Ahad, 27 Mei 2012

TAHUKAH ANDA??

Darah yang keluar daripada kemaluan wanita disebut dengan 10 nama:
1. Haid.
2. Nifas.
3. Darras.
4. Tammas.
5. A'asar.
6. Dhahak.
7. 'Arrak.
8. Firaq.
9. Tamath.
10. Ikbar..


PERBEZAAN ANTARA HAID, ISTIHADAH & NIFAS.


HAID ialah darah yang keluar daripada rahim wanita pada waktu2 tertentu dalam jangka masa yang tertentu..
ISTIHADAH ialah darah penyakit yang keluar melalui saluran yang berhampiran dengan rahim, saluran tersebut dinamakan 'Aazil. Ia keluar mengiringi Haid atau selepas Haid ( setelah habis tempuh haid )..
NIFAS ialah darah yang keluar daripada rahim selepas kelahiran ( sama ada kelahiran secara biasa atau kegugurun )


ADAKAH MENINGGALKAN SOLAT KETIKA KEDATANGAN HAID JUGA DIBERI PAHALA?


Apabila kedatangan haid bagi wanita maka terpaksa meninggalkan solat dengan niat dan qasad semata-mata mematuhi perintah syarak..( yang melarang wanita kedatangan haid mendirikan solat ), maka ia mendapat pahala..Tetapi jika tidak ada apa2 niat ia tidak diberi pahala ( dan tidak dikira berdosa )




HUKUM WANITA KEDATANGAN HAID DUDUK DALAM MASJID UNTUK BELAJAR.


Hukumnya tetap haram , walau pun ia berkeyakinan darahnya tidak akan menitis dilantai..
bersandarkan kepada dalil daripada hadith Nabi SAW..

Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita yang haid dan orang junub.”  - HR. Abu Dawud.




PERMASAALAHAN KEDATANGAN HAID BERSELANG SELI.


Wanita yang pertama kali kedatangan haid, dan didapati haidnya dtg selama 2 hari, Datang pula selama 2 hari dan selepas itu berhenti 1 hari.
Dan begitulah berterusan sehingga 1 bulan..
soalan nya adakah darah itu dikira darah haid atau tidak?..

Jawapan:
Haid sekurang-kurangnya satu hari satu malam bermyla drp saat darah tersebut keluar,,
jika sekiranya keadaan yang dihadapi oleh wanita sepertimana tersebut bererti masa sucinya ialah selama 29 hari..


Wallahu'aklam..