nya tampak hijau dan segar.Demikian pula kehidupan dunia,pada mulanya kelihatan muda lalu tumbuh menjadi dewasa dan semakin tua dan akhirnya nyanyuk dan sangat tua.Demikianlah manusia,yang pada mulanya kelihatan muda,segar,padat berisi, serta pernampilan menawan.Kemudian secara beransur-ansur dia memasuki usia separuh baya.Wataknya berubah dan sebahagian dari kekuatannya hilang.Kemudian dia menjadi tua,kekuatannya lemah,sedikit gerakannya dan tidak mampu lagi mengerjakan sesuatu yang remeh sekalipun. Allah berfirman:"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa" (Ar-Ruum 30:54)

Perumpamaan ini menunjukkan bahawa dunia ini pasti akan lenyap,hancur dan habis.Sebaliknya, negeri akhirat itu adalah pasti dan kekal.Maka Allah swt memberikan peringatan kepada manusia agar berhati-hati dalam menghadapi dunia.Allah swt menganjurkan untuk berbuat kebaikan,yang akan membawa pahala dinegeri akhirat nanti.
Allah swt berfirman "Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya" .Akhirat itu akan datang dalam waktu yang dekat.Tidak ada pilihan lain disana kecuali dua keadaan.Jika bukan siksaan keras (kita berlindungan kepada Allah swt darinya),maka ampuan dan keredhaanNya.

Allah swt berfirman "Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu",iaitu kesenangan yang fana' lagi memperdayakan orang yang cenderung kepadanya.Orang semacam ini terpedaya dan merasa kagum terhadap dunia,hingga berkeyakinan bahawa tiada kehidupan lain,tidak pula hari kebangkitan. Padahal kehidupan dunia ini amatlah hina dan rendah bila dibandingkan dengan kehidupan akhirat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Abdullah,ia berkata, Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya Syurga itu lebih dekat kepada salah satu dari kalian melebihi tali sendalnya dan Neraka juga seperti itu" (HR Bukhari, Fathul Bari (XI/328))
Hadis tersebut menunjukkan bahawa kebaikan dan keburukan itu dekat dgn manusia,Kerana itu lah Allah swt menganjurkan manusia untuk bersegara menunaikan kebaikan,mengerjaka n ibadah dan ketaatan,serta meninggalkan semua yang diharamkan sehingga diharapkan bisa menutup semua kesalahan dan dosa,disamping akan mendapat ganjaran dan derajat (yang tinggi)

Berikut adalah hadis-hadis sahih dimana Nabi saw bersabda berkenaan hina nya dan rendahnya kedudukan dunia jika dibandingkan dengan kedudukan akhirat.

Hadis 1
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra,dia berkata,"Rasulullah saw pernah duduk diatas mimbar dan kami duduk (melingkar) disekitar beliau,lalu beliau bersabda,"Sesungguh nya diantara yang aku khawatirkan atas sepeninggalanku adlah apa yang akan dibukakan untukmu dari gemerlapan dunia dan perhiasannya" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis 2
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra,dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,"Sesungguh nya dunia ini manis dan mempersona,sedangka n Allah menugaskan kamu di dalam nya,maka Dia hendak melihat bagaimana kamu berbuat.Kerana itu takutlah terhadap (fitnah/godaan) dunia dan takutlah terhadap (fitnah) wanita" (HR Muslim)

Hadis 3
Dari Anas bin Malik ra,bahawasanya Nabi saw bersabda,"Ya Allah,tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis 4
Rasulullah saw bersabda,"Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat melainkan bagaikan salah seorang kamu memasukkan jari tangannya kedalam lautan,perhatikanla h apa yang dibawa oleh jari itu" (HR Muslim


Sabtu, 9 Jun 2012

SELALU BERPERAGSANGKA BAIK


'Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya."

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ''Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun." Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

''Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.

PANDUAN

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;

1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur

2) mencari waktu yang tepat

3) memahami kedudukan orang yang ditegur

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,

''Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

''Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

''Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan''.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

BANGGA

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh 'mematikan' hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat."

BAHAYA LIDAH


HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.
Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.
Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.
Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)
Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.
Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.
Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan. (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan dengar khabar mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.
Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya. (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain. (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.
Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi
 Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud:
 “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diripenyebar fitnah
 seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu. 

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
 “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
 Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut:
 “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
 “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran:
 Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia.

Jumaat, 8 Jun 2012

PERANAN SOLAT DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN & PERANAN dan KEWAJIPAN IBUBAPA



PENGERTIAN SOLAT

Dari sudut bahasa:
sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian.
Dari segi syarak, sembahyang diertikan sebagai beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t, dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
Sembahyang merupakan ibadat yang boleh :
1) menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang.
2) Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa,tidak kira sama ada ketika seseorang itu perlu memahami makna sesuatu yang dibaca ketika bersembahyang, sama ada dengan cara ijmali (menyeluruh) atau tafsili (satu persatu/terperinci) dengan tujuan untuk memperoleh rasa khusyuk dalam solat berupaya membentuk diri orang yang berkenaan.

SEMBAHYANG MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN DOSA

Apabila solat dikatakan tidak dapat membantu membentuk diri pelakunya bermaksud sembahyangnya yang tidak betul. Sembahyang yang tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih lagi tidak betul. Manakala sembahyang yang betul ialah seperti mana dalam Firman Allah s.w.t: ‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’
 (Surah Al-Ankabut,45)
Allah s.w.t telah berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka perlulah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Kita hendaklah ingat kepada Allah semasa sembahyang untuk menghayati maksud solat itu sendiri.

SEMBAHYANG PUNCA  KETENANGAN JIWA

Sembahyang mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran dan maksiat kerana sembahyang ialah punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami sembahyang akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Sembahyang mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang. Hanya dengan ketenangan, seseorang itu dapat menikmati hakikat sembahyang dan mengejarkannya dengan khusyuk, terutamanya ketika melakukan tamakninah. Sembahyang tidak sah, tanpa tamakninah. Tegasnya, sembahyang itu mendidik diri supaya bersifat tenang dan tertib.

MEMAHAMI BACAAN SEMBAHYANG

Manusia yang tidak mampu membentuk diri mereka melalui solat ialah mereka yang tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika bersolat dan juga mereka yang tidak mengambil berat tentang solat itu sendiri. Ramai yang tidak memahami setiap bacaan dan sekadar membacanya dan juga ada yang memahami namun tidak ambil peduli dengan setiap bacaan tersebut. Sebagai seorang manusia yang soleh, perlulah memahami setiap bacaan yang dibaca dalam solat. Memahami bacaan bermaksud memahami maksud kalimah yang dituturkan. Ramai orang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada secara ijmali atau tafsili, tetapi tidak dapat menghayatinya. Hal ini sangat penting kerana dengan memahami setiap maksud bacaan itu, dapat memberikan kefahaman dan dengan itu dapat menyumbang kepada khusyuk dalam solat seperti mana yang perlu setiap muslimin lakukan.


KESAN SEMBAHYANG  YANG KHUSYUK

Terdapat banyak kesan-kesan solat yang khusyuk
kepada kehidupan setiap umat Islam antaranya ialah :
~~dapat mengawal diri.( sabar )
~~Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemikiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kerja selain yang menjadi rukun qauli, qalbi dan fi'li.
     ( Jika ada membuat gerakan besar tiga kali berturut, maka solatnya boleh terbatal…
 Jika fikiran dan hatinya melayang maka ingatan, hubungan dan munajatnya dengan Allah akan terganggu. Jadi ia akan terus berusaha untuk mengawal diri dalam solat dan di luar solatnya )

SEMBAHYANG ADALAH UNTUK KEMASLAHATAN MANUSIA

Allah s.w.t memerintahkan sembahyang kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan sembahyang itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
. Bagi mereka yang bersolat namun masih melakukan maksiat dan kemungkaran, itu bermakna solat mereka masih lagi belum sempurna untuk membentuk peribadi yang unggul di sisi Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Sesiapa tidak terhalang kerana sembahyangnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka dia sebenarnya bertambah jauh dari Allah’’
Maka,benarlah bahawa sembahyang orang yang lalai tidak mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Mereka ini sememangnya dalam kerugian kerana mereka semakin jauh dari pencipta dan akan menanggung akibat perbuatan mereka itu di dunia atau di akhirat kelak.

Rasullullah bersabda:
‘Ramai sekali orang mengerjakan sembahyang, tetapi bahagian yang diperolehi dari sembahyangnya hanyalah penat dan letih’ Orang yang dimaksudkan Rasulullah ialah orang yang lalai dalam sembahyangnya.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, menurut ahli-ahli sufi solat adalah sebenarnya satu  permohonan serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya.  Sebab itu adalah jelas sejelas-jelasnya bahawa kita sekalian mesti berusaha dengan  seikhlas-ikhlasnya untuk bersolat dan berdoa ke hadirat Allah s.w.t supaya Ia memberi  kepada kita taufiq dan hidayah supaya dapat kita bersolat seperti mana orang-orang
yang soleh bersolat di masa-masa dulu sekurang-kurangnya yang sedemikian itu ada  pada kita untuk dipersembahkan ke hadirat Allah s.w.t.  Di dalam sembahyang satu penumpuan minda yang jitu bagi mengingati keagungan dan kebesaran Illahi dimestikan. Jadi, apa juga perkara atau halangan yang boleh merosakkan penumpuan  minda ini boleh mencederakan sembahyang itu. Dengan ini, maksud sembahyang tadi tidak akan tercapai. Apabila maksud sembahyang tidak  tercapai sukar untuk seseorang itu memahami  setiap  bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi cara terbaik  untuk menghindari maksiat atau mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap  bacaan tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah s.w.t
mesti berusaha untuk memperbaiki solat agar  menjadi sempurna. Sesungguhnya orang-orang
yang tidak berusaha untuk memperbetulkan amalannya  ialah golongan-golongan yang berada dalam kerugian.


PERANAN dan KEWAJIPAN IBUBAPA

Pengenalan
Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah Taala di atas planet bumi ini mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam membina masyarakat Muslim, yakni masyarakat yang tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah sepenuhnya. dalam pelbagai suasana dan iklim kehidupan atau di ketika mana sekalipun.
Justeru itu manusia selaku khalifah Allah mempunyai kewajipan melaknanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, baik mereka itu bergelar pelajar, ibu bapa, mahupun pemimpin. Jadi dalam misi melaksanakan amanah, tanggungjawab dan peranan ini, mereka bakal berdepan dengan pelbagai cabaran mengikut skop dan bidang tugas masing-masing.
Untuk melaksanakan peranan dan menyelesaikan cabaran yang timbul manusia tidak boleh mencari dan lari daripada ketetapan kerangka Islam berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Bila Islam menjadi panduan kehidupan pelajar dalam mengejar kejayaan yang diimpi dan dicita-citakan serta menjadi penawar bagi ibu bapa mendidik anak-anak dalam mencari redha Ilahi, maka sudah tentu ianya bakal melahirkan sebuah masyarakat Muslim yang sejati.
Ta’rif
a) Pelajar : Kumpulan Individu yang sedang melalui proses pembelajaran sama ada secara formal atau pun tidak, sama ada di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah, kolej, universiti, pondok atau madrasah, dan mana-mana institusi pendidikan
     b) Ibu bapa sebagai pemimpin : kepimpinan ibu bapa dalam keluarga mampu mempengaruhi orang di bawah tanggungannya untuk mencapai sesuatu matlamat. Mereka juga mestilah mempunyai kebolehan membuat keputusan dan membawa keluarganya bersama mencari keredhaan Allah dengan cara mendidik, memberi jalan (memilih pusat pendidikan) dan mendorong anak-anak serta isteri ke arah manhaj Islam.

Abdullah b. Umar RA berkata, “aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin. Pemimpin masyarakat adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, suami adalah pemimpin ke atas isterinya dan bertanggungjawab ke atas isterinya. Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab atas rumah suaminya. Pembantu adalah pemimpin atas harta tuannya dan bertanggungjawab atas harta tuannya. Kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin.”
     (HR Bukhari )
c) Masyarakat muslim: Individu yang membentuk kumpulan masyarakat yang beridentitikan agama, iman dan akidah (berkeyakinan penuh kepada kebenaran Islam) Mereka tunduk dan patuh kepada Pencipta, yakni Allah, baik dari segi akidah, ibadah dan akhlak.


Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad..
Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk  keluarga Islam supaya menjadi role model  kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa & Keluarga.
“Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.
Riwayat Bukhari & Muslim.
“Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.
Riwayat Ad-Dailami

2. Rukun Islam Dan Iman.
Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati.
Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-
Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”.
Riwayat Bukhari

3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:
Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.
Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.

4. Menunaikan Perintah Allah.
Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.
Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132:
Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.

5. Meninggalkan Larangan Allah
Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka.
Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.
Sabda Rasulullah s. a. w.:
Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.

6. Menggalakkan Berjamaah.
Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t.
Rasulullah saw. bersabda:
Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”.
Riwayat At-Tarmizi
Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.
Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur..Dsgnya.
Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.
FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:
    Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

8. Memohon Restu Kedua Ibubapa
Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-
       Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.
Sabda Rasulullah s. a. w.:
      Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”.
      Riwayat At-Tabrani..
Berbuat Baik Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.
Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:
      Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.
      Riwayat Bukhari & Muslim

9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain
Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.

10. Mengadakan Usrah Keluarga
Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga
yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang
terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-
anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:
Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan
hukum Allah.
Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.
Satu proses tarbiah diri dan keluarga.
Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di
dalam rumah.

11. Halaqah Muhasabah
Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:
     Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Melipuü PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan .

Sekian..
Wabillahittaufiq
wal hidayah
Wassalamu’alaikum